Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, April 27, 2006

Pagi tadi masa driving ke tempat kerja, dua tiga kali aku pandang jam. Betul ke jam ni ha? Aku tengok baru jam 8 pagi tapi matahari dah tinggi ha, macam dah pukul 10 pagi.

Semalam aku bertungkus lumus menyiapkan blog seorang kawan. Sebenarnya dah lama dia mintak tolong aku buat kan blog untuk dia sebab dia ni nak buat bisnes batik online. Aku dok buat sikit demi sedikit blog tu sebab aku sendiripun tak lah berapa lapang sangat nak mengadap PC. Kat office memang aku tak buat, kat rumah pulak... paham2 le kalau orang dah ada anak yg bersekolah ni, byk benda nak diuruskan. But then, since dah lama sangat tak siap-siap lagi blog tu, aku pun naik segan, so aku cuba siapkan jugak-jugak semalam.

Last week masa aku dok buat blog tu, aku bagi tau kat hubby kata "nak tolong kawan". Hubby tanya "tolong yang macam mana?" Biasalah hubby ni kan dia kalau boleh nak suruh aku try to generate income dengan Master IT yang aku ada. Masalahnya aku tak suka pulak macam tu. Reasonnya, aku bukan terror macam bebudak IT & Sains Komp. Masa aku buat master hari tu, kiranya aku ni ter-updated jugak dgn perkembangan semasa dalam dunia ICT sebab seminggu 2-3 kali dok jumpa classmate yg mostly from IT & SC tapi sekarang ni dah tak bercampur gaul dengan org IT or SC, dah start nak jadi buta IT dah ni. Nak mintak kerja ngan Master tu pun tak boleh, soklan skema "kerja u sekarang tak related dgn IT" atau "no IT background"

So, balik pada cerita tolong kawan tadi, hubby ingat tolong kawan buat blog ni kenalah ada upah, takkan buat free aje. Aku tak kisahlah. Blog yang aku buat tu pun sempoi aje, sesape pun boleh buat, cuma kawan aku ni aje yang suka nak mintak tolong aku, samada dia memang tak tahu atau dia nak kerja senang. Pada aku itu semua tak penting. Yang pentingnya dapat tolong dia. So, aku buatla satu website dengan blogspot untuk dia. Nak canggih kalu buat dengan php, karang jenuh pulak dia dok cari aku kalau nak tukar ke, nak update ke apa. Kalau pakai blogspot ni mudah, boleh dia update sendiri. Kalau rajin pi la menjengok blog itu di sini. Cantik-cantik kain batik nya tau!

Lagi satu hubby selalu dok suruh aku pi cari kerja Personal Assistant sebab dia tengok aku ni ada skill buat kerja secretarial dgn kerja dok co-ordinate sana, co-ordinate sini, prepare speech untuk director, jumpa2 orang, buat minutes, etc. Tapi aku cakap kerja itu perlu ada kelulusan dalam bidang yang berkaitan (secretary/admin). Bukannya suka-suka atau tiba-tiba aje nak jadik PA. Communication skill pun kena tip-top. Ish, senang-senang aje laki aku ni kan? BTW, knowledge/skill in IT and Secretarial tapi end up kerja OSH. Apa ke hal nya tu?



Kepada sahabat blogger Puan Lollies,
Terima kasih kerana sudi menelefon. Sayang sekali kita tak dapat berjumpa sebab esok aku ada meeting pagi dan petang. Aku doakan semoga perjalanan balik ke Qatar selamat dan menggembirakan.

8 comments:

  1. weh lawa haaa batik2 tuuu... harga awat dia tak bubuh? power betul ahni buat blog nooo... blog saya template adik pakar IT saya yang buatkan... saya tukang update dan bubuh gambaq saja...

    biasala master2 dan bachlor2 dunia ni, tak kerja bidang depa... ada sorang master tu kerja dia jadi isteri dan suri rumah full time saya hahahaha...

    ReplyDelete
  2. lawa ka? kalau lawa boleh lah order. Dia saja tak letak harga sebab ... may be dia nak tunggu orang call dan nak mark-up accordingly

    ala, wife u 'berehat' kejap je tu, nanti balik mesti ber-karier lagi

    ReplyDelete
  3. tak taulah, biaq dia rehat kat rumah terus pun bagus... heheh...

    bagus betul tektik mark up dalam blog cam ni yea... cerdik sungguh orang2 business la ni... kalau baju batil kemeja lelaki tu RM50-RM75 saya belilah... dia nak mark up berapa? ehehe...

    ReplyDelete
  4. oooo promosi batik ya? ahni, cheq tak berani nak tanya harga, nampak macam not within my budget jer. satu lagi kain dia nampak jarang, nanti boleh teropong bulan dan bintang he he he. tapi kalau sebabgai pembaca seti blog hang boleh dapat discount, boleh la cheq usyar2.

    hang nak cheq war2 kan dlm blog cheq ka, nanti cheq minta komisen he he he

    ReplyDelete
  5. lawanya blog tu. termotivated menenegoknya

    ReplyDelete
  6. izhal;
    sebenarnya kan saya pun tak tahu harganya berapa, tapi sutera yang simple sekali yang dia tunjuk kat saya hari tu tu harganya rm180. kemeja not sure, cuba try email kat dia, dia ada buat delivery (by post)

    atenah;
    itu kan kena tanya tuan tanah tahu pasal komisen. kawan saya ni tak ada kedai, memang dia bisnes online aje. yang scifon tu rasanya memang nampak jarang sikit (kena lining kot) tapi yang lain-lain tu okay (jacquard)

    mardhiah;
    termotivated tu yang best, termotivated nak beli ek? muhahahah

    ReplyDelete
  7. mardhiah, cuba try check dengan tuan rumah, email lah dekat dia, dia boleh buat delivery

    ReplyDelete