Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, January 30, 2008

Berita hari ini

Joe Penang (dan lain-lain rakan bloggers juga), memang betul sepatutnya saya buat solat istikharah sebelum saya hantar borang tapi memandangkan saya tak buat (dah lupa dah pasal apa), masa saya hantar borang tu sekali dengan berdoa, semoga Allah permudahkan jika baik dan gagalkan jika sebaliknya.

Berita terkini yang saya dapat hari ini - tempat yang saya nak pergi tu memang ada kekosongan tetapi saya dah terlewat sedikit, dia orang dah keluarkan offer letter pada orang luar yang datang interview. Sebenarnya, bukan saya yang lewat pun. Saya dah lama submit pada HR borang tukar saya. HR yang lambat forward nama saya kepada department sana tu.

Walau bagaimanapun, mesyuarat jawatan kuasa untuk hal-hal pertukaran ni akan diadakan esok tapi dah tahu la jawapan nya - macam mana nak tukar kalau tak ada kekosongan?

Inipun petunjuk dari Allah… saya pun dah faham, bukan rezeki saya.

Update:
Sebenarnya baju anak saya ni tak tahu terkena apa. Warnanya hijau gelap, berminyak dan pekat, macam bergetah. Baunya macam bau minyak/chemical yang digunakan untuk mechanical part. Masa balik kampung baru-baru ni, kami berhenti kat R&R. Masa tu la anak saya sandar kat kereta orang.

Saya dah cuba basuh. Bila terkena sabun, benda hijau tu tukar jadi coklat. Lepas basuhpun tak ada apa-apa perubahan kecuali warnanya (hijau jadi coklat). Yang teruknya benda tu tak kering, dia masih ada macam melekat-melekat gitu.

Terima kasih di atas petua2 yang diberikan, saya akan cuba InsyaAllah hari ni. Nanti saya bagi update lagi ya.

Tuesday, January 29, 2008

Minta petua

Saya nak minta bantuan pada rakan bloggers. Sesiapa yang tahu macam mana nak hilangkan tanda bergetah pada pakaian (contoh: terkena chewing gam atau getah/minyak pada kenderaan), harap dapat kongsi petua di sini. Terima kasih...

Monday, January 28, 2008

Bila usia senja...

Terima kasih kepada yang memberikan nasihat kepada aku di dalam entry sebelum ni. Tarikh yang dinantikan ialah 31hb, iaitu lusa. Aku memang dah buat istikharah tapi tak nampak apa-apa. Lagi satu, aku sepatutnya buat solat istikharah tu sebelum aku hantar borang pertukaran tu. So, may be sekarang ni aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah.

Nampaknya aku terlupa nak update blog.

Serius!

Entah macam mana aku biarkan hari minggu berlalu tanpa bloghop dan update.

Dan,

tanpa menyentuh laptop ni pun!

Hmmm.....

Banyak perkara berlaku semasa hujung minggu lepas.

Macam biasa kami balik kampung hubby kat Ipoh. Seperti biasa juga, tiap2 kali balik mesti ada 'isu semasa'. Tiap2 kali jadi begini aku akan terfikir, macam manalah aku bila dah lanjut usia nanti. Aku berdoa agar aku tak menjadi orang tua yang memeningkan kepala anak2. Biarlah aku tak ditatang bagai minyak yang penuh oleh anak2, asalkan aku tidak menyusahkan dia org. Nanti dia org tak larat/tak tahan jaga aku, dia org dok rungut2, dia org pulak dpt dosa, kesian kat dia org. Aku doakan semoga aku sihat, boleh jaga diri aku sendiri. Anak2 pun jadi anak soleh dan tak lupa kan mak dia org ni.

