Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, March 20, 2006

Saya belum decide lagi nak tutup blog. Thanks for komen-komen prihatin in my previous entry.

Saya sebenarnya sedang menunggu masa line internet dan telefon saya ni dipotong. Sebabnya tak bayarlah. Dah tertunggak. Ya, tengah krisis kewangan yang teruk nih. Jadi blog ni kemungkinan besar akan ‘berehat’ sampai ekonomi pulih.

Di dalam entry saya yang lepas, saya ada menyebut mengenai rumusan yang telah saya buat mengenai blogging. Saya telah merumuskan dan telah memutuskan bahawa saya ingin menggunakan blog ini sebagai satu platform untuk meluahkan perasaan melalui catatan harian saya. Malangnya, adalah amat sukar untuk saya melakukannya i.e. sukar untuk saya nak meluahkan perasaan saya di blog ini. Saya takut jika ada yang mengatakan saya tidak bersyukur dan sebagainya. Lantas, blog ini hanyalah catatan harian saya yang tidak dapat membantu saya mencapai matlamat saya. Langsung saya terus-terusan merasa stress kerana saya tak dapat nak luahkan isi hati saya.

Jadi samada saya akan tutup blog atau sekadar nak rehat buat seketika, biarlah saya tulis di sini apa yang sangat mengganggu saya. Perkara yang membuatkan saya kerunsingan selalu. Perkara yang asyik terlintas di fikiran saya yang tak seberapa bijak ini.

Kiranya pengalaman kerja saya ni baru nak masuk tahun ke 12. Sejak grad saya telah bekerja di bidang kualiti, daripada QC ke QA ke customer service ke internal quality audit ke QCC dan macam-macam lagi tapi masih dalam ruang lingkup yang sama jugaklah iaitu bidang kualiti. Bila saya baru dapat kerja kat syarikat ni dulu, saya telah diberikan tugas 50% buat kualiti dan 50% lagi buat keselamatan pekerjaan (OSH- not Ordinary Super Hero tapi Occupational Safety & Health). Walaupun berat untuk saya menerima bidang OSH tapi terpaksa jugaklah saya buat sebab pada masa tu saya dah menganggur lebih setahun selepas syarikat yang dulu buat retrenchment masa zaman ekonomi meleset tahun 1998.

Bayangkanlah masa saya baru terima kerja tu (tahun 2000), dengan keadaan mengandung 5 bulan, saya telah diarahkan buat safety audit di makmal-makmal. Dah le saya tak ada basic langsung dalam OSH, tengah mengandung pulak tu, macam anak gergasi je dok jalan-jalan kat makmal orang. Nak audit apa pun saya tak tahu. Kenalah buat jugak. Sampaikan task terakhir saya sebelum saya bersalin adalah latihan pengosongan bangunan (building evacuation drill). Masa tu dok kat bangunan yang ada 4 tingkat. Dengan boyot, dengan dah turun darah tu, saya gagahkan jugak selesaikan kerja saya. Hari tu kerja half day (hari sabtu, masa tu hari sabtu masih hari kerja), turun darah dari pagi lagi tapi dah dekat nak senja tu baru mula sakit nak bersalin. Alhamdulillah lepas isyak sayapun bersalin anak kedua. Alhamdulillah saya dapat selesaikan kerja saya sebelum bersalin. Walaupun dah turun darah saya gagahi jugak pergi kerja sebab dah lama buat perancangan untuk latihan pengosongan bangunan tu, nak cancel pun rasa ralat. Masa tu tawakal aje. Kalau tidak kenalah tunggu lagi 2 bulan (selepas naik dari cuti bersalin) dan nak kena plan dan buat arrangement lagi sekali, leceh jugak tu.

