Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, September 13, 2006

Memang sepatut-patutnya aku nak update blog. Dari semalam dah dok berlegar-legar beberapa perkara yang nak diceritakan. Background Jalur Gemilang ni sempena sambutan hari kemerdekaan yang rasanya akan habis 15/9 ini. Maaflah ya Dr. Izhal, sebenarnya saya teramatlah buzy hari ni, pagi2 dah dapat call dari Boss, lepas tu Big Boss, lepas tu suppose kena jumpa bigger boss kat HQ. Aku kena jadi donkey ni pasal boss tak ada, dia outstation, patutnya dia lah yang pergi jumpa bigger boss tu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal tukar template blog. Rasa-rasanya sejak aku menulis blog ni dah berapa kali dah aku tukar background dan template blog. Template asal memanglah ambik yang blogspot offer punya, lepas tu adjust sana adjust sini sampai puas hati.

Walau macam mana aku adjustpun masihlah tak canggih sangat blog aku ni kalau nak compare dengan Dr. Izhal, Alex Lacey atau Pulut Bakar. Sebabnya aku masih terikat dengan template asal, kalau nak lawa kena buat template yang baru, from scrash.

Kenapa aku suka sangat tukar template.

Kata Joe Penang, orang perempuan memang suka buat kerja repair2 macam ni tapi secara peribadinya aku enjoy buat semua ni. Itu pasal aku tak kisah tolong member hubby, adik dan kawan aku buat website. Aku sanggup la dok berjam-jam kat rumah tu dok pomen sana pomen sini. Tidur lewat pun aku sanggup. Ada tu sampai lupa nak masak untuk anak2 sebab ralit sangat dok depan PC.

Yes, aku memang suka dan enjoy buat kerja ini. Websites yang aku buat tu simple aje sebab ilmu aku baru basic. Kalaulah aku terror, mesti aku buat yang canggih giler. Baru-baru ni aku dok buat animation untuk website adik aku tapi tak tahulah pasal apa tak jadi. Dulu aku dok buat animated button dengan Flash version lama tapi bila PC aku kong hari tu, software tu pun dah hilang. Akupun suruhlah hubby belikan CD pirate Flash kat Lau Yat tapi dia beli kan yang latest version, Flash 6 ke Flash 7 entah (rasa-rasanya version lama dah tak jual lagi kot). May be ada command yang tertinggal sebab tu tak jadi. Ada tak expert Flash kat sini? Please say something.

Contoh animated button yang aku pernah buat ialah button ini dan header ini.

Simple ajelah. Jangan lah hangpa gelak kat aku pulak.

Lagi sebab kenapa aku suka buat kerja2 macam ni.

Sebenarnya bila aku dah enjoy, hilang rasa stress aku. Seronok rasa nya mencuba itu dan ini. Badan tak letih tapi rasa macam energetic aje. Ya betul, kalau kena masak mesti aku malas sebab aku tak pandai masak. Bila masak tak sedap aku frust. Kalau duduk depan PC dan dok try itu ini, kalau yang aku try tu tak jadi aku tak frust langsung. Aku rasa lagi teruja.

Kata orang kalau dah minat tu memang nak seribu daya. Kalau dah benci pun tak nak seribu daya.... *pepatah zaman sekarang*

11 comments:

  1. rajin betul dia megubah-ubah design blog. rasanya saya punya tu dah bertahun tak ubah. kalau ada masa nak jugak ubah tapi tak berpeluang. pasal animated button guna flash tu quite good.

    baguslah awak ni. ada usaha untuk belajar benda2 baru. kalau creatif, macam-macam you boleh buat dengan flash tu.

    ReplyDelete
  2. heheh... saja ja checking puan ahni dok buat apa lama sangat... rupa2nya bz...

    template saya mana canggih, amik yang blogspot bagi je... yang side2 tu adik saya buatkan... mana nak reti buat sendiri... button back menari2 macam gitu lagi la tak reti...

    eh, tolong tok sah pakai dr. la, segan sey... macam gelaran orang tua je... :)

    ReplyDelete
  3. Jubeiz;
    Saya dah letak another reason kenapa saya rajin tukar2 template.

    Izhal;
    Cita2 saya pun nak ambik phd tapi tak tahu le dapat ke tidak... :-( dulu tak belajar bersungguh2, padan muka saya

    ReplyDelete
  4. Assalamualakum...


    Lama tak menjenguk...Selalu baca komen ahni kat blog Jo, rindu lak nak masuk sini...

    PAsal template tu kita macam sama aje. Maklang kalau nak buat template ni, anak maklang si Alonglah jadi mangsa...Bila dia dah buat, lega nya. Tak payah susah2.

    Ni semangat Hari Kebangsaan lagi ke?

    ReplyDelete
  5. saya pun cepat buhsan mesti nak adjust sesikit..baru ceria..kan?

    ReplyDelete
  6. saya guna desigan sedia ada ke ke ke...malas nak godek2 sana sini.

    ReplyDelete
  7. salam...

    wah demo sebut namo kawe lah..
    ten kayu (ado..perasan la pulak)
    Jgn la compare dgn blog PB sebab blog PB tu bukan apa sgt kalau nak compare dgn mereka yg bijak IT dan pandai guna coding.

    Apa apa pun, asal tuan umah selesa dgn umas sendiri, itu sudah cukup kan..

    Dah nak posa nie.. bila kita nak date lagi?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya...cam ner nak masukkan lagu lagu melayu nie..??

    ReplyDelete
  9. Mak Lang,
    Terima kasih kerana masih sudi dok mai melawat rumah kita. Blog Maklang memang meriah sokmo

    Onde;
    Bilakebosanan melanda kenalah buat sesuatu yang kita suka dan enjoy ye tak?

    PB;
    Saya upload lagu tu ke tripod. Kalau nak url lagu senang saja, right click kat gmbr media player tu, pastu pilih properties dan ambiklah url tu kat location. Actually nak ambik lagu kat blog orangpun just copy the url je. Kat log PB tu macam mana pb letak lagu?

    ReplyDelete
  10. saya lagilah malas. masak pun malas. tapi kat sini kalau tak masak tak makanlah. nak tapau pun bosan

    ReplyDelete
  11. Lollies, malas awak cakap? sy rasa awak memang rajin dan paling rajin masak lah... heheheh

    ReplyDelete