Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, August 29, 2006

Cuti sekolah minggu lepas disebabkan kesian pada anak-anak aku pun mengambil cuti dua hari pada hari Khamis dan Jumaat. Tak adalah rancangan yang khusus hendak ke manapun, cuma kesian pulak terkenangkan dia orang terperap kat dalam rumah babysitter sepanjang hari.

Hari Khamis aku bawa dia orang pergi pinjam buku kat perpustakaan negeri. Seronoklah depa dok pilih buku, dah lama jugaklah aku tak bawa dia orang pergi sana. Lepas tu bawa dia orang pergi makan. Lepas tu balik rumah, mak dia dah letih oi….

Esoknya tu pulak hari Jumaat, aku bawa depa pergi shopping, window shopping la. Sebelum keluar rumah tu aku tengok email, update blog dan bloghop sikit. Asalnya ingat nak pergi ke area Mesjid India tapi bila kira2 –budget tak lepas lah pulak. Pergi shopping pun bukannya beli benda bukan2, barang2 dapur aje…. Tak kisahlah kan, janji bawak dia orang jalan2. Pergi shopping complex pun kira jalan2 lah jugak, ye tak…

Tiba-tiba hubby call cakap nak pergi PD hari Sabtu. Dia ada masuk satu tournament kat sana. Bila dengar macam tu aku dan anak2 bukan main happy lagilah. Malam jumaat tu sibuk lah mengemas beg baju.

Bila dah hari Sabtu tu, kami tak le pergi terus ke PD, kami pergi ke 1 Utama dulu. Kat sana ada bowling tournament. Konon2 nya hubby nak bagi moral support le kat kawan2 dia. Tup tup ada orang tak dapat masuk, hubby pulak yang kena jadi bidan terjun. Apa lagi dia pun belasah ajelah main.

Aku ni pulak asyik pandang jam aje, anak2 pulak sibuk dok tanya “Bila nak pergi PD?” “Bila nak dapat mandi?” Walaupun lama menunggu sebab dia orang main 3 games dengan 1 team 3 orang, malas betul lah aku nak meronda-ronda kat situ sebab 1 Utama tu besar sangat. Lagipun fulus tak ada, buat penat aje pusing sana pusing sini. Dah boring menunggu aku pun belasah ambik satu lane dan main satu game. Heheh, tak pandai pun main, dapat score 79 aje.

Berbaloi sungguh lah kami menunggu sebab team hubby dapat nombor satu... yuhuuuu!!!!!

Lepas habis game, kami pun bertolak ke PD dan sampai kat sana dalam pukul 5.30 petang. Yang paling tak best tu kami tidur kat resort yang bukan tepi pantai pun! Nasib baiklah ada swimming pool, dapat jugaklah anak2 main kolam walaupun sekejap –dalam setengah jam aje.

Esoknya tu kami pun pergilah ke Xtreme park yang berkenaan. Ada PD Paintball Challenge. Masa pergi ke sana tu teringatlah pulak aku kat Jubeiz….. ko tak masuk tournament ke Jubeiz?

Kami bertolak balik dari sana lebih kurang pukul 1.30 tengahari dengan anak2 yang kecewa sebab tak dapat mandi laut. Aku ingat Hari Merdeka ni mungkin nak bawa dia orang pergi wet world lah, kesian betul.

Demikianlah kisah kami menghabiskan cuti.

6 comments:

  1. Wahhh!!! Patriotik gitu KakNi!

    Selamat bercuti ya!

    -wan@wss79-

    ReplyDelete
  2. saya bagi puan ahni kite ni menang nombor satu blog template tercantik!!!

    kebetulan k apa, semalam saya pun layan bowling... dua frame...

    kalo saya jadi anak ahni sure meragam sampai kena rotan punyalah... dah ke PD tapi tak dapat mandi...

    selamat bercuti neee...

    ReplyDelete
  3. tak tau pulak saya ada paintball tournament kat PD. Sebenarnya saya main tu pun bukan utk masuk tournament. Just suka-suka dengan officemate aje.

    ReplyDelete
  4. wan;
    asalnya nak cuti 1/9 tapi cancel lah sebab banyak kerja

    izhal;
    terima kasih, sekali sekala bersemangat patriotik apa salahnya... heheheh

    jubeiz;
    masa tournament tu siap ada demo oleh pasukan malaysia, memang terror lah depa tu

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah main bowling ni..
    hari tu bawak anak main air jer tak mandi pun..tu yang depa siap booking, nanti cuti sekolah lagi satu nak mandi pantai..

    ReplyDelete
  6. Onde;
    Saya memang suka main bowling. Dulu kat u siap belajar lagi dengan pro tapi kalu dah tak berbakat tu - tak terror jugak... muahahah

    ReplyDelete