Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, June 9, 2006

Setelah membaca entry Kak Teh mengenai pengalaman beliau menemani ibu yang tidak sihat di hospital, aku pun terkenangkan kisah mak 2-3 tahun yang lepas.

Masa tu mak terpaksa dibedah bagi membuang ketumbuhan di dalam rahim. Sebenarnya doktor bukan buang ketumbuhan tu tapi doktor buang rahimnya terus. Selepas mak keluar dari bilik pembedahan, mak diberikan sejenis pain killer yang dimasukkan ke dalam badan melalui tiub. Macam biasa orang masuk hospital tu lah, yang dekat pergelangan tangannya dicucuk dengan jarum dan kemudiannya disambung dengan tiub ke ubat yang nak diberi tu.

Masa botol pain killer yang mula-mula tu diberi kepada mak, aku tengok mak macam ok aje, memang dia sangat letih dan hanya mampu baring tapi dari riak muka dia tu nampak dia tenang. Bila botol yang kedua diletakkan mak mula lah nampak gelisah semacam. Sekejap cakap dahagalah, sekejap nak alih2 kat badan (sepatutnya kena baring diam2), dan macam2 hal lagilah. Akupun naik heran dan kelam kabut jugaklah dengan keadaan mak. Bila panggil misi, dia kata tak ada apa-apa tapi aku tak puas hati dan rasa lain macam aje dengan keadaan mak. Aku nak cerita dengan terperinci apa yang berlaku pada hari tu pun tak boleh, pertamanya, sebab kisah ni dah lama, keduanya, sebab ingatan aku ni kan ada kureng sikit (pernah cerita dulu dalam blog lama) tapi yang aku paling ingat ialah kesudahan ceritanya:

.... kemasukan ubat pain killer ke dalam badan mak dikawal oleh sebuah mesin, yang mana ubat tu dimasukkan ke dalam mesin dan kadar pengaliran ubat ke dalam badan mak akan diprogramkan pada mesin tu oleh misi yang bertugas.

So, cuba lah bayangkan sepatutnya misi tu program kan 6.0 ml per minit (ini aku bagi contoh ajelah sebab aku tak ingat dah jumlah sebenarnya) tapi bila botol pertama habis, dia kena off kan machine tu dan masukkan botol ubat baru dan key-in balik nombor tu. Malangnya dia bukan key-in 6.0 tapi dia key-in 0.6.

Hello! Itu adalah pain killer dan mak pulak baru keluar aje lepas operation, bayangkanlah kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh mak bila kesilapan sebegini terjadi! Kesian dekat mak.... Ubat yang masuk dalam badan dia sikit sangat, cuma 0.6 iaitu 10 kali kurang dari yang sepatutnya.

Kesian betul dekat mak. Aku rasa macam nak lempang aje misi tu. Dah buat silap tu satu hal, sebelum tu pun sikit punya susah aku nak dapat kan perhatian dari pihak misi-misi. Depa macam tak acuh aje bila aku cerita mak aku ni lain macam aje keadaannya. Eksyen sangat, geram aku dibuatnya. Mentang-mentanglah spital gomen, mentang-mentang lah free (mak guna kad pencen ayah). Masa tu mak masuk wad kelas 3 sebab wad kelas 1 & 2 penuh. Layanan kelas 3 macam tu lah..... Bila masuk hari ke-2 atau ke-3 baru mak dapat naik wad 2, dan pada hari akhir baru mak dapat masuk wad kelas pertama. Kat sana baru nampak layanan yang berbeza, tapi buat apa... mak pun dah elok sikit, dah boleh keluar dah pun....

Alhamdulillah mak sihat sekarang. Aku bersyukur di atas kesihatan mak yang semakin pulih dan juga pengalaman yang aku dapat semasa menjaga mak di spital.

10 comments:

  1. main2 betul misi tu buat kerja...

    ReplyDelete
  2. spital gomen ka? klu gitu memang tak asing la aduan hang cikni.

    citer aa pengalaman hang masuk spital.. hehehe paling kurang pengalaman bersalin ka.. boleh share2 info.. :)

    ReplyDelete
  3. izhal;
    saya rasa tugas misi ni kena teliti, tak boleh sembrono aje

    wan;
    pengalaman saya masuk hospital; tengok lah kalu rajin, masuk 3 kali dah- eksiden sekali, beranak 2 kali... :-)

    ReplyDelete
  4. misi ni kalau kat spital gomen mmg lah ramai yang buat kerja main2, muka pun masaaaam jer...

    itu lah kalau orang ada duit tu pi spital swasta. Anyhow, syukurlah berpengalaman jaga mak masa dia tak sihat..saya punya first pengalaman masa 12 yo, mak asma teruk kena admitted, terpaksa lah jaga sbb tak ada orang lain nak tolong jaga, sampai hari ini masih ingat lagik..

    ReplyDelete
  5. oh tell me about it. macam kita orang pulak, depan kita orang dia baik. tapi sebenarnya i pernah tengok kekasaran dia jaga orang lain. so insenuate ajele.

    ReplyDelete
  6. Aku jaga mak aku takderlaa. Tapi aku dok sepital 3 bulan adalaa. Mebbe boleh blog 'bout it..

    ReplyDelete
  7. cik ni - semasa kak teh di Malaysia, macam rollercoaster jadinya. sat dia sihat sat dia sakit...Pada saat kak teh nak berangkat ke airport untuk ke jeddah, dia sakit teruk sampai dia langsung tak ingat kak teh pi mana. Kak Teh tabahkan hati dan berat rasa kaki melangkah ke kereta. Alhamdulillah sampai Mekah, dengar khabar dia dah baik...kak teh tak putus2 minta dia sihat - di depan Kaabah, berdoa di mana-mana saja agar Tuhan ringankan beban sakit Mak.
    Harap Mak Cik Ni juga sehat juga sekarang.

    ReplyDelete
  8. lollies;
    ada juga yang baik tapi macam 'nila setitik rosak susu seperiuk' lah ni, yg 'teruk' tu seorang dua aje, itu kira rezeki mak kita lah jugak tu

    TJ;
    blog cepat, jgn tak blog pasal tu

    Kat Teh;
    Syukur, Alhamdulillah mak saya dah sihat dah selepas operation tu. Saya doakan mak kak teh jugak sihat dengan segera jugak

    ReplyDelete