Tapi tak kisahlah mengandung atau pun tidak, saya tetap rasakan tanggungjawab tersebut terlalu besar. Saya, sebagai pegawai keselamatan pekerjaan di syarikat ini, besar dan berat tanggungjawab tu! Sapa yang involve dalam OSH ni tahulah macam mana burden nya kan. Kat tempat kerja ni bukan sekadar office tapi ada lebih 7 jabatan dalam pelbagai bidang yang mana setiap jabatan tu pulak ada sekurang-kurangnya 5-6 buah makmal. Contohnya ada jabatan bidang mekanikal, bidang kimia, bidang elektrikal etc. Dan tiap-tiap bidang tu ada pulak pelbagai jenis sub-bidang dengan makmal masing-masing, contohnya bidang kimia tu terbahagi pulak kimia pengguna, kimia bahan etc. Tak payah ceritalah, nanti panjang sangat entry ni.

Setiap tahun masa performance appraisal saya mesti beritahu kat boss yang saya tak nak buat OSH. Boss diam aje, and percayalah korang semua beban saya semakin berat sebab my boss tak ada latihan dalam bidang OSH, dia serah pada saya bulat-bulat aje hal-hal mengenai OSH. Patutnya sebagai boss, dialah yang jadi mentor saya. Ini tidak, sayalah yang kena dok pikir apa nak buat, semuanya kena buat sendiri. Bila tak perform saya jugak yang kena, dapat gred prestasi tak pulak cemerlang, tapi cukup-cukup makan aje... hampeh.

Kemudian ada rakan sepejabat yang pencen, saya pun sound dekat boss suruh dia recruit pengganti yang ada experience dalam OSH, biarlah saya ambil alih bahagian kualiti sepenuhnya. Tapi bila orang baru masuk, tau tak apa yang berlaku? Boss serahkan semuanya kerja-kerja bahagian kualiti, termasuk yang saya sedang handle kepada orang baru tu dan boss suruh saya full time concentrate on OSH! What? From 50% OSH and 50% Quality to 100% OSH? Ya Tuhan, saya memang frust! Frust sangat-sangat!

Selama lebih 10 tahun saya telah dilatih dalam bidang kualiti. Saya rasa saya memang ada kebolehan dalam bidang tu dan saya juga minat. Kalau diberi peluang saya ni nak jadi expert tapi nampaknya sia-sia sajalah pengalaman saya semua tu sebab sekarang kerja langsung tak related lagi. Saya kecewa. Saya marah. Siang malam pagi petang saya ingat nak cari kerja lain, dah lama dah, dah dekat setahun dah saya dok stress pasal hal ini. Campur pulak tension dengan how my department is poorly managed. Campur stress pasal tak dapat bonus. Campur stress mintak kerja tak dapat-dapat. Campur macam-macam stress lagilah, baik personal ataupun pasal kerja. Kadang-kadang tu naik buntu sampai bila nak doa lepas solat tu tak tahu nak doa apa; samada nak doa dapat bos baru ke, doa company re-structuring ke (ini ada juga dengar ura-ura), doa dapat kerja tempat baru ke, last-last berdoa supaya diberi petunjuk dan hidayah, semoga Allah tunjukkan jalan yang diredhai olehNya.

BTW, siapa yang tak ada masalah kat dalam dunia ni kan? Ya, begitulah, may be masalah kecik aje pada korang.

18 comments:

  1. Berat mata memandang, tentu sekali berat lagi bahu yang memikul. Bersabarlah, berdoa, berusaha dan bertawakkal. Sesungguhnya yakin lah Allah akan sentiasa menolong hambanya dari sumber yang tak disangka2.

    Wa man yattaqilLah...

    ReplyDelete
  2. Ahni Gonchaq,

    kalaulah satu hari saya bukak kompeni, memang syoklah kalo Ahni mau kerja sama saya... kalaulah semua orang etika kerja semacam ahni, tak hancoq la kompeni... kalolah sayu hari saya ada kompeni, saya bagi ahni jadi naib presiden laaa...

    ordinary superhero tu habaq betoi...

