Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 21, 2006

Syukur, Alhamdulillah.

Entry sebelum ini pun aku mulakan dengan ayat yang sama.

Syukur, Alhamdulillah.

Ya, walaupun inspirasi untuk update blog mencurah-curah (konon) tapi telah dibatasi oleh masalah PC & network.

Hari ahad yang lepas PC aku telah 'hang' dan sebab aku nak cepat, aku terus tutup plug (power) nya. Petangnya anak aku nak on PC tak boleh-boleh. Lepas tu aku pun 'bersilat' dengan PC ni yang kesudahannya adalah aku kena reformat semula hard disk, reinstall OS dan resetting balik semua-semua wat not.

Reformat, bermakna habih le semua gambar-gambar raya cina, raya melayu, raya segala jenis raya, segala jenis function bla bla bla

Dan ini bukanlah kali yang pertama PC 'kong'. Ini adalah kali kedua, cuma yang first time tu nasib agak baik, aku dah backup semua files dan gambar2 dalam CD. Tapi punca 'kong' nya tetap sama iaitu shut down secara mengejut (direct off power kat plug).

Dan.. ada lagi ni...

Tiap-tiap kali PC kong mesti masa OS nya Window XP Versi Pirate bin Lanun...jeng jeng jeng

Cuma aku je yang tak serik-serik. Dulu lepas 'kong' kali pertama aku dah reformat dan reinstall Window 98 SE (ori punya). Aku tahu kalau yang ori mesti takkan 'kong' punya. Tapi tak lama lepas tu hati aku ni meronta-ronta suruh intall balik XP Pirate tu. Al maklumlah Window 98 SE tu koman, XP tu canggih. Byk software pirate macam Adobe Photoshop, Flash, Director, MS Office semuanya tak compatible dengan 98 SE lagi dah. Akhirnya, akupun tunduk dengan kerakusan nafsu aku dan install balik XP pirate.

PC 'kong' kali ni cuma selang masa setahun dari 'kong' yang pertama. Inilah nak membuktikan bahawa pirate bin lanun tak bagus, tak kualiti, tak selamat. Apa salahnya invest RM500 untuk versi XP yang ori? (will you?) InsyaAllah tak kong punya PC tu.

Bukan sahaja aku terpaksa menanggung keperitan mengformat dan meng-install, malahan nak setting menyeting pun sangat hancur luluh jiwaku ini, tak tidog malam hangpa tau. Setting kot tu tak ok, setting kot ni tak elok, lepas tu buat product recovery, lepas tu try setting lagi sekali.. penat.... Sampai aku sanggup ambik cuti half day sebab nekad nak resolve everything by today! Dah 3 hari PC aku menderita (ke tuan nya yang menderita? Muahahah).

Namun begitu segala jerih payah ku telah berhasil. Buktinya aku dapat update blog walaupun dengan Window 98 SE dan IE version 5 yang lekeh, koman and tak best langsung ni.

Sat lagi aku nak pi buat operasi haram paling tegar dalam dunia.

Sat lagi aku nak pi install balik Window XP Pirate bin Lanun Service Pack 2 Cap Low Yat Plaza.

12 bulan dari sekarang, kalau PC 'kong' boleh cerita dalam blog lagi.

8 comments:

  1. Wah !! Terror hagn Ah Ni. Aku kalau mender2 nii kong out, outsource ajer laa. Tak larat nak layan, nak install, ke haper.

    Ni idea udah mencurahcurah boleh le update bebanyak !! :-))

    Good luck on you lanun's XP

    ReplyDelete
  2. perghhhh...gilerr geliga gilerr boleh format sendirik PC...aku ni dah berapa kali nak try mengformat sendirik, tapi aku takut PC aku tak serupa PC pulak..kang serupa microwave kang, aku gak yg susah

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana tau menformat/menggodek win yg korup. Tak nak try install Linux/Ubuntu? Bleh buat dual boot apa? Insya Allah tak timbul masalah akibat install cd pirate. Kalu tak reti maybe bleh mintak member expert office tlg buat. Anyway tahniah sekali lagi kerana berjaya menjimatkan >< rm60 ringgit kerana tak hantar ke kedai

    ReplyDelete
  4. TJ, Melah & Joe-

    Oh! Saya ingatkan semua orang tahu buat kerja2 macam ini. Maybe saya tahu sebab saya rajin godek-menggodek PC. Kiranya ada faedah jugaklah saya rajin mengodek ni ya. Lagi satu bila rajin menggodek/usik, maka lagi senanglah PC tu 'sakit'

    muahahahah

    ReplyDelete
  5. nak kirim beli CD lanun kat Summit? Banyak choice :)

    ReplyDelete
  6. Nak nak nakkkkk!!!!

    Tapi lepaih tu nak pi jumpa hang pulok yang payah. Plaza Low Yat tu walaupun area 'sini-sini' jugak tapi punya lah susah aku nak pi. KL tu dah lamaaaaa dah tak pi.

    Ipoh tu lagi dekat... heheheh..

    Atiz, sana byk lanun ka? Nanti lah ada rezeki aku pi buat operasi....

    ReplyDelete
  7. my lappie pun tgh bengong eventhough almost everything is ori.

    ReplyDelete
  8. lain kali jangan guna yang pirate, gunalah original pirate, selamat dan berkesan, tak perlu banyak memberus, aiman tak kisah...

    ReplyDelete