Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, January 22, 2006

Post Meng-up-kan Diri

For Atenah, Atiza & Lollies- this is improvised version. Thanks for you girls!

Budak mata coklat dan rambut coklat.

15 tahun yang lalu itulah aku. Dah le nama aku macam mat salleh, rambut dan matapun coklat, tak tahulah dari mana datangnya. Parentpun tak de macam tu, may be kena trace balik salasilah nenek moyang aku..... Yang pentingnya aku memang anak kandung depa. Adik aku (yang bongsu- lelaki) lagilah rambut dia perang terus tapi mata hitam.

Rambut Coklat
Rasanya majoriti orang tidaklah berambut 100% hitam, kebanyakkannya coklat2 tua gitu. Rambut aku pulak warna coklat/perang agak ketara di bahagian atas telinga (bahagian kiri dan kanan sebelah atas dahi), bahagian tengah tu elok pulak gelapnya.

Mata coklat
Tengoklah gambar aku dengan anak saudara aku (sorry, mak dan ayah Damiya, telah menggunakan your baby sebagai comparison)
So, ceritanya adalah... kalau 15 tahun yang lalu mewarna rambut dan pakai contact lense tu - not common (contact lense dah wujud ke belum entah) dan orang accept aku seperti mana yang depa nampaklah. Tak adalah pulak orang nak kata aku perasan ke apa ke. Lagipun orangpun tak nampak mata coklat dan rambut coklat aku sebab siapalah yang nak pandang budak perempuan pendek lagi gemuk ni. Memang aku tak fofular langsung :(

Sekarang, zaman dah berubah, zaman aku dah jadi mak budak, zaman aku jadi wanita berkarier, dah jadi lain pulak perception orang terhadap aku. Sebabnya contact lense dan pewarna rambut dah melambak-lambak. Dah common. Orang kalau tak kaler rambut dah jadi tak kewl. Kalau tak biru/hijau/kelabu mata tupun dah tak kewl.

Zaman inilah masalah aku bermula.

Pasal rambut aku ni kira oklah since aku dah pakai tudung, orang pun tak tahu rambut aku warna apa. Cuma masa baru kerja dulu ada jugak officemate (perempuan) yang tanya samada aku warnakan rambut ke tidak, depa nampak rambut aku masa nak berwuduk kat surau. Ada sorang tu nak pi inaikan rambutpun siap dok cakap kat aku yang dia tak nak inai merah macam rambut aku, dia nak yang gelap sikit. Sukati ko lah....

Cuma pasal mata yang aku boring. Orang mesti tanya "You pakai contact lense ke?" Kalau aku jawab "Ya" Lepas tu dengan lasernya depa akan kata "Patutlah" Eh! Apa yang patut patut? Patutlah mata aku coklat eh? Kadang-kadang kena ejek pulak tu "Chewah, Kakak kita pakai contact lense coklat hari ni" Ish! Geramnya aku kena ejek macam budak kecik lah pulak.

Tu lah pasal aku pakai spek padahal aku tak suka sangat-sangat pakai spek ni, aku memang lebih selesa pakai contact lense. Kalau pakai spek tak nampak ketara sangat warna coklat tu. Itupun ada jugak orang pernah tanya kat aku "Pakai contact lense ke?" Ishh, takkanlah pakai spek lepas tu nak pakai contact lense pulak, gilo ko apo?

So, weekends baru aku pakai contact lense, pakai yang daily punya, lagi senang, pakai dan buang. Kurang lah orang nak ejek aku. Kalau jumpa dengan kawan2 hubby & wife2 depa, takkanlah depa nak ejek aku. Kalau kutuk pun dalam hati jelah kut.

Habis dah cerita meng-up-kan diri (pinjam dari Jokontan).

Sejak akhir-akhir ini aku tengok kawasan berambut hitam tu dah mula ditumbuhi rambut putih (uban!! ahhhhh tidak!!!!! aku baru 33 tahun, belumpun 35, belumpun 40, belumpun 50, belumpun 60!!!!!). Warnanya tu bercampur-campur pulak, ada rambut yang putih semua, ada yang separuh putih, separuh coklat, ada yang coklatpun tidak, putih pun tidak, warna dia tengah2 (coklat muda le tu).