    Dia nak bagi ka Dia nak ambik ka kita tak tau, tapi yang kita tau Dia memang jaga kita pasai kita hamba Dia... Dia jaga kot mana, lgu mana pon kita tak tau pasai kita hanyalah hamba Dia...

    nak katup blog? tak macam perangai ahni yang sarat mengandung naik 4 tingkat nak buat audit la... tapi kalo dah terpaksa ahni, saya doakan ahni selamat dunia akhirat nooo :) kalau katup sekalipun, Dia nak bagi bukak balik, terbukaklah blog Ahni Gonchaq!!!

    -wasalam-

    ReplyDelete
  3. OSH- InsyaAllah buat masa sekarang ni saya bersabar dan berusaha

    Izhal- betul lah cakap you tu, kita memang tak tahu rancangan Allah untuk kita, macam saya ni kan dah jenuh mintak kerja tapi belum dapat, jadi sayapun cuba nak fikirkan apa hikmahnya tapi memang tak dapat nak figure out lagi. Tak pelah, sabar dan usaha lagi betul tak?

    ReplyDelete
  4. I wish I understand, anyway, have a great week.


    Raquel
    http://raqmitch.com

    ReplyDelete
  5. cikni:
    saya sangat memahami beban kerja tu w/pun saya tak pernah lah buat OSH tapi saya tau camana buat kerja yang kita tak suka - saya rasa dugaan yang Allah bg kat awak lebih berat drpd yang saya tanggung - tabik sebab bertahan w/pun tak rela..

    jangan berputus harap - teruslah berdoa - InsyaAllah Dia akan menolong - saya pun tak nak dah kerja ni tapi dah commitment tu nak kena settle jugak - telan ajerlah..

    Saya baru mendengar nasihat seseorang - amalkan bersolat Dhuha - spy dikurniakan rezeki yang berkat dan tidak putus.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ni,

    Lama tak datang sini and suddenly baca orang nak katup blog. Jangan le gitu. Banyak bersabar. Biasalah tu kalau ekonomi meleset ni. Maklang pun selalunya gitu. Memang betul kata Onde tu, amalkan sembahyang dhuha untuk sentiasa diberi rexeki yang barakah, InsyaAllah. Take care....

    ReplyDelete
  7. Cik Ni,

    Sabar dan doa banyak-banyak..

    Sebenarnya siapa yang ada pengalaman bidang OSH ni memang senang cari kerja. kebanyakannya meula dari Qulaity atau pun Fire Safety.

    Saya ada pengalaman kerja dengan kompeni yang tak ada OSH officer. Kami buat koniti dan kerja sama-sama sampai dapat OHSAS 18001 certification. Walaupun susah, tapi pada saya menraik OSH ni. Kena tau kualiti, safety, law etc etc.

    Maksud saya macam ni. Kalau kita stress dgn kerja, jangn terus dibenci. Cari jalan supaya kita suka dgn kerja tu. Biar sampai kita jatuh cinta...walaupun ada part-part yang kita masih tidak suka...

    Kalau dah namanya dunia...mana ada kerja yang tak ada stress..

    ReplyDelete
  8. Cik Ni,

    First time letak komen ni. Sabar je & tawakal .. Kak ni pun keje sementara lepas kena retrenched tahun 2002. Mula-mula tu frust sesangat kenapalah susah sangat dapat keje... Rasanya kalau dikumpul resume tu tak tahulah dah tinggi mana.

    Tapi mungkin bukan rezeki kita lagi. Apa2 pun berharap agar anak2 sihat dan sentiasa dapat pertolongan ALLAH.

