Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, April 20, 2006

Semalam adalah hari yang mencabar bagi aku.

Apa tidaknya semalam petang masa ambik anak selepas balik dari kerja:

Daughter - badan panas. Babysitter cakap masa balik dari sekolah tadi dok nangis (sebab badan tak sihat).

Son - dari jauh dah nampak dok nangis, bila ditanya rupanya ibujarinya tersepit di pintu kereta semasa ayah dia hantar ke sekolah pagi. Masa mula-mula kena tu tak sakit tapi dah lama sikit mulalah bengkak kebiruan, nak menulis pun tak boleh masa dalam kelas, tu yang dok nangis.

Aku sendiri pulak ada kemalangan (jatuh) malulah nak cerita kat sini tapi memang badan aku ni dah sakit-sakit :-(

So, dalam keadaan yang anak-anak yang tak sihat dan dok sobbing tu sepatutnya aku terus aje ke klinik tapi disebabkan aku belum solat asar terpaksalah jugak balik rumah dulu.

Kat rumah tengok kat bahagian belakang badan aku ada satu garisan merah (calar) yang besar dan panjang, esok calar merah tu akan bertukar birulah kot. Juga bengkak sedikit di bahagian lengan dan bawah bahu. Alang-alang nak bawa anak jumpa doktor maybe akupun patut jumpa doktor jugaklah, after all panel clinic (bukan aku kena bayar kan?....)

Selepas dinner dan solat maghrib kami tiga beranak pun pergi ke klinik (bertiga aje sebab ayah nya belum balik kerja). Tunggu punya tunggu (sebab pesakit ramai) akhirnya tibalah giliran kami. Bila dah masuk jumpa doktor tu, begini pulak jadinya:

Daughter - dah kebah dari demam, body temperature normal. Doctor observed dia active (tak reti duduk diam, tak macam orang yang demam).

Son - Ibujari dah tak bengkak lagi tapi tanda kebiruan tetap ada. Ibujari pun sudah boleh digerak-gerakkan. Doctor said "Should be okay".

Myself - "Tadi saya jatuh kena kat sebelah sini" tapi aku malu nak tunjukkan bruises kat doktor (lelaki). Doktor tanya "tangan boleh angkat?" Aku cakap "Boleh, tak ada apa-apa yang serius"

Lepas tu rasa malu sangat dekat doktor tu sebab actually kita orang semua ni tak ada apa-apa yang serius pun nak jumpa dengan dia. Lepas tu terasa macam aku ni nak minta MC pulak. Actually kalau dapat MC pun aku tak nak sebab hari ini ada kursus dan kalau tak pergi kursus tu aku susah nanti. Not that nanti kena marah dengan boss ke apa tapi aku perlukan ilmu itu untuk kerja aku, nanti tak reti pulak nak buat kerja.

Last-last doktor prescribed paracetamol untuk kedua-dua orang anak aku dan nothing for me *roll eyes up*

Demikianlah hari ku yang 'mencabar' semalam.

11 comments:

  1. Mencabar minda sungguh no? :-) Tapi memang selalu terjadi macam tu dgn budak2.

    ReplyDelete
  2. gitu la bila dah anak ramai sikit...kena tahan mental & fizikal :D

    ReplyDelete
  3. Salam Kenal..Dugaan tuhh nama nye.. Harap sabar mental dan fizikal..

    Wasalam
    Ajzie

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. auntyN- konon2 tu mencabar le, masa depa sakit tu, saya punyalah gelabah

    alex lacey- tu baru 2 orang, lagi ramai.... mau pengsan

    ajzie- salam perkenalan dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini. InsyaAllah setakat ini sabar.

    ReplyDelete
  6. ahni,
    sabarlah.. dugaan tuhan tu sebenarnya. dia nak tengok sejauh mana awak menghadapinya. alhamdulillah. awak dapat handle dengan baik. Bab yang awak terjatuh tu, satu hari nanti awak kena cerita jugak. Mula-mula memang malu nak cerita tapi lama-lama bila baca balik sure nak tergelak punya. ok.. you take care.. kim salam kat hubby.

    ReplyDelete
  7. hopefulyy cabaran dihadapi dengan tabah ya ahni ya...

    ReplyDelete
  8. saya pun pernah kena cam tu, bila gi dr, sakit pun baik, rasa cam buang masa jer. tapi kalau tak pi dr, tak baik pun, murphy's law ke?

    ReplyDelete
  9. sabor lah yer Cikni.. dugaaann (i cakap senang la kan :))

    nasib baik jari anak teruna tu kena sikit jer. *teringat pengalaman tersepit pintu kereta*

    ReplyDelete
  10. doktor tu terer lah. masuk klinik dia aje sihat

    ReplyDelete
  11. jubeiz:
    tak boleh la nak cerita, malu wo!!!

    izhal:
    cabaran tu kengkunun aje....

    atenah:
    apa law tu kita reti lah pulak, kan awak yang lagi terror (or terrorist)

    ubi:
    ye lah ubi, orang besar pun ada gak tersepit, sayapun... muahahah

    lollies:
    bukan masa jumpa, belum jumpa (masa menunggu kat klinik) pun dah kebah... memang dahsyat

    ReplyDelete