Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, May 3, 2006

Kesian kat hubby dia tengah pening kepala. Tak sure samada aku dah pernah cerita dekat blog ke belum pasal ini, malaslah pulak nak scroll balik baca.

Dalam tahun 2004 hari tu, hubby nak jual kereta dia dekat kawan, tak tukar nama pun, cuma sambung bayar aje sebab kawan dia ada masalah dengan bank. Aku memang menentang habis-habisan. Ada dua sebab, pertamanya sebab tiada sebab dia nak jual kereta tu. Tengah elok-elok dok pakai, tiba-tiba nak jual pulak. Aku pun rasa sayang dengan kereta tu. Lagipun kereta tu masa dia beli dulu second hand, continental pulak tu, jadi memang banyak dah 'modal' yang dia keluarkan untuk repair dan increase performance kereta tu. So bila tiba-tiba nak jual aku rasa rugi sangatlah. Keduanya sebab jualpun nama tak tukar, nanti kalau jadi apa-apa macam mana, contohnya kawan dia tu lari, hilang upaya membayar dsb nya. Despite all that, hubby tetap teruskan niat dia. Aku memang hot dekat hubby tapi tak boleh nak buat apa-apa dah masa tu.

Sekarang orang tu dah tak bayar 7 bulan! Baru-baru ni hubby dah dapat perintah mahkamah untuk naik perbicaraan. Memang terkejut beruk la kami laki bini dengan berita tu. Hubby pun negotiate dengan pihak bank. Bank cakap kalau bayar tak payah naik court, tak bayar masuk court- senang aje. So, hubby pun pulunlah contact kawan dia suruh bayar dan dengan sedikit 'sumbangan' dari kawan dia + duit hubby sendiri + duit yang dipinjam dengan orang, maka hubbypun dapat settle sedikit tunggakan tu. Hubby dapat 'dahulukan' bayaran 4 bulan installment dan lagi 3 bulan tu hubby suruh kawan dia bayar.

Masa sibuk-sibuk cerita nak kena pergi court tu, dah ter-eksiden pulak kawan dia ni. Teruk jugak kereta tu, hampir2 kena total lost. Macam 'dah jatuh ditimpa tangga' pulak keadaan nya.

Lebih malangnya sebab baru-baru ini kawan dia cakap dia memang tak mampu nak bayar. Hubby memang bengang gila lah. Niat di hati nak tolong kawan tapi kawan pulak buat naya macam ni apa hal? Aku pun tengah sengkek gila tak dapat nak tolong hubby. Kalaulah, kalaulah, kalaulah, kawan hubby tak mampu bayar dan inform kita orang awal-awal, kita orang akan beli balik aje kereta tu, tak payah lah bersusah payah dok pi beli kelisa lagi. Sejak beli kelisa memang belanjawan kami jadi cukup-cukup aje. Kalau 'terbabas' sikit pun teruk jugaklah nak korek sana-sini tapi aku nekad jugak nak beli kelisa tu sebab memang rasanya sangat-sangat memerlukan second car. Disebabkan beli kelisa tu banyak jugak budget harian yang lari dan yang kena adjust. Perit tapi kena telan lah, apa nak buat.

Sekarang ni bukan terbabas lagi tapi dah terjun gaung dah.

12 comments:

  1. aku ada juga menolong kawan, ye kawan-kawan kita, yang kita percaya, dibangunan ujian itu, pinjam duit, bini nak bersalin, kad kredit dah penuh katanya, so dia minta tolong sangat, dan sangat-sangat,

    jadi sebab percaya, sebab berkawan lama, sebab sama sekerja, aku dahulukan cash advance, nanti bila membuat tuntutan, minta terus sahaja dilangsaikan.

    bila tuntutan diterima, aku berpesan kepadanya, jangan tunggu lama-lama, terus selsaikan seadanya, lagi lama bertambah bunga.

    bila tiba hari gaji, dan selepas beberapa hari, gajiku masih tidak masuk lagi, aku masih sabar menanti, mungkin kesilapan teknikal telah terjadi.

    hari berganti hari, selepas 7 hari, tiada lagi bayang-bayang gaji, mujurlah ada tuntutan luar negeri, buat aku menyara diri

    dan tanpa ku duga, warkah berlagu pilu kuterima, dari bank rupa-rupanya, nampaknya, cash advance tertunggak dan berbunga, masih tak berbayar rupa-rupanya.

    kepada dia aku merayu, mengapa dibuat aku begitu, sembahyang punya orang takkan menipu, matanya berkaca berlagu pilu, tak tahu insaf ataupun palsu.

    gajiku ditolak hampir seribu, mujur akaun tidak dibeku, bakinya kuminta dia selesaikan, dan dia berjanji akan tunaikan.

    rupa-rupanya ke hari ini, seperti polis dangan pencuri, berkejar-kejar ke sana kemari, mengota kata menuntut janji.