    K Mira

    ReplyDelete
  9. ini adalah tapak
    tempat kau berpencak
    campak segala sebak
    moga semangat tetap marak

    pedulikan aku
    hanya sebutir batu
    tertimbus diperdu bambu
    menunggu waktu berlalu

    teruskan bercerita
    seperti aku tiada
    aku juga insan biasa
    singgah menghitung masa

    ReplyDelete
  10. dulu saya penah jugak ada hati nak stop blogging memandangkan beban tugas harian yang melampau-lampau. tapi bila pikir2 semula buat apa nak tutup kalau tak de masa tak payah lah tulis. kalau ada masa tu tulis lah. kadang blog ni boleh dijadikan tempat lepaskan tension, dapatkan pandangan orang lain dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. CikNi,

    Pasal kerja, mmg aku ada experience yg sama. Aku mintak promotion kat ofis lama tapi tak dapat. Eventho performance OK. Aku kuciwa. Aku tanya x-bos aku nape doa aku utk mintak promotion tu tak makbul. Bos aku suruh sabar.

    Pas tu aku mintak gomen. Banyak gak la doa bagi lepas. X-bos tanya aku doa apa. Aku jawab aku doa mintak dapat keje ni. X-bos aku kata patutnya awak doa 'Berilah apa yang terbaik untuk diriku. Kalau tempatnya di sini, di sinilah. Kalau di sana, di sanalah.

    Agaknya rezeki aku dapat keje baru.. :D

    Cheer up!!

    ReplyDelete
  12. "...sukar untuk saya nak meluahkan perasaan saya di blog ini. Saya takut jika ada yang mengatakan saya tidak bersyukur dan sebagainya" - Don't let the society defines your individuality ;)

    ReplyDelete
  13. akak, i know how you feel. but you're one strong woman, dah 10 tahun. saya tak sampai setahun kat sini, rasa macam nak menangis. saya tak tahu mcm mana..much happier sambung belajar.

    moga2 saya pun kuat macam akak

    ReplyDelete
  14. wan- saya pun doa macam tu lah~ semoga Allah berikan petunjuk kerana kita tidak tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk kita

    lieawulf- dah luah perasaan tu rasa lega lah banyak

    mardhiah- betul tu masa mula2 kerja saya memang tension habis tapi lepas tu part time buat master, masa tu rasa better sikit sebab dalam hati dok pikir "dah grad nanti aku nak blah" tapi bila dah grad dan belum dapat blah tu yang tension tu datang balik. Well, for the mean time you hang on, ok, sambil2 tu sama2 lah kita ushar kerja baru

    ReplyDelete
  15. onde- dalam masa 2 minggu 2 kali saya dengar nasihat (1 dari ustaz kat radio, 1 dari ceramah) kata kita kena cuba belajar 'buat mudah', kalau semua perkara kita nak pk habih2 tak elok untuk kita, saya rasa nasihat tu betul dan InsyaAllah saya nak amalkan

    maklang- Insyaallah saya tutup blog, cuma kalau line kena potong tu kenalah saya 'berehat' sekejap dari blogging

    jiwa- saya setuju sekali dan InsyaAllah akan cuba praktikkan, mesti think positive kan tapi kadang2 tu kat rumah berkobar-kobar nak think positif, bila dah pergi office- hancur....

    ReplyDelete
  16. Kak Mira- terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang selalu merepek-repek ni. Saya dulu ada jugak kerja sementara (masa tu masih kat Perak) tapi bila dikira balik kerja sementara tu tak berbaloi, sayapun berhenti, kerja pun sekejap aje dalam sebulan gitu. Betullah kak, belum rezeki tapi dulu saya rajin buat solat hajat, ni dah lama dah tak buat

    kelaling- syhhhh, jgn story kat orang lain ek, nanti dapat tau kat boss susah hidup saya. U very busy sekarang eh, jarang nampak

    saudagar mimpi- nak luahkan perasaan, tak reti pulak nak summarizekan... heheheh

    jubeiz- betullah cakap jubeiz tu sebab kadang2 tu kita nak share jugak story kita dengan orang baik story yang happy atau yang sedih, stress etc

    ReplyDelete
  17. maklang!!!

    what i mean to say is - InsyaAllah saya tak akan tutup blog. Adeh, tertinggal pulak perkataan 'tak' tu.... fuh....

    ReplyDelete