Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, March 31, 2007

Air Terjun Chamang

Kelab Peugeot Network kali ini buat trip ke Hutan Lipur Chamang di Bentong, Pahang. Tempat tu tak jauh, kalau ikut highway tu sekejap aje dah sampai. Kami keluar dengan susur keluar Raub. Kawasan air terjun nya jugak luas dan memang puaslah kalau dapat mandi kat sana.





Sungainya tu ada bahagian yang cetek dan ada bahagian yang dalam sedikit. Kalau anak2 nak main air, eloklah main kat tepi-tepi tu, agak cetek dan nampak pasirnya. Kawasan yang nampak macam gelap tu, yang agak dalam sedikit tapi tak lah dalam pun kalau untuk orang dewasa. Setakat paras paha aje (kalau anak2 kira dah dalam le tu...).



Mr.G melayan anak mandi. 
Aku tak turun sebab kaum ibu yang lain tak turun pun, malu seh...






Trip kali ini agak mewah dari segi makan dan minum. 
Banyak betul makanan potluck yang dibawa. 


Kalau sandwich tu sampai 4-5 orang lah yang bawa. 
Maklumlah sandwich kan ke dah sinonim dengan berkelah.





Ada nasi lemak, nasi himpit dan nasi goreng. Mihun pun ada dua tiga bekas.





Aktiviti kali ini tak berapa menarik sebab semata-mata convoy, potluck dan mandi.
Tak ada aktiviti sampingan seperti berselawat ke, berzikir ke.....
Sebenarnya hari ini adalah hari cuti awam sempena Maulidur Rasul. 

Aktiviti lain seperti games untuk anak2 pun tak ada. 
Apa-apa hal pun Alhamdulillah kerana selamat pergi dan selamat balik.


Sebelum balik bergambar di jambatan gantung pulak.



Friday, March 30, 2007

Potluck

Entah kenapa perasaan aku pada hari ini bercampur baur. Nak kata PMS tu belum lagi. Biasanya 1 week menjelang tarikh 'itu'. Kalau rasa begini se-eloknya banyakkan berzikir, betul tak? Tapi sebagai manusia biasa, tahu tapi tak buat, ingat tapi tak laksanakan.

Teringat pada satu entry TJ aka Jokontan dulu (dah lama dah - last year kot), pasal anak dia bawa mihun@mee ke potluck kat sekolah tapi disebabkan ada makanan2 lain yang lagi 'canggih' (citarasa golongan kanak2) maka makanan yang anak dia bawa tu tak popular dan tak habis. Esok, untuk trip ke air terjun tu aku masih dok fikir lagi nak masak apa. Ikutkan hati aku nak beli aje kat pasar tani esok pagi. Tak payahlah nak bersusah payah bangun subuh2 nak masak. Nak keluar rumah pukul 7 pagi, ha, pukul berapa nak kena bangun masak tu? Patutnya hujung minggu ni lah masa untuk berehat. Kalau hari sekolah tu tiap2 pagi walaupun bangun pukul 5 tapi masih rasa tak sempat dan terkejar-kejar dan most of the time, 'blood goes upstairs'.

Kalaulah aku beli aje makanan untuk potluck esok, kalau tak habis pun tak lah rasa ralat sangat compared to dah penat lelah dok bersilat kat dapur tu.

Untuk makanan sampingan aku dah beli dah sosej cocktail tu. Boleh buat ngunyap. Yang main dish tu yang tengah dok fikir ni. After all aku tak lah cekap memasak dan dalam peti ais tu tak ada ready stock. Kalau nak masak, kena pergi beli dulu.

Banyak betul alasan aku.

Tengok lah esok macam mana. Nanti aku cerita lagi. Lepas ni nak pergi charged battery camera dan goreng keropok sikit untuk bekal esok jugak (tu dah 2 menu tu - sosej and keropok).

BTW, aku suka entry ini by Reza dan poster ini by Siti Rahayu.

Laichikong




Tersebutlah kisah
Laichikong yang sedap sangat-sangat nih
Sejuk nyaman menyelerakan

Dulu ada warung tepi jalan di kelana jaya yang jual.
Sekarang jalan tu dah tak de warung lagi dah, 
mesti kena pindah atau kena arah tutup.
Lokasi warung yang baru tak tahu,
so sekian kisah laichikong.