Sebenarnya, aku tengok adik-beradik hubby aku ni memang ambik berat pada mak mertua. Dia orang cuba sedaya upaya nak jaga dia. Kdg2 dia org macam nak give-up tapi kerana taat dan kasih sayang, dia orang mengalah. Aku sebagai menantu ni, memang tak get involved. Pertamanya kerana aku lah hanya seorang menantu perempuan yang tak duduk kat kampung. Hanya aku lah menantu perempuan yang tak pernah jaga mak mertua aku. So, kalau aku balik kampung pun, whatever apa yang berlaku, aku hanya pendengar yang setia, tak kira lah yang bercerita tu mak mertua ke, ipar2 ke, biras2 ke... dengar ajelah kisah benar, kisah dongeng, drama swasta, primadona, whatever aje lah, dengar, dengar dan dengar....

Aku rasa kasihan sebenarnya kepada kakak-kakak ipar dan biras2 perempuan (menantu perempuan) yang terpaksa sungguh-sungguh menahan sabar bila menjaga mak mertua. Dia orang tu memang baik (hal-hal yg kecik2 tu jgn ambik pot sgt). Bukan senang nak jaga orang tua ni. Sapa yang pernah jaga mak atau ayah yang dah lanjut usia, pasti tahu betapa beratnya mata memandang, berat lagi bahu memikul (dan sapa kata senang nak jaga anak2? yang muda dan nakal2 tu? macam tu lah dulu mak dan ayah kita jaga kita tau, dengan begitu susah payah jugak, macam kita jaga anak2 kita sekarang ni)

Pada mak mertua juga aku rasa sangat kasihan, sayangnya aku pun tak dapat nak buat apa2 untuk tolong dia. Aku tak paham sebab aku masih muda. Aku memang tak boleh imagine apa yang dia sedang lalui di usia dia. Tak tahulah apa yang dia fikirkan, apa yang dia nak, macam mana nak bantu dia. So, aku pun jadi pendengar yang setia jugak dengan mak mertua aku. Dengar, dengar dan dengar....

Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa dan nak buat apa. Yang pentingnya aku ada disamping hubby dan jadi pendengar setia dia jugak, jadi air batu (penyejuk) hati dia dan sentiasa support dia, tak kisahlah apa yang berlaku kat kampung, just make sure dia jaga hati mak dia dan jangan jadi anak derhaka.

Friday, January 18, 2008

Berbelah bahagi

Kdg2 walaupun kita excited dapat kerja baru tapi dalam hati kita tu ada jugak rasa macam berbelah bahagi.

Kita rasa sayang nak tinggal officemates yang dah lama kenal dan yang dah mesra (kalau officemates kita ok, kalau tak ok tak kisah lah). Officemates baru nanti tak tahu pulak macam mana perangai nya. Boleh serasi ke?

Kalau kerja baru kita tu di tempat lain, may be kita kena berpindah. Lantas kita rasa serba salah juga nak sewakan rumah kita kepada orang lain. Kita kena jugak fikirkan pasal anak2 kita yang perlu ditukarkan sekolah. Banyak jugak yang nak kena uruskan; bas sekolah, babysitter, urusan bertukar sekolah, sewa rumah baru, packing barang, angkut barang, pindah.........

Macam mana pulak kalau kat tempat kerja baru tu kita kena tukar rutin; daripada tak perlu travel kepada selalu kena travel ataupun dari selalu travel kepada kena duduk office sepanjang masa? Boleh ke kita adjust dengan suasana kerja baru tu nanti?

Banyak perkara yang difikirkan... banyak soalan tapi tiada jawapan...

Permohonan pertukaran aku tu masih pending. Kena tunggu mesyuarat pembangunan sumber manusia dulu. Lepas tu baru dapat keputusan.

Mula2 tu hubby macam excited jugak pasal idea nak pindah ke senawang tapi tak berapa lama selepas dia kerja kat sana, dia cakap "Tak pindahpun tak apa"

Sayangnya aku dah pun buat permohonan pertukaran. Kalau tiba2 nak batal tanpa sebab pun susah jugak. Ini bukan kali pertama aku mohon tukar. Kali pertama dulu aku mohon ke penang tapi tak mendapat sokongan dari pengurusan. Masa tu memang aku nak sangat keluar dari tempat office sekarang. Tak tahan sangat stress. Bila hubby ada ura2 nak mohon kerja kat sebelah utara, terus aje aku sokong. Bila permohonan aku kena reject, aku terpaksa accept yang rezeki aku kat sini, kat shah alam.

