Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, February 24, 2006

Kerja

Hari ni busy sekali. Bukan busy kerja sebab satu kerja pun tak buat sepanjang hari. Tapi aku kerja hari ni.

Kerja tapi macam tak kerja.

Jangan pening kepala.

Hari ni sebelah pagi ada perhimpunan, sebelah petangpun ada perhimpunan (agenda berlainan). Lepas perhimpunan yang pagi (habis kul 11.30 pagi) sempat baca email dan sarapan (segera punya- biskut cecah air milo). Lepas tu kul 12 t/hari pergi discussion.

Discuss, discuss, discuss sampai kul 1.30 t/hari, perut dah lapar giler. Sib baik sumepun perempuan, tak payah pi solat jumaat. Habis aje discussion naik balik office dan makan lunch free sebab ada kawan buat jamuan. Lepas makan, solat zohor, capai kunci kereta dan keluar pergi bank sebab hubby suruh tolong bayarkan duit kereta (BTW, masa ini masih lunch time 12.30-2.45). Sampai kat depan bank pun masalah jugak sebab aku tak ada duit syiling nak bayar parking. Tak pe, masuk ke dalam bank dulu dan ambik nombor giliran. Sambil-sambil itu aku tanya kat adik security (serius muda depa ni- ada 2 orang) samada enforcement selalu datang tak. Depa kata tak pa, kalau M-B-S-A datang depa akan sound kat aku.

Aku tak ambik seat tapi berdiri kat tepi pintu sebab nak standby kot-kot datang pulak orang M-B-S-A. Tiba2 aku nampak ada seorang naik motor pusing-pusing kat tempat parking. "Alamak! Dah datang!", aku cakap. Serentak dengan itu 2-3 orang customer dalam bank tu terus keluar pi bayar duit parking (takut kena saman le tu). Yang aku ni terkebil-kebil sebab duit syiling tak ada. Nasib baik ada sorang adik bank tu tolong pi tukar kat kaunter untuk aku. Lepas tu aku pun cepat2 le pegi bayar parking.

Bila masuk ke bank, rupa-rupanya adik M-B-S-A tu bukan datang nak check/saman parking, rupa-rupanya diapun nak masuk ke dalam bank jugak.... lar... buat orang panik je.

Lepas bayar duit kereta aku balik ke tempat kerja tapi bukan balik ke office aku. Aku pergi office seorang Senior GM untuk ambik dokumen. 2 kali aku turun naik bangunan yang 4 tingkat tu sebab masa mula-mula aku naik tu dokumen yang dia bagi tu bukan yang aku nak. Akupun turun ke tingkat bawah sebab masa tu dia ada function lain kat tingkat bawah. Lepas explain kat dia, SGM tu suruh aku naik balik office dia ambik dokumen yang betul. Fuh penat giler....

Dah ambik dokumen aku pergi pulak ke perhimpunan petang yang habis sebelum pukul 5. Lepas perhimpunan ada jamuan ringan. Lepas tu baru aku naik balik office aku kat tingkat 4 (lif tarak, kaki juga ada). Masa tu dah letih. Tak jadiklah nak stay back. Lagipun dah mood jumaat kan, esok cuti, yuhuuuu! Apalagi, aku ambik handbag dan turun balik.

Tak tahulah kerja apa yang aku buat hari ni.

Tak kisahlah, yang penting hujung minggu datang lagi!!!!

3 comments:

  1. itu semua kira kerja la tu. turun naik tangga tu kira kerja la jugak.

    ReplyDelete
  2. Sibuk tu biasa la. Kerja makan gaji/sendiri sama je. Cuma kerja sendiri bleh ikut mood.ha2. naik/turun tangga tu kira practise gak. nanti nak naik/turun shopping complex beli barang for 1 month stock takde problem la kan?

    ReplyDelete
  3. Jubeiz, hari-hari turun naik tangga tu tak kurus-kurus jugak, heran betul

    Joe, mana ada naik turun shopping complex? Itu orang kaye2 aje.... saya shopping kat kedai runcit aje... heheheh

    ReplyDelete