Kini tinggal kenangan.....
Alamak, tukar gambar lagi ke?

Gambar ABC ni ok tak?

Silap-silap hari bulan esok lusa aku tukar lagi sampai ada yang betul2 aku 'berkenan'.

Note: Bahaya betul lah letak gambar abc tu sebab bila aku masuk blog ni kan, rasa macam terliurlah pulak.. mmm.. sedapnyer abc... Lagi satu gambar abc ni tak lawa, ada tak yang lagi lawa? Kalau ada bak mai sini... har har har

Thursday, March 29, 2007

Sebenarnya bukan masalah kesihatan mahupun masalah kesibukan tapi memang malas nak update. Apa nak buat… kalau 9.30 malam tu mata dah terkelip-kelip mengantuk. Pagi2 tu pukul 5 dah bangun buat kerja.

Siri kegemaran aku ‘Kidnapped’ dah season finale lah tapi puas hati. Malam yang sama (selasa lepas) aku pergi ke pasar malam. Celah2 orang jual makanan tu nampak ada sorang adik tu dok susun dvd/vcd, soalannya, apakah yang anda buat bila nampak ada orang jual dvd/vcd lanun?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu ni kami tak balik kampong lagi. Dah lama dah tu… mmm… last sekali balik adalah pada hujung bulan jan hari tu. Sepatutnya end of feb kena balik or at least early of march. Hubby opted for early of march but then, every weekend dalam bulan mac tu sentiasa ada ‘something’ yang menyebabkan kami tak jadi balik. Weekend minggu pertama mac tu tak balik pasal anak terlibat perbarisan sukan (tapi sebenarnya cuma menggantikan orang masa rehearsal). Weekend minggu kedua pulak dah pergi cuti-cuti pahang & ganu, weekend minggu ke-3 pulak hubby kena outstation (pergi site), weekend yang baru lepas ni pulak sebab hubby kena pergi exam (office dia punya) dan…. minggu ini pulak kami akan sekali lagi pergi ke pahang (yuhuuuu), kami nak pergi ke air terjun machang, bentong. Nanti aku story kat sini ya.

Kebetulan last visit ke rumah MIL kat kampong tu, ada ‘kes’ sikit, tak ingat pulak aku ada cerita ke tidak dalam blog (rasanya macam dah cerita tapi bila cari which entry tak jumpa pulak). 2 bentuk cincin aku yang dalam simpanan MIL dah hilang (to be specific – dia dah hilangkan cincin aku!). Dah hilang lama dah tapi dia cuba nak berselindung kat aku. Last2 tu dengan menangis-nangis dia beritahu jugaklah kata cincin2 tu dah hilang. Yang dia risau sangat tu sebab ada satu menantu tu dah ‘clashed’ dengan dia dan dia takut insiden hilang cincin ni akan menyebabkan aku pulak ‘clashed’ dengan dia. Aku cuba pujuk dia, aku cakap tak pelah aku dah beli cincin lain (sebelum tu biras aku dah beritahu MIL hilangkan cincin, so aku pun pergilah beli cincin lain (yang murah) sebab aku ni kalau tak pakai cincin rasa ‘kosong’ aje jari-jemari ni). Aku tunjukkan dia cincin baru yang lagi cantik dari cincin yang hilang tu (cincin belah rotan –cincin pertunangan). Lagi satu yang aku tak berapa sedap hati ialah MIL ada macam dok tuduh seseorang mengambil cincin tu dan terus dari hari tu MIL tak pergi tidur lagi kat rumah ‘si pencuri’ tu. Padahal rumah yang paling kerap dia tidur sebelum ini ialah rumah ‘si pencuri’ tu la. Kan ke haru kalau lepas ni adik-beradik bergaduh atau adik-beradik hubby marah kat aku pasal hal ini.

