Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, January 19, 2006

Gula & Bonus

Uishh lamanya tak update.

Idea ada tapi realisation tak ada.

Cerita anak
Semalam, babysitter dah balik dari Mekah, penerbangan ke-3. My daughter dalam perjalanan ke pra-sekolah *sambil menangis*, cakap “Ibu kata nenek J balik tak payah pegi sekolah”

“Ha? Mana ada ibu cakap?”

Huh, banyaklah ‘auta’, pagi-pagi pulak bangun aje dah merengek, cakap “Petang semalam ibu cakap nak beli gula (gula-gula) tapi ibu tak beli pun” (Dalam hati ku “ekeleh, alasan tak nak pi sekolah lah tu”)

“Semalam kan ayah yang pi ambik ko balik sekolah, bukan ibu. Tak pelah kejap lagi ibu belikan”

Hari tu (entah bila) hubby cakap InsyaAllah bila babysitter balik dari Mekah depa pujuklah anak tu, depa pandai pujuk, tak macam mak bapak dia (kami le tu).

So, kita tunggu dan lihat ajelah.

Cerita kerja
Awal bulan hari tu ada assembly. (Eh eh macam sekolah lah pulak ye). Big boss kami announced macam2 le tapi aku tak attend sebab ada kat sekolah nun menemankan perempuan kecik yang melalak tuh.

Bila dah masuk opis aku tanyalah apa cerita assembly?

“Syarikat rugi berapa million entah”, member aku cakap.

“Ada cerita pasal bonus?”, aku tanya tapi aku tahu soklan aku tu soklan buduh sebab kalu dah rugi entah berapa million takkan lah ada bonus kot.

Hampeh.

7 comments:

  1. cuba peluk cium orang baru balik mekah..wangiiiiii jer.

    ReplyDelete
  2. yes, dah peluk cium hari tu and saya jadi orang pertama (dari kategori jiran, kategori sedara-mare dah jumpa kat airport!) yang jumpa dengan dia

    ReplyDelete
  3. eleee... untung pun takda bonus, rugi kalu... hmmm..

    ReplyDelete
  4. cikni,
    biasa la tuh budak2..masa Fadhli tadika dulu2 siap pegang pagar sambil takmo lepas..bila dah bawak masuk, dia punya babai..huh..pilu sungguh macam drama hindustan...

    patut gandingkan your daughter ngan my son buat drama..bagus tuh..boleh jugak tampung kekeringan bonus ;)

    ReplyDelete
  5. ada gak co..yang claim untung million million tapi tak ada bonus. kalau ada pun ciput aje

    ReplyDelete
  6. atiza- drama bulan ini (DBI) premier 1st February 2006, eh?
    So, macam mana ko buat atiza? Bagilah tips sikit... kepalo den poning

    lollies- bonus kita aje ciput, bonus director, mau 5 angka

    ReplyDelete
  7. ni: hang kena buat dek aje..jgn bagi muka sangat..bila dia nampak kita macam sedey2..lagi la kuat dia nangis :)

    ReplyDelete