Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, August 19, 2006

Sebetulnya aku dah update tapi biasalah blogspot ni kadang2 buat hal, tak masuk pulak entry baru aku tuh. Lagipun aku dah ada 2 entries dan 3 entries yang aku upload berturut tapi ada 2-3 tu yang tak ada komen, so aku ingat nak tunggulah sikit hari lagi kot2 ada sesiapa nak kata apa-apa.

Tak kisahlah itu semua kan.

Semalam kereta Kelisa aku tayarnya tembus, flat habih hah. Akupun panggil teksi nak balik rumah. Punyalah lambat pulak teksi tu, dalam setengah jam baru nak sampai. Kebetulan aku ni nak cepat, ada hal nak kena settle kan. Lepas tu dah sampai kat parking apartment, akupun terus le hidup kan kereta 306 hubby. Berkali-kali dah dok try tak hidup2, lama gak la aku dok tunggu kat situ, dalam 15 minit ada la. Telepon hubby tapi dia tak angkat pulak. Lepas tu aku pun trylah pulak hidup kan kereta 405. Alhamdulillah elok pulak hidupnya tapi bunyi nya aku tak berkenan! Nak tak nak sebab aku memang nak cepat dan perlukan kereta aku pun drivelah 405 tu. Terhegeh-hegeh aku drive sebab tak berapa biasa. Nasib baiklah traffic kat Shah Alam ni smooth aje. Bawa slow-slow pun tak kisahlah, janji sampai ke tempat tuju. Syukur ada kereta extra. Kalau tidak susah jugak aku dibuatnya, kenalah naik teksi lagi.

Cuba lah imagine naik satu biji kereta yang pada asalnya 'NAK' di-declare kan sebagai 'write-off' tapi lepas tu adjuster kata 'boleh lagi repair'. Aku tak boleh nak imagine lah betapa teruknya keadaan kereta tu masa kena eksiden hari tu tapi kalau hubby kata nak 'write-off' tu, aku rasa memang 'major' lah rosaknya.

Sekarang kereta dah di-repair dan dah dibawa balik ke rumah untuk buat 'perhiasan'. Habih tu? Nak jual tak laku, loan rendah, condition out. Apatah lagi dengan masalah bank. Kesian hubby kena bayar rm500+ monthly - for nothing. Sebenarnya aku sedih tengok kereta tu. Dulu memang aku sayang kat ia tapi bila hubby jual tu aku pun terpaksalah 'reda' untuk berpisah dengan kereta tu.

Kelisa aku ni baru ambik bulan Jan tahun ini, siapa yang nak beli? Baik dia orang beli kereta baru. Bila aku dah beli, walaupun satu hari, status kereta tu bila nak jual dah jadi second hand.

306 pulak ramai yang dah datang tengok. Ramai yang suka. Ramai yang minat. Masalahnya kereta ni loan yang dapat rendah aje. Kalau nak beli kena top-up dalam 5-6 ribu down payment. Hubby jual murah, untuk lepaskan loan bank saja tapi apa nak buat kan... kalau ada duit dalam 5-6 ribu, lebih baik angkat kereta baru, ye tak?

So, berbarislah ketiga-tiga biji kereta kami tu kat parking. Sedih betul aku tengok. Sedih sebab kami ni tak kaya, duit tak cukup, kais pagi, kasi petang tapi terpaksa menanggung 3 biji kereta.

Bila tengok kereta-kereta tu, macam nampak ada duit berterbangan, berlegar-legar kat atas bumbung kereta tu.......

6 comments:

  1. wah.. banyaknya kereta. siap boleh pilih-pilih lagi mana satu nak pakai. jgn lah bersedih. mungkin ada hikmahnya. bila keadaan terdesak ada jugak gunanya kereta 405 tu.

    skg ni barang-barang mahal. saya just pakai kereta proton wira aje dan dah habis bayar. dulu memang ada hati nak kereta baru tapi bila memikirkan kena tanggung hutang baru.. maka berkubur ajelah niat tu. pakai ajelah selagi boleh pakai. bila cukup masanya, hantar ke workshop untuk service supaya condition selalu tip top.

    ReplyDelete
  2. weh, jangan cakap lagu tu ahni... sedih saya baca... semua orang kaya apa... semua orang miskin juga apa... tapi tak semua orang itu artis...

    ps-udah update :D

    ReplyDelete
  3. kak ahni, bersabarlah dgn dugaan. saya ni beli kereta second hand juga, Alhamdulillah, setakat ni okay. pakailah setakat trmampu

    ReplyDelete
  4. Ahni..

    relaks dulu..
    tarik nafas slow slow..
    ada masa, jom kita makan makan lagi..

    walau apa pun, mcm jubeiz tulis kat atas tu, semuanya ada rahsia yang tersembunyi.

    ReplyDelete
  5. aku pun macam hang gak... 2 bijik kreta ni rasa mcm terlebih aje... hari-hari gi keje naik motor...

    ReplyDelete
  6. jubeiz;
    ada orang tu kan, taste dia besar tapi poket dia kecik aje..heheheh

    izhal;
    sekarang ni nak buat apa pun kena fikir pasal duit/kos

    mardhiah;
    betul, setakat yang terdaya aje lah

    PB;
    Jom!

    kelaling;
    Naik moto tu memang ekonomi, laki akupun naik moto gi keje, kalu outstation baru naik keta.

    ReplyDelete