Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, May 4, 2006

Sekarang baru saya tahu mengapa rumah apartment ke condo ke dan yang sewaktu dengan nya, tingkat yang paling atas tu yang paling mahal.

Dulu masa nak beli apartment ni ada 3 pilihan sahaja (bangunan dah siap tapi ada beberapa unit yang belum dijual) iaitu dua buah apartment di tingkat paling atas (10) dan sebuah apartment di tingkat 8. Selepas saya meng-survey di tingkat 8 dan 10, saya dapati rumah yang di tingkat 10 tu beam/column (yg mana satu betul ek? spelling pun tak sure) agak rendah. Bila berjalan tu rasa macam nak tunduk kan kepala sebab rasa macam kepala dah dekat dengan beam/column tu. Sebenarnya tidaklah begitu rendah sampai nak kena kepala tapi saya rasa more to psikologi le, perasaan kita yang rasa macam tu. Fikir punya fikir, saya pun akhirnya memilih apartment yang di tingkat 8. Perbezaan harga pun tak banyak cuma rm1k sahaja tapi saya rasa yang di tingkat 8 tu nampak macam lebih selesa.

*Ulang balik ayat di atas* Sekarang baru saya tahu mengapa rumah apartment ke condo ke dan yang sewaktu dengan nya, tingkat yang paling atas tu yang paling mahal.

Sebabnya bila duduk kat tingkat bawah ni asyik lah terganggu dengan bunyi orang di apartment yang di atas dari apartment kita tu dok berlari/berjalan ke sana ke mari dalam apartment dia. Entah lah, apartment atas dari apartment saya ni maybe ada budak2 kot, asyik dengar bunyi tapak kaki berlari ke sana ke sini. Kadang2 tu bunyi main bola berdentum-dentum kat atas kepala kita. Memang terasa terganggu betul lah. Agaknya orang yang di tingkat bawah apartment saya pun rasa macam tu jugaklah bila anak-anak saya berlari-lari di dalam rumah.

Lagi satu kalau apartment di atas menghadapi masalah dengan sistem 'sewerage' dia, mana lagi kalau tak 'kacau' kat rumah kita, betul tak? Masa tu nampaklah siling bilik air kita ada tompok2 air, boring betul lah sebab orang maintenance tu asyik datang rumah saya untuk repairkan masalah 'buangan' orang di atas.

Kalau apartment yang paling atas tu sure tak ada kedua-dua masalah ini sebab kat atas nya tu rooftop dan tak ada orang tinggal. TETAPI, kalaulah ada jugak kedengaran bunyi orang berlari-lari kat atas tu, nak pulak masa tengah-tengah malam---- ha, cepat-cepatlah beristifar, bunyi apalah agaknya tu ya.....

11 comments:

  1. good observation lah cik puan gonchaq...

    jiran bawah ketuk2 tak kalo ahni loncat2??? flat saya dok ni depa ketuk je...

    ReplyDelete
  2. hmph, duk rumah teres pun asyik berbunyi je sebelah rumah. tak adalah bunyi ckp2 ke apa, tapi selalu bunyi lambung bola/guli kuat2. dulu kecil2, seram jugalah...macam bunyi apa je mlm2.

    ReplyDelete
  3. beam bukan column.
    masa bujang dulu merasa dok apartment tingkat atas, syok. Sejuuuuk je pas tu tak payah nak tutup2 sliding door tu....

    Rumah teres pun ada gak bunyi2an..especially from us..hehehe..hingaq!

    ReplyDelete
  4. izhal;
    setakat tak ketuk le lagi, kalau dia ketuk pun tak dengar rasanya sebab bunyi ni macam cascade down, ia turun ke bwh, tak naik ke atas hahahah

    mardhiah;
    betul tu rumah teres pun ada bunyi gak sbb dulu sy mmg duduk rumahteres (sewa) tapi sekarang ni bunyi nya quite annoying sebab bunyi tu dari atas kepala kita

    onde;
    saya pun heran la selain dari bunyi yg saya tulis dalam entry saya tu kan, saya tak ada pulak dengar macam bunyi budak2 bising ke apa, tapi rumah saya memang bising sgt dgn suara saya dan anak-anak saya

    ReplyDelete
  5. cik ni, kak teh tak nak lah tinggi2 sangat. bila lif rosak kena panjat tangga - sakit lutut.

    ReplyDelete
  6. kak teh;
    tang tangga rosak yang lemah tu kan? luckily parking lot kat 2nd 3rd floor, so bila lif rosak or tak ada electicity tak byk sgt tangga kena panjat

    ReplyDelete
  7. lollies;
    tu la aku ni 'buta' contruction term sket (or bykkkk)

    ReplyDelete
  8. Teringat kat cerita Dark Water bila sebut pasal bunyi² neh. Seram weh.

    ReplyDelete
  9. rumah kosong memang selalu ada bunyi tapak2 ahni... tok sah bimbang... 'takde apa2 tu'...

    ReplyDelete
  10. 4/6/06 ni jemput mai rumah MJ saya. Sila ke blog saya 4 more info

    p/s: any bloggers yg nak mai pun are greatly welcomed

    ReplyDelete