Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, April 16, 2006

Minggu ini adalah minggu hujan di Shah Alam. Baca berita kata sekarang peralihan monsoon. Setiap petang akan hujan.

Setakat ini, petang-petang gerenti hujan. Pagi-pagi kadang-kadang. Tengahari sekali-sekala.

Baju-baju memang lambat kering, nak pulak untuk rumah apartment yang tak banyak ruang menyidai baju macam kat rumah aku ni. Tapi tak pe, kalau dah desperate sangat nak kena pakai baju tu, aku sumbat aje dalam dryer. Untung jugak ada dryer ni, walaupun kapasiti dia kecik aje tapi bila dah terdesak memang terasa berguna. Pada hari-hari biasa memang aku tak guna kan dryer tu, al maklumlah nak jimat kos elektrik. Dryer tu pun bukannya aku beli tapi dapat dari Management Office (apartment yang aku duduk ni service apartment, tu pasal ada Mgnt Office). Sebenarnya tak tahu le siapa yang bagi, developer atau Mgnt Office. Tak kisahlah kan, janji benda tu berguna.

Sekarang ni pun hujan tengah lebat yang amat kat luar rumah. Dah nak banjir dah court badminton kat bawah tu. Nak tengok astropun tak boleh, tak dapat siaran, baru le teringat nak update blog.

Macam biasa cuti hari minggu kami sekeluarga memang boring, duduk rumah aje kami tiga beranak. Kalau keluarpun cuma pergi hypermarket untuk dapatkan stok barang makan & pakai. Macam biasa jugak hubby busy, ke sana ke mari untuk tolong kawan, pergi workshop, bla bla bla. Itu pasal aku tulis kami tiga beranak duduk kat rumah- aku, son and daughter. Kadang-kadang kesiah tengok anak-anak terperap kat rumah. Kalau hari yang cuaca nya elok aku izinkan dia orang turun main kat playground kat tingkat bawah. Untungnya duduk kat apartment ni sebab disediakan playground (di tingkat 4, di tingkat bawah ada kedai, tingkat 2 dan 3 untuk parking dan di tingkat 4 playground dan badminton court).

Sebenarnya hubby dah sound banyak kali dekat aku. Dia suruh aku ni bercampur-gaul lah sikit dengan kawan-kawan. Dia suruh aku keluar le dengan kawan-kawan, pergi shopping ke, pergi makan ke, asalkan jangan melampau-lampau. Aku dah tahu dah hubby nak cuba balance kan aktiviti hidup dia dengan aktiviti hidup aku (dia=keluar selalu, aku=memerap dlm rumah). Bila baca blog AuntyN atau blog Mak Andeh rasa macam seronok saja, ada masa untuk bersama kawan-kawan.

So, last week aku dah mulakan dengan langkah pertama aku, opss! Bukan keluar bershopping atau makan-makan tapi cuba nak establish 'network' dulu. Apa yang aku buat ialah aku bawak balik rumah album bisnes card (ada 4 semuanya) dan belek satu persatu card yang ada. Kemudiannya aku pilih beberapa yang relevant (relevant=kawan/kenalan, 90% cards tu aku dapat masa pergi visit companies, dan strictly business, so bukan nya boleh nak buat kawan atau kenalan). Dah dapat list tu akupun tulis email, a very short one, just to say "How are you?" Alhamdulillah, semua email mendapat balasan dan ada yang surprise sebab tak sangka aku akan tulis email.

Itu adalah langkah pertama, apa langkah seterusnya?

8 comments:

  1. hahahahahhahahhaaaa...

    email tu pakai internet juga nak berkawan... personal sikit dari blog... tapi setengah orang memang tak suka kluar... tambah pulak hujan, layan dryer lagi syok ye dak ahni???

    syok tak ada dryer???

    ReplyDelete
  2. beh ada dryer, tak payah sidai baju, tak payah tunggu baju kering, tak payah kelam kabut kalau hujan

    ni, hang buat la makan², ajak depan mai umah.

    ReplyDelete
  3. good luck buat networking!

    tata.. kite dah nak terbang pi sana balik.

    ReplyDelete
  4. nak buat apa? Eratkan ukhwah ngan berkunjung ke rumah depa la. Banyak manfaat. Bleh tau pe'el depa, camna depa didik anak depa dsbnya. Ambik yg elok jdkan sempadan yg tak elok.
    Dak pun jemput depa mai rmh.Tp budget kita lari la ckit...
    p/s: cuti sekolah blk peghelih/tg rambutan ka?jemput mai ke kenduri rmh mak jang saya pada 4/6 nih. nanti saya publish plan kat blog saya nanti

    ReplyDelete
  5. izhal:
    hang kat jepun tu mesti pakai dryer jugak kan, mana boleh sidai2

    lollies:
    next step pi mkn? ok lah, Jom!

    wan:
    saya jarang guna dryer tu, cuma masa emergency saja dan selalupun cuma 2-3 helai sahaja

    ubi!!!!!
    Lor, tak dapat jugak nak 'network' ngan awak ye...

    joe:
    Betul tu, menziarah rumah kawan memang bagus, boleh mengeratkan persahabatan, cuma hubby aje yg selalu busy dgn aktiviti dia, susah gak tu.
    Terima kasih di atas jemputan. Cuti punya program belum pelan lagi......

    ReplyDelete
  6. hang ni bini solehah lah, so baik one

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdulillah muahahahah

    ReplyDelete