Lepas tu boss bertukar. Kita orang macam rasa baru dapat kemerdekaan. Aku pun dah ok dah, dah happy dengan boss baru, tiba2 tukar pulak lagi sekali boss. Kali ni aku sungguh2 tak happy. May be sebab aku belum serasi lagi dengan boss baru ni. May be aku belum faham dia. Tak kiralah apa jua rational nya, aku tetap rasa stress. Aku memang tak suka kerja kat sini lagi. Lebih2 lagi aku buat kerja yang sama for 8 years! Lepas tu ditambah pulak dengan memangku kerja boss. Maklumlah boss kan baru lagi kat department ni, dia pun masih blur lagi dengan function kat sini. Ini semua ayat penyejuk hati sebenarnya. Dah masuk 6 bulan ni, takkan blur lagi......

So, lagi sekali aku mengambil kesempatan di atas kerja baru hubby di senawang sebagai alasan untuk keluar dari office sekarang. Kdg2 aku fikir, tak kisahlah walaupun banyak perkara perlu diuruskan, asalkan aku dapat keluar dari kepompong ini!

Aku ambil kesempatan ini juga sebagai alasan untuk pindah dari rumah sekarang. Rumah yang dikelilingi dengan jiran-jiran warga asing. Nak naik lif pun tak berani naik sorang2. Nak bagi anak main2 kat luar pun tak berani. Nak bagi main kat taman permainan kanak2 lagilah tak berani sebab sebelahnya tu gelanggang sepak takraw tempat dia orang dok beriadah setiap hari.

Bila difikirkan, sayang jugak nak tinggalkan rumah ni. Dulu bukan main excited nak pindah masuk ke rumah sendiri tapi rupa2nya begini jadi nya... sungguh mengecewakan bila hari pertama pindah, tengok2 jiran kami warga dari myanmar....

Macam yang aku dah tulis awal2 tadi... soalan nya banyak, nak pindah ke tidak, nak tukar ke tidak, serasi ke tidak, seronok ke tidak, ok ke tak ok?

Bila di persimpangan, nak belok ke mana? Kiri ke kanan?

... tapi jawapan nya aku tak tahu....

Namun, hanya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita dan apa yang tidak.... Ya Allah, berikanlah pada ku petunjuk...

Wednesday, January 16, 2008

Entah ape ape

Semenjak dua menjak ni blog ni macam suram sikit sebab empunya blog tak ada mood. Entah apa lah yang dia mengada sangat tu.... kerja cam biasa, kan rumah pun cam biasa gak, berinternet pun cam biasa gak... tapi dia pilih untuk tak ada mood.

Kat office pun dia cam tak focus je... nasib baik hari ni ada audit, bila ada audit, ada lah aktiviti sikit, walaupun aktivitinya ialah menjawab soalan dan menunjukkan kepada auditor dokumen2 yang dimintak. Lepas tu ada lah makan free. That's the beauty of audit day. Cuma satu hari je kena audit tapi auditor yang datang 5 org.

Balik ke rumah pun dia cam boring je... on kan laptop tapi tak tau nak buat apa... nak browse internet pun dia rasa cam boring. Nak update blog pun dia tak tau nak tulis apa. Nak YM pun ada kawan2 offline belaka.

Anak2 dia sibuk buat kerja sekolah. Dia biarkan aje....

Dia pandang kiri, pastu pandang kanan... cuba nak cari idea nak tulis apa... Bila dia dah pasti memang tak ada apa-apa yang nak dituliskan, dia pun berhenti.

Lain kali ajelah...

Monday, January 14, 2008

Bila nak naik gaji?

Beberapa bulan yang lalu terdengar angin kencang mengenai kadar gaji kami yang akan dibuat semakan semula. Government dah settle dah isu ni tapi kami ni (syarikat milik kerajaan) baru nak dengar ura-ura. Selepas penat mendengar pelbagai cerita, akhirnya Big Boss telah maklumkan semasa perhimpunan (bulan lepas) pasal hal ini.