Sooner or later, rambut aku akan jadi macam Rouge dalam cerita X-Men tu. Just in case you all tak tahu, Rouge adalah x-men & mutant yang no. 2 paling power sekali di galaksi ini selepas Apocalypse. May be bila aku dah fully 'transform' nanti akupun akan jadi power macam Rouge.

My theory: Rambut aku coklat tu sebab pigment warna hitam kat situ tak banyak/kuat/pekat. Ni dah nak habis pigment hitam tu, tukarlah pulak jadi coklat muda dan putih. Yang aku heran tu sebab warna coklat dan uban tu bertumpu kat sebelah depan aje.






Dan jika diberi pilihan, aku pun tak tahu nak pilih warna coklat ke, hijau ke, biru ke.....

11 comments:

  1. sungguh jeles melihat kulit kemerahan dengan mata cokelat itu.

    ReplyDelete
  2. mata warna apa pun tak apa, asalkan sihat - bukan? Ish kak teh pun 'blond' jugak - tapis apa nak tahu kan?

    ReplyDelete
  3. teringat plak kat saya. Mata sepet.anak buah majoriti mata sepet.sampai bunaiya yg 2 nih pun sepet. pernah masa sek men dulu masa naik ketapi ada sorg nyonya borak dlm chinese ngan saya . pas tu aku cakap aku malay. so dia mintak maap & terus belah. Alhamdulillah. ni suma kurnia dr Nya.
    p/s: so gambar CikNi yg plg kanan sekali ye..? kat side bar nih

    ReplyDelete
  4. aku pun mata warna coklat cair jugak..biasanya orang kulit putih, rambut dia memang perang skit..anak2 aku semua macam tuh sebab abah depa putih...aku jer itam gelegap :)

    so, biasakla blondy2 tuh..dah keturunan macam tuh..nak wat guane :)

    ReplyDelete
  5. Sakit hati jer bila ada orang perli² kan cikni?

    Mmg ada kengkawan yg mata coklat tapi bukan kacukan. Dan pasal 'rambut putih' tu.. masa inilah gunanya dye/inai rambut. :)

    ReplyDelete
  6. lollies- nak lawan dengan putih Madonna ni kuang kuang kuang

    kak teh - meh le kita buat geng bloggers blonde :)

    joe- saya ni tak boleh lari dah dari sepet sebab memang anak cina. Gambar saya yang kiri bukan yang kanan (yang tembam muka bulat tu)

    atiza- excited nya aku nak jumpa geng mata coklat ni sebab so far geng aku (kat office/masa belajar) tak ada lagi yang mata coklat

    wan- kadang2 depa tu perli macam nak cakap aku ni tak sedar diri, dah tua pun nak pakai contact lense kaler (teruknya aku think -ve aje). Nak menginai yang aku malas nih

    ReplyDelete
  7. waduh, kaler cekelat mata dia..
    rambut putih tu pun kita dah ada jugak sehelai dua..

    ReplyDelete
  8. alah ni depa tu jeles, nak mata kaler2 depa kena keluarq duit, hang ori punya. wonder if yr kids pun mata kaler2?

    ReplyDelete
  9. mata aku pun coklat gak, siap ada perakuan dari jabatan laut lagi, test mata masa nak interview petronas tankers dulu-dulu...

    ReplyDelete
  10. jarang anak melayu mata cokelat...kira hang ni mixed ler...kan..hehee

    ReplyDelete
  11. onde- umur dah start dengan angka 3 ni memang dah mula dgn 'sehelai dua' tapi saya punya macam berbelas-belas or may be puluh2 helai dah ni... :(

    atenah- mata anak2 warna hitam, tak dak yang ikut, may be kena beranak ramai lagi kot

    kelaling- mai sini aku nak tengok!

    rojakbuoh- mixed gak le, mum chinese tapi tengok mata dia coklat gelap

    ReplyDelete