Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, May 9, 2006

Tadi siang ada seorang manager tu cerita kan pengalaman dia meng-interview calon untuk staff baru kat department dia. Letih katanya. Letih sebab dok interview ramai tapi seorang pun tak ada yang dirasakan ok untuk disarankan ke interview kedua. Kemudian manager tu cakap dia sedih memikirkan nasib orang-orang yang di-interview oleh nya. Lantas dia pun 'bersyarah' lah sedikit dekat orang-orang tu. Ish... kesian pulak, dah le temuduga gagal, kena syarah lagi.... BTW, kata manager tu, dia rasa simpati sebenarnya itulah sebab dia bagi 'nasihat' sikit kat dia orang tu supaya dia orang boleh improve bila next time pergi interview kat tempat lain. Manager ni dulu dia kerja pensyarah sebelum kerja kat sini, so naluri 'cikgu' dia tu masih kuat lagi dalam hati dia, jadi atas rasa ke-cikgu-an beliau telah memberi nasihat kepada dik non-dik non yang mai interview tuh.

Nak tahu ke apa kelemahan candidate tu semua? Apa lagi, masalah komunikasi, terutamanya komunikasi dalam bahawa inggeris la.... Kalau english lemah susah la sikit nak dapat kerja sebab kerja dia orang ni nanti banyak buat report dan berinteraksi dengan client.

Aku sendiripun terfikirlah... agaknya kalau aku yang kena interview entah macam manalah ya... dah berapa tahun aku dok mintak kerja sana sini baru sekali ajepun yang aku dapat interview. Masa dapat call untuk pergi interview tu aku bukan main happy lagi. Kalaulah memang rezeki aku kerja tu, aku akan jadi warga Kulim wo... bestnya kalau dapat dok di utagha, boleh cik hari2 dok speaking london..eh! speaking utagha la dik non woi...

Balik pada cerita interview aku tu, memang obvious lah kenapa aku tak dapat sebab background aku tak tally dengan kerja yang nak dibuat. Aku mohon jawatan pensyarah kolej, mohon pulak pensyarah IT (sebab qualification aku Master IT) tapi aku sekarang kerja bidang kualiti, tak ada kena mengena langsung IT dengan kualiti, so bye bye ahni... instead puak2 yang meng-interview aku telah meng-offer aku jawatan lain, which in reply aku kata aku berminat nak jadi pensyarah, kalau nak jadi pegawai kualiti, kat tempat kerja sekarang pun aku dah jadi pegawai kualiti, tapi kalau offer depa baguih, aiman tak kesah.... well, memang bukan rezeki aku nak balik utagha maka kekal lah aku di selangok ni, apa nak buat.. aku redha.

Balik pada cakap omputih tadi tu... dulu masa sekolah aku terer la jugak bahasa omputih, masa SPM dapat A1, bapak aku suruh amik TESL tapi aku ketegag, aku tak mau, kalau tak sekarang ni maybe aku dah boleh part time lecture english kat kolej ke IPTA ke, jadi trainer ke, tapi dah aku kata tadi kan, aku ni ketegag (degil). Lepas grad dari uni aku boleh ckp english dengan elok lagi sehinggalah aku start keje kat kompeni jepun, lepas tu keje kompeni chokia dan sekarang ni pun keje kat tempat yang tak payah nak cakap omputih, makin lama makin lama... jadi macam benteng di tepi pantai yang setiap hari dipukul ombak, lama-lama habis la roboh jugak benteng tu, macam tu lah jugak hancus nya english aku.. tolong! aku nak tere macam kak teh nun.......!!!!

12 comments:

  1. sonang ajo...start menulih dlm bahaso Inggeris la pulok...kekekeke...

    ReplyDelete
  2. tu satu yang saya tak berapa seronok kat malaysia... nak kena pandai english... ramai orang anggap english penting...memang penting sebab budaya kita bubuh english kat atas... yang herannya, walaupun english orang2 malaysia jauh lebih hebat dari orang jepun dan orang tanah besar cina,tahap kemajuan dan masalah sosial kita sahaja yang jauh lebih maju dari depa...

    budak2 la ni kebolehan komunikasi memang lemah, nak bersembang dengan orang2 lebih tua pun tak reti nak guna bahasa yang sesuai... mungkin pasal la ni sekolah dah tak ajar tatarakyat dan kesihatan...

    geng2 saya ambil tesl la ni semua hebat2... heheh...

    ReplyDelete
  3. alex;
    tulis english kat blog ke?... lemah le saya, kalau tulis report in english boleh le, tulis cerita tak reti.....

    izhal;
    saya setuju dgn awak. ramai yg terpinggir sbb poor in english. aku rasa gomen kena firm, apa yg depa nak highlight, english or malay, then go for it. half half pun susah jugak. aku pun haru jugak, bahasa rojak, baku pun tidak, betul melayu pun tidak.

    ReplyDelete
  4. Sokong apa Alex kata tu. Write in Englis. Practice makes perfect. Maybe start dengan 1 atau 2 ayat full in English, lepas tu 1 paragraph.

    Dengaq tu cikgu AN dok ajaq ni !!!! :-)

    Memang budak2 la susah nak communicate, bukan in Englsih saja rasanya in Bahasa pun susuah jugak. Risau jugak fikiaq anak2 nanti tu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Sorry Ni,komen keluaq 2 kali tadi tu.

    ReplyDelete
  7. Takpe auntyN.

    Baik, cikgu!

    Thank you, Teacher!

    ReplyDelete
  8. Me Try nak ikot AL and AN pulak. Mebbe should write in English.

    Tengoklaaaaa..

    ReplyDelete
  9. betul la ahni, sakit betul kepala aku dengan rojak... "Hey, you nak turun dengan I kita minum2 overthere. Doesnt take long, anyway kan time rehat"...

    baik cakap pelat kedah atau kelantan atau bahasa melayu 'rock' lu gua wa cayalu lu caya gua...lebih baik dari rogol bahasa sendiri macam ni...

    saya paling tak suka kalau syarikat luar ambil tender dan hantar surat menyurat dalam BI. nama Kerjaaan Malaysia, pakai bahasa inggeris. masih kena jajah ke? kerajaan british ke?

    oklah ahni, selamat bercuti,

    menjalankan tugas
    -izhal-

    ReplyDelete
  10. Allah lupa pulak,
    kalau tak jaga bahasa kita, alamat jadi melayu singapura laaa...

    baiklah ahni, selamat menjalankan cuti :)

    ReplyDelete
  11. ish terkejut kak teh baca last line tu! anyway, selamat menyambut hari ini...kak teh pulak tulis entry hari ibu dalam bahasa melayu..

    ReplyDelete
  12. TJ;
    hang english memang dah power aku nengok, tak pe teruskan jua...

    Izhal;
    'rogol' bahasa sendiri? Wah, begitu sekali hang mengklasifikasikannya. Melayu Singapura sinonim dengan ungkapan 'kita orang'

    Kak Teh;
    Seram nu... kak teh pun ada pengalaman pi hotel yang seram tu kan...

    ReplyDelete