Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, April 8, 2006


Ada officemate aku ni, dia baru lagi kerja kat sini, belum setahun lagi. Boleh dikatakan hari-hari dia akan tanya aku "Apa cerita re-structuring?"

Memang betul kompeni aku ni tengah nak re-structuring, tapi belum conpem apa struktur baru tu. Kawan aku ni cakap "Kalau bos kena tukag pi department lain, lama la jodoh aku dengan kampeni ni, kalau dak...."

Tu lah sebenagnya aku sedih. Sedih sebab pasal dia (bos), kami jadi macam ni. Aku pun dari dulu lagi dok berkobag-kobag nak belah dari sini, rasanya rakan blogger pun naik cemuih dah dok baca pasal kerja aku ni kan.

Lagi satukan yang aku sedih sebab minggu lepas aku tak tulis apa-apa pun untuk blog kecuali gambag adik omputih yang tengah marah tu. Cerita sebenarnya malas la aku nak tulis, lepas geram dengan boh gambag cukuplah. Aku dok bi blog hop sana-sini pun malas jugak nak tulis komen. Aku ni memang orang yang pemalas, nak kata apa. Dalam dok malas nak update tu teringin pulak aku nak tukag layout blog, tang tu aku rajinlah pulak, heran. Dok tukag layout tapi tak update buat apa no? Ada setengah orang tu layout dia dari dulu-dulu sampai la ni tak tukag-tukag pun tapi dok update selalu. Takpelah, suka hati hang la Ahni oi...

Walau bagaimanapun aku tak tukag lagi layout blog ni sebab aku ingat nak pi tukag layout website family aku. Ha... tu dia... aku kat blog ni anonimes (konon ajelah anonimes pasal ramai jugak yang dah kenal aku ni) tapi kalau kat website family semuanya ada. Yang tu aku dah lamaaa sangat tak update. Rasa-rasanya dah lupa dah coding html. Itu la manusia ni kan kalau tak amal (praktis), lama-lama akan lupa. Dulu aku retilah jugak guna Flash, lepas tu masa PC kong tahun lepas, aku tak install balik software tu pasal CD dia pun kong jugak (tu la CD peret). Baru-baru ni hubby tolonglah pi beli CD Flash yang peret jugaklah kat plaza lo yat tu le, bila aku dah install aku jadi macam bengong pulak pasal aku dah lupa macam mana nak guna. Nak pi bukak balik buku teks malaslah pulak. Kalau ikutkan buku teks memang banyak, beli masa buat master hari tu, workflow, dbase, director, flash etc. Belipun tak ralat pasal lepas tu boleh rebet dalam borang income-tax. Alamak!!! Bila sebut pasal income tax ni kan, barulah aku teringat yang aku belum isi lagi borang tu... aiseh, cemuih la isi borang tu.. hangpa dah isi ka? Tarikh akhir hantar bila?

malam ni blogspot ni gila pasai tadi aku upload gambag berapa kali dia tak mau keluag, lepaih tu aku tulis punya tulis, ada ka patut yang aku tulis hujung-hujung tu dia tak keluag jugak, galak betoi blogspot ni

3 comments:

  1. blogspot memang kadang2 galak, sampai cek pon naik cemuih nak update...tambah2 kalau dia buat haru biru time cek nak boh gambaq... habt gonchaq nooo pandai guna flash...

    ReplyDelete
  2. izhal: sikit2 boleh le, yang basic sahaja

    lollies: my daughter during telematch kat sekolah dia :-)

    ReplyDelete