Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, September 24, 2012

Blog sihat dan cantik

Assalamualaikum.

Terima kasih di atas komen dari kawan-kawan di dalam entry saya sebelum ini.

Kalau kalian masih ingat (terima kasih sekiranya mengingati!), ada satu entry saya selepas raya hari tu yang cerita pasal saya tidak sihat. Lebih kurang 2 minggu jugak lah ambil masa untuk saya sembuh. Masa tu kan, saya sampai fobia nak makan, sebabnya, yang gatal tak boleh makan dan yang pedas (termasuk yang ada rempah seperti kari) pun tak boleh makan. Abih tu, tengok kiri tengok kanan, apa yang boleh dimakan? Pergi jamuan raya pun, makan nasi himpit sahaja sebab nyer kuah lodeh ada udang (x boleh jenis gatal) dan kueh kacang pulak ada cili (x boleh jenis pedas). Sedih nyer... so, setelah dua minggu berpantang sakan (+ jamu berpuluh-puluh biji + ubat doktor), saya pun dah sihat.

Minggu ke-3 tu saya masih cuak nak makan yang pedas dan yang gatal. Kawan2 cakap "makan jer lah, sakit esok gi klinik amik MC".... amboi amboi amboi... senang nyer korang cakap ek..... saya tak nak MC dan yang paling penting saya tak nak sakit, saya nak SIHAT! Tapi sikit sebanyak tu termakan jugak lah cakap dia orang tu, lebih2 lagi sebab ada banyak jamuan raya. Lagi pun saya kan dah sihat, so saya pun amik jugak lah sayur lodeh dicampur pulak dengan sambal sotong.... nyum nyum nyum.... tapi amik sikit jer lah sebab dalam hati masih ada waspada.... hahahah....





Makanan yang terhidang semasa jamuan raya seksyen  - 10/9/12
Nasi impit dan lemang dihidang bersama
rendang daging, kuah kacang, ayam masak merah dan sambal sotong.
Sate pun ada!
*Nasi impit jer ai boleh makan u tau tak!!!*


Yang seronok tu, ada pulak yang tegur dah kurus sikit (ekeleh... turun 2 kilo jer pun)... Bagus jugak ek, kalau tayar spare boleh hilang dan muka pun jadi bujur sireh, bukannya macam bulan mengambang tu......oh verangan pulak saya jadi sihat dan cantik.... hati pun kembang setaman, meh kita ngap lagi makanan... nyum nyum nyum.....

Ingatkan dah sihat betul, rupa2 nya tidak. Penyakit lama yang sekali sekala menjengah (tatkala makan tak hengat dunia), sakit angin. Saya ni sebenarnya tak boleh sangat makan yang angin2 dan yang sejuk2. Bukan tak boleh langsung tapi tapi kena makan secara berhemah dan kena amal jamu  herba tuju angin HPA. tapi biasa lah kan, bila sihat, mula lah lupa diri, jamu pun tak makan, segala air ais, air sejuk, ice blended semua dibelasah nyer.

Ni nak berjalan pun terjengket-jengket, terutamanya sebelah malam dan pagi. Tido pun tak lena sebab sakit sana-sini. Petang semalam, teringin sangat nak minum ice blended, sekarang ni rasakanlah! Memang sakit tak akan hilang kalau tak pantang!

Sebenarnya, saya ni kena banyak muhasabah diri. BARU je umur 40 dah sakit bagai, hampir2 Allah nak tarik nikmat makan saya. Padan lah muka saya sebab sebelum ni saya makan tak ingat, moto saya ialah SAYA SUKA MAKAN. Sumbat punya sumbat, perut pun dah reject.... badan pun dah reject........Astafirullahalghazim..... insaflah CikNi woi.....

14 comments:

  1. Moga CikNi dapat bersabar sementara waktu ni. Agak-agak ada jamuan puasa ajelah dapat mengelak dari makan. Dah sembuh betul bolehlah makan balik sikit-sikit hihi.. (ini kakak punya stylelah jgn ikut tau).

    ReplyDelete
  2. Kena start makan supplement ke? Huhu saya rasa sy pun kena start makan supplement ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan jamu jer... kira supplement lar tu kot, ke ubat... hu hu hu...

      Delete
  3. baru ni neeza kena batuk yang agak dasyat. Makan sikit, gatal tekak yang amat sangat. Batuk sampai berair mata. Rasa tak nak makan tapi perut lapar.. selalu doa masa makan tu janganlah batuk... Kita ni selalu ingat Allah masa sakit je kan.. *malu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut sangat kalau senang pun tak ingat, sakit pun tak ingat....

      Delete
  4. salam ziarah

    Semuga kamu beransur sembuh..sekarang ni muda-muda ramai yang dah kena sakit itu dan sakit sini. Mak kata..kalau masa pantang tak jaga jadi camtulah..betul agaknya kata orang tua ni.

    happy birthday ke 40..bestnya dapat makan sedap-sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ina, terima kasih di atas doa kak ina. memang betul sangat tu, kalau tak pantang masa 'pantang' tu padah akibatnya... hu hu hu...

      Delete
  5. kak Ni tambang semua dalam RM 1600. Jom ikut sekali.

    Happy birthday too

    ReplyDelete
  6. `hepi belated bezday`..ehem mama ni pun skrg ni byk makanan yg mama tak blh makan..hu2x..kalau makan perut akan meragam & masuk angin..

    ReplyDelete