Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, March 24, 2006

Alhamdulillah setakat ini line internet masih secure, despite tunggakan tu kan... Ya, selagi ada line, selagi itu boleh online, yayayhhh.

Mungkin entry saya yang sebelum ini panjanggg, komen yang saya terima pun panjang jugaklah, dan saya jawab komen-komen tu pun panjang jugaklah. Terima kasih kerana masih sudi membaca entry saya yang meleret-leret tu. Terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan. Terima kasih di atas komen-komen yang kemudiannya memberi pulak ilham kepada saya dalam menghadapi situasi ini.

Bila dah ditulis dan kemudiannnya saya sendiri membacanya, secara perlahan-lahan saya mula melihat masalah ini dari perspektif yang berbeza pulak. Mungkin dalam keadaan otak dan emosi yang menekan, saya tidak dapat berfikir dengan baik dan saya melihat segala-galanya dari sudut yang negatif. Saya masih melihatnya secara negatif tapi..... tak lah teruk sangat kan? Saya masih bekerja dan masih ada gaji. Cuma saya tak boleh berdiam diri, saya mesti terus berusaha. Saya berdoa semoga saya kuat dan cekal, dan semoga saya tidak mudah mengalah bila ada kesusahan yang menimpa. Semoga Allah kabulkan.

~~~~~Dua tiga hari yang lepas saya agak sibuk. Kadang-kadang tu tak tahu kenapa banyak perkara yang berlaku serentak dan semuanya pun kena layan. Ada seorang Hamba Allah tu pulak telah ditimpa sakit. Orang sakit takkanlah kita nak cakap padan muka pulak, tak baik tu sebab kita sendiripun tidak tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita, may be kita lagi teruk nanti. Sebenarnya saya tak tahu apa perasaan saya bila dengar berita tu, cuma dulu saya pernah mengalaminya dan ianya DISEBABKAN OLEH DIA. Sekarang dia pulak mengalaminya, sama macam saya pernah kena dulu. So, how should I feel?

Don't worry, ini tak ada kena mengena dengan sihir lar. Penyakit pekerjaan kot... Ceritanya begini, dulu saya pernah 'dikenakan tekanan' sehinggakan saya sakit. Sekarang dia pulak yang sakit macam tu dan tak tahulah pulak siapa yang 'tekan' dia.

~~~~~Saya dah tanya pada kawan-kawan kalau ada yang berminat nak beli saham bank rakyat, saya nak let go dalam RM1500, tak banyak tapi saya urgently need some cash. Memanglah saya boleh let go balik kat bank tapi masalahnya - lambat. Saya nak pakai duit - segera. Ada 2-3 orang berminat tapi depa tak ada akaun pun, tak boleh le nak jual/transfer.