Nak ditambahkan perisa cerita ni, sejak ‘kes’ tu kebetulan pulak aku belum balik kampong lagi, dah dekat 2 bulan dah, mesti lah MIL dok ingat aku ‘clashed’ dah dengan dia. Hmmm… mau le naik lagi BP dia. Bila aku cerita kat hubby, dia kata ‘tak ada apa-apa’. Aku harap dia berjaya meyakinkan MIL yang aku tak marah or dendam dengan dia. Tak balik kampong tu kebetulan saja.

Apa-apa hal pun, looking forward for the air terjun trip…. :-)

Friday, March 23, 2007

Jumaat lepas kan ke aku sakit mata, dapat MC 1 hari aje sebab sabtu & ahad mmg aku tak kerja pun. Seronoklah pulak dapat MC.

Hari Sabtu aku cuma pergi membeli barang2 keperluan dapur dan kemudiannya berehat di rumah. Kebetulan hubby kena out station.

Hari Ahad aku dah mula demam panas yang kuat. Tak boleh nak buat apapun. Lembik betul lah rasanya. Tekak pun sakit sangat, tak lalu nak makan.

Hari Isnin dah start sekolah. Hubby yang hantar anak ke sekolah. Aku pergi klinik sebab demam teruk dan matapun masih merah lagi. Sedihnya tak dapat pergi dinner kat KLCC tu. Aku siap tempah baju lagi untuk dinner tu. Apa nak buat kan.... dah tak ada rezeki. Nasib baik aku dah settlekan urusan2 nak pergi dinner tu e.g. booking transport, booking BOD (Board of Directors) dll jenis booking lagilah....

Hari Selasa aku masih demam dan mata masih merah. Anak sulongpun demam, terpaksalah jugak aku bawa dia pergi ke klinik walaupun aku sendiri tak sihat. Lepas tu dua-dua orang tidur kat rumah. Telefon aku pulak asyiklah berbunyi. Kejap tu boss yang call. Kejap tu officemate call. Lepas tu secretary kepada ED pulak call. Ish, dah la demam, lagi sakit kepala aku dibuatnya.

Hari Rabu aku masuk office dengan mata yang sedikit merah. Demam pun tak kebah betul lagi. Kalau pergi klinik mesti dapat MC punyalah tapi aku malas lah nak pergi. Tak kuase aku nak tunggu berjam-jam kat klinik tu. Lagipun kerja kat opis pun byk. Kebetulan aku kena sit for exam hari ni. Pagi2 lagi aku pergi mengadap ED. Dia tanya aku datang kerja sebab apa, sebab nak exam ke apa? Aku jawab sebab nak exam dan sebab nak jumpa tuan la. Lepas tu aku pun brief la dia apa yg patut selama setengah jam. Lama jugak tu kan? Biar lah, lantak lah berjangkit sakit mata tu kat ED... muahahah.. Lepas tu aku pergi daftar untuk exam tapi rupa2 nya soalan untuk aku tak ada pulak. Aku dah tanya boss dan ED, both pun tak mengaku diminta buatkan soalan untuk aku. Kalau macam tu aku buat soalan sendiri boleh tak? Mesti lulus 100%, naik pangkat terus tak payah interview lagi dah!

Hari Khamis aku masuk office jugak. Demam dah kebah. Matapun hanya merah sedikit saja lagi dan dah tak berair tapi aku tengok mata yang sebelah lagi tu - eh? Apasal macam merah aje? Memandangkan anak sulongpun masih demam, aku pun ajak hubby bawa kami ke klinik. Doktor tu gelak aje tengok aku. Dia kata kan ke dah baik mata aku tu? Aku kata memanglah dah baik, yang sebelah kiri tu, ni ha dah berjangkit pulak ke sebelah kanan!

Hari Jumaat pagi Adik tiba2 ngadu sakit perut sambil nangis2, ekeleh.. helah tak nak pergi sekolah le tu. Aku pulak masuk ke opis sebelum pukul 8 untuk mengambil file dan dokumen yang berkenaan supaya aku boleh balik dan buat kerja dari rumah. Apa nak buat kan, nanti berjangkit pulak sakit mata satu office ni ha... Balik rumah tengok hubby pun MC jugak hari ni sebab sakit perut. OK lah, hari ni satu family ada kat rumah. Sekarang - abang demam, adik buat-buat sakit perut, hubby sakit perut - lepas makan ubat semua orang (kecuali aku) tengah tidur. Ha, tidurlah puas2.
Maafkanlah daku.