So, secara kasarnya dah terbuktilah khabar-khabar angin tu kan... sayangnya Big Boss cuma cakap 'on the surface' aje.. Keseronokan kami ternyata hanya sementara sebab hingga ke hari ni belum ada kepastian lagi pasal salary revision tu i.e. no black and white..... ada pulak khabar angin baru yang mengatakan pihak ministry tak berapa setuju dengan kadar kenaikan yang diusulkan....

Kalau macam ni tak tahulah bila yang sebenarnya kami akan dapat gaji baru.. dan hal ini ternyata sangat mengecewakan. Maklumlah dengan kos yang semakin meningkat saban hari, kenaikan tol, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang makanan.... adoi lah....

Wednesday, January 9, 2008

Mesti hijrah

Biasanya aku memang ketinggalan zaman dalam meng-update blog mengikut perkembangan semasa... Aku tak peduli sangat isu apa kat luar sana tu, aku tulis isu semasa aku aje... Orang lain dah puas dah cerita pasal azam tahun baru dan sekarang ni nak cerita pasal azam hijrah tapi aku belum lagi menyorot kembali pencapaian hidup aku di dalam tahun 2007/1428 dan apa yang ingin aku capai di tahun 2008/1429.

Secara ikhlasnya, masalah yang perlu aku atasi/aspek hidup aku yang perlu di-improve bukan sahaja tidak tercapai, malahan semakin meruncing/merosot. Kegagalan ini lah yang membuatkan aku rasa kecewa.

Walau bagaimanapun, ini hanya dari perspektif peribadi. Kalau dilihat dari segi rezeki yang Allah bagi, memang aku beryukur sangat. Tahun lepas aku dapat pencalonan untuk kenaikan pangkat (dah cerita kat entry sebelum ni). Alhamdulillah, aku lulus ujian dan temuduga kenaikan pangkat (rezeki kerjaya). Masalah kesihatan pun tak ada yang serius, setakat demam selesema dan batuk aje (rezeki kesihatan). Rumahtangga dan keluarga, baik keluarga sendiri dan keluarga suami pun tak ada apa-apa yang menjadi masalah, biasalah hidup berkeluarga mesti ada asam garam kan... (rezeki tali persaudaraan).

Berbalik kepada cerita pasal azam peribadi tu, aku memang perlu betul-betul berhijrah sekiranya aku nak capai apa yang aku ingin kan. Perlu displin dan dedikasi, yang mana memang menjadi kelemahan utama aku selama ini.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan............

Tuesday, January 8, 2008

Bulan Mengisi Borang Penilaian

Ish... boringnyer kan, kalau asyik datang blog ni tapi asyik baca cerita yang sama sebab blog tak update (itupun kalau orang rajin datang, yang sudi datang tu TERIMA KASIH diucapkan).

Bulan Jan ni biasa la, bulan menyediakan borang penilaian prestasi. Kenalah isi borang yang boleh tahan tebal nya (walaupun dah dinipiskan sedikit berbanding tahun lepas). Kenalah refer balik SKT (sasaran kerja tahunan) dan compare target dengan achievement.

Aku dan 2-3 orang officemate ni cepat aje dah siap. Ala... cut and paste je dari borang SKT, bukan susah pun.

Sebenarnya kita orang boring sebab kena isi borang tu setiap tahun. Balik-balik macam tu je lah result nya kan... gitu-gitu ajelah... ingat senang ke nak dapat tahap Cemerlang, Gemilang apatah lagi Terbilang... (after all, kerja pun gitu-gitu aje kan? Ngaku ke tak ngaku?)

Namun....

Aku sangat beryukur, kalau berbanding dengan orang2 lain dalam opis aku ni, penilaian bos terhadap aku cukup untuk melayakkan aku naik pangkat setiap cukup tempoh (every 3 years). Kalau jengok2 kawan2 yang kat opis lain tu, ada yang kena tunggu 4 tahun, ada yang kena tunggu 5 tahun... mmm... ada jugak yang masuk lambat dari aku tapi dengan pangkat yang lebih tinggi tapi sampai sekarang pun masih di tahap itu jugak...

