Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, December 20, 2005

Ayag Bah Peghelih (Banjir di Perlis)

Ahad 18/12/2005 Pagi

Sms dari adik no. 5 dari kampong di kangar: Kpg kita bah (banjir), keliling rumah dah naik air


Aku tak terkejut sangat sebab biasanya kalau zaman doulu-doulu bah, rumah aku tak kena sebab rumah aku ni ditambak sikit (tinggi sikit dari rumah sekeliling). Kalau bah pun sekeliling rumah dan rumah aku jadi pulau. Kampung aku ni pun kalau banjir tahap teruk baru naik air. Kalau kampong ni naik air, maknanya kat Kangar tu jalan semua tak boleh lalu dah.


2-3 jam kemudian, sms dari adik no. 5: Air dah masuk ruang tamu! Kami tengah angkat perabot
Sms dari adik no. 2 dari Jitra: Kat pekan jitra bah apuih (melepasi) van! Rumah mak mertua belum kena lagi tapi air semakin naik


Adik aku yang no. 2 ni sebenarnya cikgu, mengajar kat Miri. Hubby dia pun sama. Sekarang ni adik aku tu sedang bercuti dan giliran tidur kat rumah mertuanya di Jitra.


1 jam kemudian, sms dari adik no. 2: Ada nombor telefon rumah mak tua?
Aku: Tak dak

Tak berapa lama kemudian, 
sms dari adik no. 2: Aku dah call rumah mama (mak tua), bapa ada di sana, rumah depa pun kena banjir


So, bapa ada kat rumah mak tua…. Rumah depa 2 tingkat, bolehlah lari ke tingkat atas. Nampaknya mak aku dan adik2 kena hadapi banjir ni anak-beranak ajelah. Rumah aku 1 tingkat je.


Aku kpd adik no. 5: Nape x leh call? Aku dah try call byk kali. Sume line x dpt.
Adik no. 5: 
coverage krg, kol kuor bole tp ssh, kol in pun bole tp ssh sgt


So, aku cuma dpt berkomunikasi via sms dgn family aku.

Isnin 19/12/2005



Sms dari adik no. 5: Kpg kta luar air prs peha org dws. Umh air tkat betis. Ibu dk tepi sy ats ktil ni
Aku: Kena pindah ke? Dgr cite dah teruk
Adik no. 5: 
Mak nak dok umah
Aku: 
Ada tmpt nak duduk ka? Smpai mn air? Mkn minum mcm mn? Kesian kat hgpa
Adik no. 5: 
tumpang umah wahidah kot, pg dah mkn, sekrg lum


Rumah Wahidah tu rumah jiran kat kampong, rumah dia pun ditambak jugak tapi lebih tinggi dari rumah aku. Alhamdulillah ada gak tempat mak aku nak pergi……..

Malam isnin



Adik no. 2 dari Jitra: Kpg dpn dah kena! Kalau air naik lg, kena lah rumah kami. Longkang sume dah penuh
Aku: Kena bersedialah

Selasa 20/12/2005 12.02 am



Adik no. 2 dari Jitra: Cian famili, stok mknn x dak. Hr ni depa mkn megi yg aku beli tinggal hari tu.. nasib ada yg tu. Pasni? Aku risau sgt2 pasai air smakin naik. Pastu esok dramal hujan. Air dok mai dah..x masuk umah lg..

Ini adalah update terakhir yg aku dpt t/mlm semlm. Bekalan elektrik dah putus sejak ahad. Lps ni kalau beteri hp tu kong mmg abih le tak dpt contact lg. No more sms. Dengar news melalui TV & radio ajelah.

No comments:

Post a Comment