Update!!! Terima kasih kepada yang berminat. Saham tersebut telahpun ada pembeli.

~~~~~Siang tadi sejarah lama berulang, handphone jatuh lagi kat parking. Pada mereka yang masih ingat dalam entry saya yang dolu-dolu, handphone saya yang lama dah jatuh kat parking dan 'cerai talak tiga'. Saya dah beli handphone baru dan ambil line baru. Bila difikirkan bagus jugak sebab line baru ni lagi baik dari line yang lama tu (better package this time). Hilangpun ada hikmah, Allahuakbar.

Yang baru jatuh tadi tu, Alhamdulillah ada orang yang jumpa (jatuh dekat dengan kereta saya actually). Orang tu jujur dan letak nota kat kereta saya. Saya ucapkan syukur Alhamdulillah dan cuma mampu ucap terima kasih pada dia. Nak kasi duit pun takut orang tu terasa hati pulak sebab may be dia ikhlas nak tolong dan tak mengharapkan balasan. Lagipun kereta orang tu lagi besar dari kereta saya...muahahahah! Hubby kata calling-calling lah orang tu buat kawan. InsyaAllah saya akan buat.

13 comments:

  1. Ni I'm gla hang tak jadi tutup blog. Actuallynya, I kan selalu citer susah hidup kat sini having 2 jobs & studying full time. Ada lah juga org yg kata i tak bersyukur, I ni menagih simpati readers etc. To me lantak lah kan, kat sini tak dak Melayu abis kat sapa lagi I nak curah kan my problem. Nak baca, bacalah, kalau tak suka, tok sah baca. org ni kan senang saja nak judge kita, kita sendiri tanggung kita tau lah. Lepas tu ada pulak yg know my real story dah pulak tanya apasal you tak mau berterus terang kat yr blog. Hah nanti I citer habis semua ada lah pulak yg kata mmg sah menagih simpati etc. The bottom line is you cant please everybody, just be happy with yr self. The lesson that I get from all this is *jgn dok senang2 nak judge org* but boleh ke I buat statement yg racist di sini? iaitu org Melayu mmg suka judge others... sure nanti I kena ni :)

    ReplyDelete
  2. 10,
    hang memang nak kena- nak kena cium! kadang2 aku pun rasa macam nak cerita everything, contohnya seperti tak berselindung di sebalik nama 'ahni' etc tapi kena fikir betul2 lah apa objektif nak tulis blog ni

    ReplyDelete
  3. tu anak gonchaq ka? comel lotte,nama dia sapa???

    dah talipon orang tu buat kawan ka? entah2 saya... hahahahhahaha...

    ReplyDelete
  4. Anak saya yang kedua.

    Ish, bukanlah Izhal orang tu, dia perempuan dan nama dia pun Sarah jugak! Belum call lagi...

    ReplyDelete
  5. Izhal!

    Nama anak saya tu Sarah, sama dengan nama orang yang jumpa h/p saya.

    ReplyDelete
  6. ala cikni.. interested with the share but same prob, no account with b.rakyat.

    ReplyDelete
  7. aiseh kantoi bukan saya yang jumpa... malunya... hahaha

    ReplyDelete
  8. lama tak komen.
    - ada la hikmah semua ujian ug menimpa kita
    - saya pun tunggu peluang nak masuk saham bank rakyat. Dah ada account tapi takde duit. carik la org lain ye...

    ReplyDelete
  9. hmm.. aku ada akaun b/rakyat. ko email aku bg details

    ReplyDelete
  10. ada satu time tu my dad jumpa hp. called that person up to pass the phone. pastu orang tu kasi RM10. we didn't like it. despite it's a kind gesture but we felt tak yahlah kasi duit tu. kita orang ni tak adalah sengkek ke apa. that's what we felt. lainlah kasi budak sekolah. i don't knowlah about the calling2 part tu. personally i rasa tak payah. sebab kalo orang tu call i, i akan rasa stalker ke apa dia ni. your thanks was good enoough.

    but then i am also a paranoid.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah kalau kita masih boleh rational bhw setiap kejadian yang Tuhan bagi kat kita tu nak suruh kita berpikir, kalau kita redha dalam musibah pun kita dapat pahala..

    dalam hidup kita yg singkat ni, tak de lain yg kita carik selain redha Ilahi..

    mudah2an apa yang hilang tu Allag ganti dengan yang lebih baik. InsyaAllah..dan kita pun jgn putus asa berusaha..

    ReplyDelete
  12. semoga tabah...

    cik na--org perlis

    ReplyDelete
  13. ubi: kalau nak jadi ahli bank rakyat kena que panjang jugak tuh
    izhal: ha tu la dah kantoi!
    joe penang: kalau dah ada akaun tu maintain je lah, nanti kalau nak beli saham cuma masuk que (yg panjangggg tu)
    wan: sorrylah sebab hang terlambat beberapa jam aje sebab dah ada orang mintak beli
    lollies: yang jumpa h/p tu perempuan
    cik na: lama dah tak mai sini. BTW, blog cik na apa url nya, nanti bagi lah ya

    ReplyDelete