Itu bos yang dulu. Aku selalu komplen2 pasai dia pun tapi bila time penilaian ni dia bagi aku baguih punya result. Kdg2 tu aku pikir aku tak layak dapat pun... tapi jangan salah sangka, bukan nya dia bagi aku tahap 'Cemerlang' pun, dia bagi aku rating 'Memenuhi Keperluan'. Tak pernah lagi aku dapat 'Cemerlang' setakat ni.. tapi aku tak kisah pun... kenaikan gaji tahunan sama je, tak kiralah kalau kita dapat rating Cemerlang ke, Memenuhi Keperluan ke, Melebihi Keperluan ke atau lain2 rating.... sebab kenaikan gaji tahunan diberi sama rata berdasarkan gred. So, yang nak dikejar tu gred lah. Kalau dapat rating elok (i.e. Memenuhi Keperluan dan ke atas) maka every 3 years layak untuk duduk exam dan masuk interview untuk naik gred. Alhamdulillah, every 3 years dalam tempoh 7 years dalam perkhidmatan aku di sini, aku dicalonkan untuk naik gred. Gred yang ada sekarang ni masih dalam tempoh evaluation. Kalau aku dapat rating bagus, akan confirm lah gred baru aku tu (dan dapatlah backdated gaji untuk gred baru dari July 07 sampai sekarang.. muahahahahah!!!)

Kalau nak tahu, rating 'Memenuhi Keperluan' tu markahnya 90-100, this year, based on my achievement, macam impossible nak dapat markah dalam julat tu sebab ada beberapa target yang aku tak dapat achieved last year.

Walau macam mana pun nanti...... apa jua keputusan nya, itulah rezeki aku, yang akan aku terima dengan penuh keredhaan.

Thursday, January 3, 2008

Hari Pertama Sekolah 2008

Hariz Tahun 5. Sarah Tahun 2.
Dalam gambar ni Sarah pakai baju sekolah KAFA.

Wednesday, January 2, 2008

Perasaan di awal tahun

Sebenarnya aku rasa marah.

Tak elok marah-marah pada tahun baru ni kan.....

Masa aku shopping keperluan sekolah anak minggu lepas, ada pulak orang yang buat terkejut "Hah?! Baru nak beli baju sekolah? Beli la awal-awal!"

So what? Kalau esok sekolah, hari ni aku pergi belipun apa masalah nya? Bukannya nak beli kain dan baru nak pegi tempah baju sekolah tu! After all, aku cuma beli serba sepasang je untuk kedua-dua orang anak. Tahun lepas punya uniform ada yang elok lagi. Nanti, bulan 3 ke bulan 4 nanti aku 'top-up' la lagi keperluan dia orang. Kecohlah dia orang ni... bagi orang geram je....

Semalam pulak masa pergi register kat sekolah anak, aku dah cakap dengan cikgu tu yang aku tak nak ambik buku teks bantuan sebab aku nak bagi Adik gunakan buku Abang tapi cikgu suruh ambik aje satu set semua sekali, buku teks & buku aktiviti bantuan. Bukan apa, bantuan semua orang dapat, so, ambik aje lah. Lagipun cikgu pun senang, tak payah nak pilih-pilih buku untuk anak aku.

Aku ni malas betul nak ambik buku tu tapi ambik jugaklah. Berlambak-lambak buku kat rumah tu dibuatnya. Aku dah asingkan buku teks baru tu untuk disimpan. Nanti hujung tahun aku pulangkan lah kepada sekolah, dalam keadaan masih baru lagi sebab Adik akan guna buku Abang (lagipun aku malas nak balut buku-buku baru tu, sehari sebelum dapat buku baru, aku dah balut semula buku-buku Abang dan dah tulis nama Adik, penat tau balut buku.... malas aku nak balut lagi...)

Apa-apa hal pun, tahun baru dah tiba, apa azam tahun baru anda? Jangan lupa tahun baru kita pada 10 Januari nanti!