Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, October 3, 2006

Dah 10 hari kita berpuasa. Pada yang berpuasa penuh tu Alhamdulillah. Pada yang puasa tu dah ada yang tinggal tu, sabarlah dan cepat-cepatlah ganti nanti. Macam aku dan hubby dah tinggal puasa beberapa hari dah.

Ya, aku tak salah taip. My hubby dah tinggal puasa beberapa hari dah last week. Ada 'sejarah' yang perlu diceritakan kalau nak tahu kenapa dia tinggal puasa.

Beberapa tahun yang lepas, ianya berlaku di bulan puasa juga. Disebabkan kesilapan klinik, hubby yang tak pernah kena gastrikpun dah terkena ulser. Muntah dan berak bercampur darah disebabkan dinding perut yang terluka. Masa tu kenalah hubby masuk hospital.

Alhamdulillah tahun lepas hubby dapat puasa penuh tanpa sebarang masalah tapi tahun ni cuma dapat bertahan 2 hari saja, masuk hari ke-3 puasa dah mula pedih perut dan muntah. Akupun bukan main susah hati lagi sebab takut lukanya bertambah teruk sebab hubby ni walaupun perutnya sakit tapi nak jugak berpuasa. At last, dah tak tahan sangat dia bukak puasa dan pergi klinik ambik ubat. Luka di dalam perutnya tu kalau tak dirawat segera boleh melarat. Aku tengok gambar kat internet ada yang lukanya sampai 'tembus' (perut berlubang) sebab tak dapatkan rawatan segera.

Aku sendiripun ada masalah yang tak dijangka. Rasanya tak sesuai nak cerita kat sini. Last week aku dalam 'denial stage' selama 2 hari. Aku puasa dan solat seperti biasa selama 2 hari tu. Aku anggap perkara yang berlaku sebagai satu 'complication' tapi tak tahulah apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti puasa 2 hari tu memang tak sah dan aku kena gantilah balik nanti. Juga yang pasti, ianya memang 'complication'. Harap2 lain kali tak berlaku lagi.

Bulan puasa ni, office habis pukul 4.30 petang dan aku memang 'on-time' bila bulan puasa. Bukannya apa, kalau lewat sikitpun jalan akan jadi jem giler2. Walaupun rumah dekat tapi mesti sangkut kat round-about kalau keluar dari office lambat. Kalau keluar tepat2 pukul 4.30 ptg, aku akan samapi rumah kurang dari 10 minit dan barulah solat asar. Lepas solat asar barulah keluar semula dari rumah menuju ke bazar ramadhan yang berhampiran dengan rumah babysitter.

Biasanya di bazar ramadhan aku akan beli 2 portion iaitu portion untuk berbuka dan portion untuk bersahur. Untuk bersahur tu biasanya hanya satu jenis lauk yang berkuah. Lauk ni aku tak hidang masa berbuka, aku terus masuk ke dalam peti sejuk. Sahur nanti baru aku akan keluarkan. Yang untuk berbuka tu pulak, mesti ada combination air manis, kuih dan nasi/mihun/mee. Kami sekeluarga tak ramai, hanya 4 orang tapi kalau membeli aku cuma beli ration untuk 3 orang sahaja. Contohnya aku akan beli 1 bungkus nasi ayam chicken black pepper, 1 bungkus nasi tomato ayam percik dan 1 bungkus mihun sup, kuih agar2 RM1, kuih tepung pelita RM2 dan air laichikang RM2 dan ration sahur -kari ayam (seketul sahaja) RM2 (jumlah=RM15). Ataupun combination berikut; 1 bungkus meehon goreng, 1 bungkus nasi ayam goreng rempah, rotijohn 1 bantal, kuih tepung pelita RM2 (kuih ini hari2 ada permintaan), karipap rm1 dan ration sahur -masak lemak ikan tenggiri (seketul sahaja) RM2 (jumlah=RM11). Lebih kurang budget bulan puasa sehari RM10-RM15. Aku rasa budget ni ok sebab dalam sehari cuma sekali berbelanja dan kalau kira kos bulan tak puasa lagi lebih sebab biasanya beli dinner sajapun dah dekat RM10, belum campur sarapan, lunch dan belanja anak sekolah lagi.

Favourite masa berbuka ialah ayam percik. Terus terang aku cakap, masa bukan bulan puasa aku tak pernah beli ayam percik, tak tahulah kenapa. Nak tunggu bulan puasa baru nak beli agaknya. Masa berbuka wajib ada kurma (yang dapat free company bagi). Masing2 makan seorang sebutir kecuali anak yang kedua tu saja yang tak nak, lagipun dia tak puasa, lantak dia le tak nak makan kurma.

Masa bersahur aku akan bangun seawal 4.30 pagi (cuma setengah jam saja awal dari hari biasa) dan masak nasi. Ciput aje masakpun, mengabihkan elektrik aje iaitu cuma 1 1/2 pot. Yelah, pot comel yang dapat free masa belik periuk nasi tu le. Itupun selalu lebih sebab hubby cuma makan sket saja, macam budak umur 2 tahun makan, lebih kurang sebanyak nasi yang muat diletak kat piring kuih. Sambil nasi tu dok masak sendiri dalam periuk nasi, akupun letak air dalam cerek elektrik, panaskan lauk lebihan berbuka (jika ada) dan lauk yang aku beli khas untuk bersahur. Sedang-sedang elok aje, dalam pukul 5 pagi tu dah sedia untuk bersahur, barulah aku kejutkan hubby dan anak yang sulong. Anak yang kedua baru 6 tahun dan belum aku ajar puasa, so biarkan ajelah dia tidur. Tambahan kepada lauk2 tadi tu semasa bersahur ialah serunding. Anak yang sulong tu kalau tak 'lalu' menengok lauk2 yang terhidang, hanya serundinglah pembuka selera dia. Jadi khas untuk dia sebungkus serunding telah dibeli pada awal ramadhan. Sebungkus hanya RM10 dan tahanlah sebulan kot sebab dia seorang aje yang makan.

Beginilah rutin kami di bulan puasa. Sempoi saja.

5 comments:

  1. Kalau dah uzur terpaksa lah bukak puasa. Jangan sampai mudharat sudah lah. Moga your hubby cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. KakNi, nak buat camna kan. Tapi rutin KakNi lebih kurang aja dgn saya ni.

    ps: lauk sesenduk rm2 dah skang kan? serunding pun tahun lepas rm8 jek la ni dah naik rm2.

    ReplyDelete
  3. err... jadi ke dapat bos baru...

    ReplyDelete
  4. kami kat sini, hari2 kena masak lauk dan kuih utk juadah berbuka puasa. Sini tak de bazaar rahmadan. Nak tunggu orang sebelah hantar kuih lagi ler hampehhh hihihi. Tp masa di Msia dapat jugak lah ajzie ke bazaar rahmadan 3-4kali. Seronok..macam2 ada kan kan.

    ReplyDelete
  5. OS,
    Ya, betul tu. Thanks.

    Wan,
    Ada yang RM2, ada yang RM2.50-3.00, tengok jugak le... duit duit

    Kelaling,
    Jadik!

    Ajzie,
    Sekarang ni dah tahap boring dah ek tengok lauk yg sama, may be kena ziarah bazar ramadhan lainlah pulak

    ReplyDelete