    ReplyDelete
  2. sedih mendengarnya cerita Ah Ni ni. Sabarlah ye... Bape thn lagi installment? Amik balik la keta tu.. kalu bleh jual, jual.
    nasihat saya.
    1-Member suami awak tu jgn pedulik kat dia dah. Ni la namanya kawan makan kawan...
    2- Adulah kepada Allah. Bgn mlm mintak Allah tunjukkan jln penyelesaian kepadanya masalah ini. Insya Allah. Dia Maha Mendengar rintihan hamba2

    ReplyDelete
  3. kelaling;
    kalau bab duit, manusia boleh bertukar rupa- sekejap jadi macam angel and the other minute jadi macam devil. yang dah jadi kawan dari kecik pun boleh jadi seteru dalam masa sehari dua. so camne sekarang, macam mana hang nak settle?

    joe;
    baru-baru ini saya berjumpa dengan keluarga kawan suami tu, kesian betul saya tengok anak2 dia kurus2 belaka, yang paling kecik (1 yr ++) perut pun buncit, tak cukup mkn agaknya tapi nak kesian kat anak orang aje, anak sendiri macam mana kalau dah kena waran tangkap nanti? nak ambik balik kereta tu tak mampu lah sebab sekarangpun dah kena maintain dua kereta, try jual pun tak laku sebab kereta peugeot second hand memang value jual dia rendah. thanks for the nasihat, InsyaAllah saya amalkan

    kelaling & joe;
    paling bengang sebab hubby pun ada pinjam duit orang untuk cover hutang dan sekarang kami pun tak ada duit nak bayar duit tu sebab kawan dia tu tak bayar.

    ReplyDelete
  4. Ya-ALlah ya Tuhaknku, permudahkanlah kehidupan Ahni Gonchaq sekeluarga, Amin Ya Rabbal Al-Amin...

    ps-kawan hubby tu kenal berapa lama??? besanyalah, kawan2 dari skolah rendah saja yang saya percaya...

    ReplyDelete
  5. Allah!berat lg rupanya ujian sahabat hubby awak.Maafkan saya kerana suul z'han(bersangka buruk) ngan dia.
    Teruskan munajat kepada Allah.
    Maybe cuti sekolah ni kalu balik ke peghelih bleh singgah kat Shahab Perdana, Aloq Setaq?Singgah kat klinik Ustaz Jammnul Azhar.Cite masalah ni kat dia. Tapi tak pasti la kalu dia bleh tolong
    p/s:Apsal member2 blog lain tak komen pun?at least as sympaty...

    ReplyDelete
  6. PB harap ahni dan hubby akan dpt menyelesaikan masalah ini dengan selamatnya.

    ReplyDelete
  7. Huh CikNi, hang sabaq la no. Kami pernah kena, bukan dengan kawan tapi sedara mara sendiri. Tapi sebab hasben kami pun lawyer tak kisahlah, kitorang pusing bank tu balik.

    Sebenaqnya tak payah bayaq penoh pun takpa, janji bayaq sikit. Tapi, kami baru masuk blog hang hari ni, kami cuti exam la. :| Klu tak mesti kami dah bagi tips dah kat hang.

    ReplyDelete
  8. Ah Ni..

    Mender2 macam nii bukannya aku nak kata apa ker..

    Tapi hanya setelah kita lalui ajer baru kita tau

    1.)bertapa peritnya..
    2.)Tahu to say No next time.
    3.)Menjadikan pengajaran dimasa akan datang.

    Kalau kita tak lalui, kita hanya dapat tahu macam baca buku ajer. Pengajarannya tidaklah menusuk ke kalbu..

    All the best..

    ReplyDelete
  9. ya Allah cikni,
    *hugs cikni kuat2*
    sabar ya...doa byk2...insyaAllah ada jalan keluar nanti..

    ReplyDelete
  10. izhal;
    terima kasih di atas doa mu. kwn tu tak berapa lama kenal tapi hubby percaya kat dia sebab 'abang angkat' kwn hubby tu bg assurance kat hubby. 'abg angkat' kwn hubby tu org yg disegani oleh hubby.

    joe;
    Klinik Ustaz Jammnul Azhar apa specialty dia?
    Thanks.

    pb;
    tenkiu PB

    wan;
    takpelah wan, saya sabar. actually kami pun salah jugak sbb kalau ikut law mana boleh main jual suka hati macam tu aje, actually it was against the hire pruchase agreement pun, betul tak?

    TJ;
    memang menusuk-nusuk nih... rasa macam pergi rompak bank pun ada gak..

    onde;
    tenkiu onde, dah sesak nafas ni ha kena hug kuat-kuat dgn onde.. hehehe
    Dugaan kami sekeluarga is always MONEY.

    ReplyDelete
  11. sekarang ni aku sendiri settle direct dgn bank, sambil call & sms si mamat ni bila dapat gaji, dapatle le seciput dua, tu pun kadang ada, biasanya tipu je la, nak marah sangat2 takut merajuk pulak, langsung tak nak bayar,

    emm susahnya aku menjaga hati dia, macam aku pulak yang berhutang, bila nampak dia kluar minum, makan kat kantin ke, rasa terbakar pulak, aku ni hari-hari bawak bekal, nak jimat punya pasal... nak bayar hutang dia...

    ReplyDelete
  12. gamaknya ni lah sebab my late father said:

    buat jahat berpada2
    buat baik jgn sekali

    i pun pernah gak kena.....

    ReplyDelete