1985
Secondary school- boring.........
1995
Why so boring for the previous 10 years? Because I can't really remember!
Tak ingat dah berapa haribulan tapi 2-3 hari sebelum hari raya haji, aku telah berteduh di bawah satu flyover sebab hujan lebat. Masa tu naik motor le, naik kereta takkan nak berteduh bawah flyover kot.
Masa tu aku park motor aku di sebelah dalam jalanraya. Aku pulak berteduh di 'luar' jalan raya (bukan atas jalan raya le tu). Antara aku dengan motor aku tu ada la jarak dalam 2 meter, kami di'pisah'kan oleh besi pembahagi jalan. Bukan aku sorang masa tu, ada lagi le agak2 15 bijik motor berbaris kat situ. Semuanya nak menumpang flyover Sami Vellu kawan Hatif tu.
Lepak punya lepak tunggu hujan reda, tiba-tiba aku teringat dalam beg aku ada coklat. Yabedabeduuuu... boleh le makan coklat. Aku letak beg kat motor, so aku pun melangkah ke arah motor aku tu. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, tangan ku hulur nak amik coklat....
Tiba-tiba aku rasa dunia aku berpusing-pusing, pusing-pusing, pusing-pusing lagi..... mata aku ni macam pejam celik pejam celik (twilight zone ke hapa?) tengok-tengok aku dah terbaring bawah besi divider jalan! Kemudian terdengar orang menjerit-jerit "Dia ni berdarah banyak lah!!!"
Aku ke tu? Yang berdarah banyak tu?
Ya! Memang aku! Rupa-rupanya ada satu kereta Malaysia ni dah terbabas dan 'menyondol' semua motor-motor yang berbaris tadi tu. Aku pun tersondol jugak sebab kebetulan aku kebulur coklat dan pergi kat motor! Aduhai......
Berkat ehsan seorang jejaka yang budiman dan rakannya yang budiman juga, yang telah memberhentikan keretanya apabila melihat ada kemalangan jalan raya, maka akupun dapatlah dihantar ke Hospital TM. Masa tu aku dah tak boleh buat apa dah. Depa tulah yang angkat aku dan uruskan aku. Yang aku tahu masa tu darah tak berhenti-henti mengalir dari kepala aku, dari dahi, dari celah rambut, entah dari mana datang nya banyak beno lah pulak darah dok mencurah kat atas baju aku.
Kat hospital doktor x-ray kepala aku dan ok- tak dak retak atau pecah kat mana, kuat jugaklah tempurung kelapa aku, eh kepala akulah! Cuma luka aje, so Doktor pun jahit le kepala aku. Sikit je - 1 inci, heran betul luka 1 inci pun sampai darah punyalah banyak keluar. Baju yang aku pakai tu rendam klorox tak tau berapa kali tapi kesan darah tak hilang pun, power betul darah merah aku.
Masa dalam wad aku tak boleh nak gerak langsung sebab badan aku lemah dan kepala aku kena hentakan kuat, bila aku gerak je sikit- muntah, gerak sikit lagi muntah. Baring la aku dalam wad tu sensorang. Wad biasa penuh, jadi aku ni depa boh kat wad kanak-kanak. Masa tu tak dak kanak-kanak, jadi aku sensorang lah pandang dinding wad yang dikaler dan dilukis dengan kartun-kartun. Bila Bapak Polisi datang dok jengok aku dari luar wad, air mata aku ni pun menitislah dengan laju, sebagai mana lajunya darah aku menitis hari tu. "Jangan nangis nak, nanti kepala tu lagi sakit. Matapun dah bengkak teruk tu. Bagi pakcik nombor telefon mak, pakcik kena lapur kat orang tua adik". "04-9XXXXX, nama mak saya S*****i terima kasih pakcik" "Barang-barang adik ni nak suruh pakcik simpan kat balai ke?" "Tak pe pakcik, saya simpan sendiri"
Masa dalam wad memang sedih betul, satu sebab beraya kat hospital..wuahhhhhh!!!! Lepas tu sensorang pulak, takut wo, badan tak leh gerak, kalau hantu datang macam mana? Nak makan pun tak boleh. Mak bapak jauh, kat kampung nun... wuahhhhhh! Kengkawan pulak dah balik raya haji kat kampung....double wuahhhhhhhh. Alhamdulillah ada sorang adik tu, dia kesian tengok aku. Sebenarnya dia temankan mak dia kat wad lain. Memang hati mulia betul dia, dia buat kan aku susu dan tolong cecahkan roti dan suapkan aku. Terima kasih adik, aku tak sempat nak kenal siapa adik tu. Aku doakan adik tu jadi orang yang berjaya di dunia dan di Akhirat.
Lepas eksiden tu aku macam ada memory lost sikit. So, janganlah tanya aku pasal 'my 20 years ago' ok? Ada yang aku ingat, ada yang aku tak ingat. Sampai hari ni ada member aku tu, dia geram macam nak cekik-cekik aku sebab aku tak ingat dia dulu pernah tidur sebilik dengan aku masa kat Uni dulu, aku cuma ingat - dia officemate aku sekarang, itu sahaja. Sowe....
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment