Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, March 2, 2006

Semua orang pun cerita pasal kenaikan minyak kan? Hari ni dinner cost me RM5 i.e. satu bungkus nasi putih, ikan masak kicap seekor dan taugeh masak lemak dengan tauhu. Cukup untuk kami makan 3 beranak; aku, son & daughter. Ayahnya stay back kat office; kerja banyak katanya (dalam hati aku "betul ke kerja banyak ni?").

Apa nak buat kan... Kena budget, budget, budget.

Siang tadi aku dah buat surprise call kepada 3 orang. Yang 2 orang tu nak tanya pasal ada vacancy tak kat tempat kerja dia orang. Yang lagi sorang tu nak tanya khabar diri dia sendiri dan ibu dia.

Sekarang ni kena aggresively mintak kerja (berapa byk kali dah cerita pasal hal ini kan? tapi selagi tak dpt kerja baru selagi tu le kena cari kan?)

Esok petang boy (my son) ada acara sukan kat sekolah, tak tahulah dapat hadir ke tidak sebab esok petang ada meeting. Tak tahulah boleh mintak boss masuk ke tidak. Kalau boss mau masuk meeting bolehlah aku mintak cuti setengah hari. Kesian pulak dengan boy kalau tak pergi. Ahad ni pulak ada sukaneka untuk girl (my daughter), kena hadir jugak tu tapi dah plan nak balik kampung jengok mother in law. Dia tak sihat, last week kena hantar ke emergency room sekejap sebab BP over. Dia punya tahap tu kena duduk berehat dan tenangkan fikiran, tapi biasalah kan, orang tua ni depa boring nak duduk diam2, mesti nak cabut rumputlah, buat itulah buat inilah. Ditambah pulak dengan risau kan anak yang ini, anak yang itu, cucu yang dekat, cucu yang jauh. Kita tua nanti pun macam tu lah kot.

3 comments:

  1. Halo AhNi Gonchaq, saya pon terasa pasal kenaikan harga ni. Hari2 dok rasa tak sedap hati je. Nak naik harga minyak tu naiklah, tapi harga barang especially makanan toksahlah naik... Pantau2lah sikit... Pasal Gonchaq nak cari kerja baru tu kan, saya doakan GonChaq dapat kerja paling bestlah amacam???

    ReplyDelete
  2. susah ye nak jd mama mithali yg prihatin .Hubby & anak pun perlu jaga. Anyway do the best that u can.plan nak beli kancil jd ke?

    ReplyDelete
  3. CikNi, betul terasa kesan naik minyak ni. Aku pun sama tapi cam pk takpelah klu setahun dijanjikan naik kali ni aje. Klu naik 3-4 kali mahu baik beskal gi keje.

    Hope job search tu berjaya ek.

    ReplyDelete