Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, January 11, 2006

Cuti lagi

Cerita anak
Uishhh, cuti lagi makcik sorang ni. Cuti sakan nampak. Kerja kat opis tu dok tunggu melambak2. apa nak buat kan... nak settle kan hal anak. Bila my daughter tak nak pegi ke taska after pre-school, saya minta tolong atuk pada classmate dia, kebetulan pakcik tu jiran sebelah rumah babysitter (yang sekarang tengah buat haji tu). Pakcik tu kata ok, despite wife dia tu tak sihat (breast cancer, baru lepas operation last month, 3 years ago dah operation, but this year ada ketumbuhan baru lagi). Akupun serba salah sebenar nya tapi kat situ ajelah my daughter mahu pergi. Cucu dia dah kamceng ngan my daughter. Last yearpun dah tabika sama kat tabika kemas.

Tup tup semalam OTW balik dari kampung dapat sms dari anak dia yang mak dia dah masuk hospital balik sebab kena jangkitan kuman di paru-paru. Lebih mengejutkan pada hari jumaat lepas, iaitu hari pertama aku tumpang anak aku kat situ, makcik tu dah pitam kat dapur tapi pakcik tak bawa dia ke hospital sebab kena babysit my daughter dan sorang lagi classmate dia (yang ni pulak sebab mak dia masuk hospital nak bersalin). Akupun tak sangka pulak bila aku fetch my daughter hari tu, pakcik tu cakap "makcik tengah baring dalam bilik, petang karang nak bawa pergi hospital", aku ingatkan nak pergi check-up/follow-up macam yang dia selalu buat tu (treatment after cancer operation).

Cerita raya
Tengah frust ni sebab tak dapatpun makan bihun sup. Mak aku nak buat laksa sebab kalau raya mesti orang cari laksa (biasalah kat Perlis nih). Dia kata nak buat bihun sup pun boleh tapi laksa kena buat jugak. Aku cakap kat mak tak payahlah buat bihun sup sebab leceh nak buat sampai 2-3 jenis makanan, mana nak buat ketupat daun palas lagi, nak buat gulai daging lagi (untuk dimakan dengan ketupat). Lagipun aku nak balik pagi raya tu i.e. lepas solat sunat dan makan2. So, kena packing cepat. Jadiknya, menu raya cuma 2 aje- laksa dan ketupat. Mak buat ketupat dan gulai daging, aku pulak buat kuah laksa. Kalau raya kat Perlis memang akulah tukang buat kuah laksa. Adik2 jangan di harap. Remaja zaman sekarang memang tak sama macam time aku dulu2. Kalau aku dan adik no.2, buat kerja sebab dah rutin, dah jadi kebiasaan. Tapi dia orang tu kalau nak suruh tolong mak @ buat apa2 keje mesti nak kena suruh sampai berkali-kali, lepas tu kadang2 menjawab @ 'merampuih' kata orang perak. Lepas tu suruh buat satu benda, itu ajelah yg depa buat, lepas tu lari (main sms/bergayut/main PS), bukannya nak tunggu kat dapur dan tolong buat kerja lain pulak. Kesian kat mak.

5 comments:

  1. cerita anak- sabarlah ye CikNi. Anak2 katakan. Tu baru karenah sorg. Cam saya camna?twin.kiranya tiap2 mlm qiamulail. bancuh susu anak.
    cerita raya - sekali lg. sabarlah ye. dgn tak dpt makan bihun sup, posting ke penang. Takde rezeki lagi la tu. Kalu bukan rezeki, masuk dlm perut pun boleh kuar balik

    ReplyDelete
  2. Awat tak habaq CikNi? Pagi raya tu saya buat laksa. Boleh pos :)

    BTW, kesian pulak dgn Pakcik & Makcik tu. Tapi I know yg U pun mesti tersepit sama. Antara anak, dgn penyakit makcik tu.

    Apo nak buek. Hopefully dalam seminggu dua dia akan suka pergi sekolah. :)

    ReplyDelete
  3. joe- thanks for the kata2 semangat, jadi parent memang byk kena sabar

    wan- Pagi raya sayapun buat laksa, yg saya teringin tu mihun sup!

    ReplyDelete
  4. nak minta resipi kuah laksa lah, boleh?

    ReplyDelete
  5. atn,
    Boleh tapi resepi kami sempoi saja, InsyaAllah nanti kami boh

    ReplyDelete