Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, September 9, 2006

Entry hari ini sikit sebanyak ada kaitan dengan entry sebelum. Cerita ni memang sepatutnya sesuatu yang tidak patut dilakukan tetapi telah menjadi lumrah. Pergi ke mana-mana pun mesti akan dengar cerita sebegini. Aku, semoga Allah jauhkan aku dari jadi 'yang buat' atau 'yang kena buat'.

Masa raya tahun bila entah, hubby ada ajak kawan dia datang beraya kat rumah. Dengar cerita nya kawan hubby ni berpangkat jugak lah, tak tahulah pangkat apa, GM kot. Aku dah jumpa dia ni dah banyak kali jugaklah sebelum itu tapi first time aku jumpa bini dia.

Aku ni sedarlah aku ni siapa kan, so walaupun tuan rumah memang aku low profile habih. Kalau nak compare rumah apartment aku ni dengan rumah depa yang ada swimming pool tu memang tak boleh le. BTW aku tak pernah pergi rumah depa, cuma dengar cerita saja.

Sebagai tuan rumah aku memang tak cukup tangan, sibuk dok refill apa yang patut. Memang kelam kabut aku dibuatnya. Ramai jugaklah kawan hubby bawa family datang beraya kat rumah hari tu. So, satu-satunya masa yang aku dapat berbual dengan bini kwn hubby ni ialah masa dia nak balik dah. Masa tu depan pintu, dia beritahu kat bini lagi sorang kwn hubby (pun yang berpangkat jugak) - dia cakap tekak dia sakit sebab dia asyik dok jerit kat staff dia kat office. Yang bini lagi sorang ni cakap -apasal la you dok jerit dekat staff you bla bla bla.... sempat lagi la depa dok berbual depan pintu rumah aku.

Aku ni pulak bila dengar dia cakap macam tu, dah mula dok fikir negatif. Ish ish ish garang sungguh mem sorang ni no... maklumlah boss boss ni memang garang2 belaka.

Baru-baru ni aku dapat satu berita mengejut, which tak lah aku terkejut sangat bila mendengarnya... Hubby cerita wife kawan dia tu dah berhenti kerja sebab sakit. Akupun tanya sakit apa. Teka la sakit apa....

Sakit kena buatan orang.

Aku terdiam sekejap bila hubby cakap macam tu. Lepas tu aku cakap yang aku tak terkejut sangat sebab kalau dia garang sangat dok maki2 staff dia, mestilah orangpun berdendam dengan dia. Agaknya ada orang yang tak tahan sangat dengan perangai dia tu ambik jalan mudah dengan guna sihir.

Latest info yang aku dapat dari hubby pasal 'mem besar' tu ialah dia dah pergi berubat dgn anak buah Ustaz Harun Din (apa title dia ek, sorrylah tak ingat Datuk? Dr?) Anak buah dia tak dapat nak ubatkan dia dan recommend suruh dia jumpa tuk guru depa direct (Harun Din sendiri). Aku andaikan penyakit dia tu dah serius.

Aku pesan kat hubby (dan pada diri aku juga), nanti kalau dah berpangkat janganlah ingat diri tu besar sangat, staff pun kena kita hormat. Kena berhati-hati, kita tak tahu hati budi orang.

Dekat tempat kerja aku ni jugak ada kejadian orang pengsan kat office dan kena masuk hospital. Doktor dah check darah, jantung dan macam-macam lagi lah tapi tak ada apa2 penyakit serius pun. Aku call dia dan bagilah hint may be sakit dia ni ada unsur2 lain. Rupa-rupanya dia cakap sejak dia pindah ke office baru, setiap pagi sebelum kerja mesti kena mengaji dan berdoa setakat yang termampu. Dalam setahun sampai sempat khatam 2-3 kali. Bila dia cerita macam tu aku pun paham2 sendirilah. Korang paham tak?

Akhir sekali, aku doakan adik beradik, sedara mara dan kawan2 aku (kawan2 blogger pun) semoga dijauhkan dari sihir. Amin.

11 comments:

  1. selalu baca ni

    a'udzhu bi kalimatillahi tammati kulliha min syarrima khalaq

    bismillahi ladzhi la ya durru ma'as mihi syai-un fil ardhi wa la fi sama-i wa huwassami'ul aleem

    ReplyDelete
  2. title dia betullah ustaz, dan dia tu tak kesah orang panggil dia apa kot... bukan jenis orang gila title ni... heheh...

    sungguh tak baik memperkenakan orang dengan ilmu hitam, walaupun musuh...

    ReplyDelete
  3. macam-macam jenis orang kat dunia nih. mintak dijauhkan la benda-benda macam ni. apa la salahnya kalau benda sihir ni org tu pi pekenakan kat askar2 israel.

    anyway.. lagu juwita ni bestlah.

    ReplyDelete
  4. aku berlindung dengan kalimah2 allah yang sempurna dari kejahatan setiap makhluq

    dengan nama allah yang tidak memudaratkan dengan namanya, setiap yang di langit dan di bumi, dan dia maha mendengar dan maha mengetahui

    ReplyDelete
  5. sokong jubeiz. sihir mihir ni kerja setan. setan tak akan menyokong org yg lawan israel.

    ReplyDelete
  6. I am still here.

    Mintak2 kita semua dilindungi dari perkara2 hasutan tu na..

    Dah plan for raya ka..

    Balik raya kat perelih ka?

    ReplyDelete
  7. selalu2 baca Al-Ma'surat. ayat2 yang Riza sebut tu ada kat dalam Al-Ma'surat.

    ayat yg ke-2 tu amalkan baca waktu pagi-pagi masa keluar rumah. waktu petang pun amalkan jugak. :)

    ReplyDelete
  8. askm maam, mana entry baru mem??? haritu kata background ni sementara je sempena merdeka... maam sihat ka maam???

    ReplyDelete
  9. erk...bahaya juga ye mintaklah dijauhkan diri ini :)

    ReplyDelete
  10. Saudagar mimpi,
    Terima kasih for the doa. Harap2 aku rajinlah mengamalkannya.

    Izhal;
    Bukan setakat tak baik, malah berdosa.

    Jubeiz;
    Kalau suka lagu tu datanglah ke sini selalu... :-)

    Zizie;
    Thanks for visiting. Macam nama pelakon yang saya minat tu lah.

    AM;
    Belum plan lagi tapi kalau ikut giliran balik peghelih le.

    Hana;
    Thanks. Bagus lah you all ni sudi berkongsi ilmu.

    Alinlai;
    Thanks for visiting again. Memang takut kan...

    ReplyDelete