Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, May 15, 2006

Ok, tak ada perkara yang khusus nak update blog hari ini. Yang pastinya bulan Mei ini bulan yang meriah, pada aku lah, pada orang lain tak tahulah pulak.

Sebelum mula tulis ni nak bagi warning dalu, bahawasanya bahasa rojak akan digunakan di dalam blog saya ini (nanti marah pulak saudara Izhal yang dekat jepun nun).

Nak cerita pasal kemeriahan bulan Mei.

1 Mei 2006 – Sambutan hari buruh sedunia.
Sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-10. Tak ada hadiah istimewa samada dari aku kepada hubby mahupun dari hubby kepada aku. Masing-masing tengah masalah fulus. Takpelah, tak pentingpun hadiah tu, yang pentingnya rumahtangga kami tidak dilanda tsunami. Tak sangka pulak dah 10 tahun lamanya kami kahwin. Kebetulan hari tu hari cuti hubby pun bawak le ronda2 sekitar KL. Kami ni walaupun duduk dekat Shah Alam dan tak jauh sangat dari KL tu tapi memang susah sangat nak sampai ke sana. Selalunya dok pusing kat area Shah Alam ni jugaklah, sini ‘macam-macam ada’ tak payah nak keluar jauh.

14 Mei 2006 - Hari Ibu. Dapat ucapan Selamat Hari Ibu dari PB dan adik yang kat Miri tu. Anak2 tak ucap pun tapi bila kat TV tu ada iklan Hari Ibu, mula la dok sengih-sengih tengok aku, depa faham semalam Hari Ibu tapi tak tahu apa yang nak dibuat dengan Hari Ibu tu.

15 Mei 2006 – Hari ulang tahun anak lelaki sulong. Dah 9 tahun dah anak aku ni. Sama gak le, sebab tengah kering (tengah bulan pulak tu) aku tak bagi dia hadiahpun, hubby aje yang belikan dia kek harijadi. Semalam bila anak2 dah masuk tidur, hubby pun pergilah beli (nasib baik kedai tu lambat tutup). Pagi tadi lepas sarapan kami pun keluarkan kek tu dan suruh anak rasa sorang sepotong, yang selebihnya tu petang karang baru nak makan. Kang asyik dok mengadap kek tu lewat pulak ke sekolah. Birthday dia last year aku hadiahkan buku. Tahun ini pun dia mintak aku belikan buku, InsyaAllah hujung bulan nak bawak dia pergi MPH. Alhamdulillah anak2 aku ni tak mintak yang pelik-pelik, mintakpun buku, mesti buku dinasour la tu, tak pun buku sains, tengoklah nanti.

16 Mei 2006- Sambutan hari guru. Adik aku dan hubby dia cikgu. Nak kena call depa nanti, nak ucap Selamat Hari Guru. Bapa aku pun cikgu pencen.

17 Mei 2006 – Birthday adik yang nombor-4.

25 Mei 2006- Hari duit masuk beserta kenaikan dan tunggakan nya sekali!

27 Mei 2006- Dah start cuti sekolah. Ingat nak suruh adik yang nombor 4 tu datang ke Shah Alam, boleh le celebrate birthday dia dan anak aku sekali.
Aku ada plan sebenarnya masa cuti sekolah nanti, nak pergi melawat rakan-rakan blogger, InsyaAllah ada rezeki dapatlah berjumpa. Jumpa dengan siapa ya? Tungguuuu....

Update (16/5/06): Lupa pulak nak tulis 12 Mei 2006 - Hari Jururawat.
3 org kakak ipar dan seorang arwah kakak ipar adalah jururawat, pangkat aje berbeza (sebetulnya aku tak tahu apa pangkat depa). Keluarga hubby ni macam keluarga hospital betul lah, arwah FIL pun atendan kat hospital. 2 org abg ipar pun kerja hospital dan seorang biras pulak jadi driver ambulance. Lagi seorang abg ipar kerja tentera tapi bahagian klinik. Memang betullah keluarga hubby aku ni keluarga hospital, hubby aje yang kerja tak ada kena mengena dengan hospital.

5 comments:

  1. waaaa naik gaji ye? Alhamdulillah. Pls wish happy bday to yr son from me. Moga hidupnya berkat

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Jadi Untuk Abg Long.
    Selamat Ulangtahun Perkahwinan.
    Selamat Hari Ibu.
    Selamat Dpt Duit
    Selamat Berbelanja

    ReplyDelete
  3. Amboi banyaknya sambutan hari-hari pelbagai. Anak sulong dah 9 tahun, makin dok besaq dah no..

    Selamat semuanya lah no...:-)

    ReplyDelete
  4. Pergh panjang entri CikNi kali nih.

    Aku mengomen pon panjang la jugak.

    Selamat hari guru dan hari jururawat buat pada semua yang menambutnya.

    Juga Selamat hari jadi buat anak2 teruna CikNi.

    Juga selamat ulang tahun (belated) buat pasangan pengantin lama :P

    CikNi, nama aku masuk tak dalam list hang tuh?

    ReplyDelete
  5. atenah;
    ya ya

    PB;
    on behalf of hariz, tenkiu

    auntyn;
    yelah auntyn, anak teruna dah besar, mak dia aje yg dok perasan muda

    wan;
    anak teruna saya sorang aje tau, yg lagi sorang jejaka kat rumah tu dah tak teruna lagi dah... kah kah kah
    eh, awak duduk kat area mana ya? nanti email kita ek.

    ReplyDelete