Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2006

Korban & Syukur

Cerita korban
Hari ni kat opis buat upacara korban, 13 lembu tumbang buat pahala. Akupun tumpang pahala makan lauk korban - daging masak hitam, nasi putih, sedikit roti dan semangkuk sup daging. BTW, makan lauk korban dapat pahala ke? Kalau tak dapatpun, Alhamdulillah ada rezeki dapat makan. Makan dengan baca Bismillah pun InsyaAllah dapat pahala.

Lepas makan beratur untuk ambik daging korban pulak. Aku serba salah sebenarnya nak ambik daging tu sebab rasa macam tak berhak. Aku tak rasa aku ni fakir miskin walaupun aku tak kaya-raya. Sambil beratur tu puas aku dok pikir daging korban ni nak bagi kat sapa. Apa-apa halpun ambiklah dulu, kalau tak ada bagi sapa2 aku masak le untuk family aku nanti. Lagi pun bila difikir-fikirkan daging ni adalah daging yang selebihnya selepas dibedak-bedakkan kepada yang berhak. Aku tak pasti petugas korban kat opis aku ni pi bedak kat sapa tapi aku yakin kepada mereka yang berhak. Yg aku dengar rumah anak yatim tapi tak tahu rumah yang mana.

Kiranya hari ini lepaslah kempunan aku nak makan daging....

Cerita anak
Alhamdulillah, syukur sebab my daughter dah tak nangis dah. Semalam aku pi berkira rumah sorang akak tu. Aku tak kenal sangat akak tu tapi aku tahu dia ni tinggal dekat area rumah babysitter jugak (tapi row lain) dan aku selalu jumpa dia kat sekolah. Anak2 diapun sekolah kat sekolah anak aku jugaklah, habis kalau dah area sini mestilah sekolah yang sama jugakkan. Masa aku cerita pasal anak aku nangis hari tu dia dah offer kat aku. So selepas aku fikir2 aku pun pi lah jumpa dia. Dia setuju nak jaga kedua2 anak aku sementara nak tunggu babysitter balik.

Hari ni dia start jaga anak aku dan juga adik pada classmate my daughter yang mak dia baru bersalin tu. Kelakar betul sebab 'pi mai pi mai tang tu jugak'

So, balik sekolah berjalanlah beriringan 4 orang ni- my son (selepas balik dari sekolah KAFA, singgah dan tunggu adik dia kat pre-school), my daughter, classmate dia yang nenek sakit tu dan classmate dia yang mak bersalin tu. How sweet.....

3 comments:

  1. selamat hari raya aidil adha..this week bz tahap dewa gaban so tak leh nak menceceh..

    balik kg H dapat tulang lembu masa korban pastu teruih buat sup..fuh..terangkat!

    ReplyDelete
  2. wan- bedak tu... bahagi-bahagikan. Pronounce = baedak

    atiza- orang finance macam tu le, awal tahun ni nak settle akaun tahun lepas. Uishh... sedap nya sup tulang.

    ReplyDelete