Mungkin kerana pengderhakaan kami tidak balik ke kampung, instead pergi cuti2 M'sia, kami sekeluarga sakit2 belaka.

So, untuk kaum2 ibu sekalian;

Sekiranya anak2 anda nak pergi cuti2 M'sia, London, Paris ataupun Tokyo, biarlah depa tu pergi. Bukannya dengan pergi bercuti2 tu maka akan lupalah anak2 kepada kalian.

Sekiranya ada lagi 8 orang anak yang tinggal berdekatan dan selalu menjengok kalian, janganlah asyik nak menyeranah anak2 yang tinggal di luar negeri (apatah lagi kalau kat luar negara). Bukannya depa lupa pun kepada kalian. Sebulan sekali baliklah jugak, kalau tak awal bulan, tengah bulan, kalau tak tengah bulan, hujung bulan. Kalau tak bulan ini, bulan hadapan.

Sekiranya anak kesayangan tak ajak pergi tidur rumah dia, janganlah nak sabitkan semua 10 orang anak yang lain. Tidurlah di rumah anak yang menjemput dengan ikhlas dan sentiasa bersedia untuk menjaga makan, minum, tidur dan pakaian kalian. Asyik2 nak pergi rumah anak yang sorang itu saja, sedangkan anak yang sorang itu tak ajak pun/tak kasi pergi pun. Yang 10 orang yang lain ajak, tak nak pulak. Lepas tu janganlah pergi cerita dekat orang kampung mengatakan bahawa anak2 kalian semuanya tak berguna, tak sanggup menjaga kalian yang tua dan sakit. Itu dusta namanya.

Kepada anak2 pulak;

Janganlah derhaka kepada ibu bapa kalian.

Duduklah 24 jam di bawah ketiak ibu bapa kalian.

Semasa hayat ibu bapa kalian, eloklah cancel segala perancangan cuti2 mesia ke indon ke. Duduk aje kat kampung tu diam2. Kalau boleh tak payah kerja kat bandaraya ke korporat ke apa ke, kerja ajelah tanam sayur belakang rumah ibu bapa kalian supaya kalian senantiasa dapat bersama ibu bapa kalian.

Friday, March 16, 2007

Hellooo!!! I'm back!

Frustrated sebab bila dah update blog kepada new version, dah tak dapat access via hp. At least dapatlah aku tulis sebaris dua ayat to inform that I will not be around this week or at least boleh lah bagi short update everyday.

Blog pertama yang aku baca bila dapat online ialah blog Atiza dan aku tertarik pada entry ini.

A very short list here to capture what happened this week and last week:

Sat 10/3 Kuantan. Badan adik suam-suam tapi dia masih excited nak mandi laut.

Sun 11/3 Kijal, Ganu. Adik demam panas. Ubat demam tu macam tak memberi apa-apa kesanpun pada dia.

Mon 12/3 OTW balik ke S'ngor. Adik tidur sepanjang perjalanan (sebenarnya sepanjang hari sebab badan dia terlalu lemah).

Tue 13/3 Rehat di rumah. Basuh baju yang berbakul-bakul dan mengemas/membersih rumah. Adik masih demam. Adik asyik gosok/sentuh mata sebelah kiri.

Wed 14/3 Kursus (external, so tak masuk office). Demam adik dah kurang tapi belum kebah. Mata adik merah dan bengkak sebelah kiri.

Thurs 15/3 Masih berkursus. Mata kiri aku pulak rasa tak selesa. Adik dah sihat.

Fri 16/3 MC. Sakit mata.

Monday, March 12, 2007

Diari Cuti Sekolah: Jalan-jalan Pantai Timur

Diari cuti sekolah
Cuti-cuti pantai timur dah habis. Sebelum balik kami singgah di Kuala Kemaman untuk membeli keropok lekor, keropok kering, sata dan otak-otak. Sata tu sedap sangat, kami makan dalam kereta, belum sampai Kuantan dah habis ke semuanya!

Kami singgah di Cherating untuk 'makan angin' dan singgah membeli cenderamata buat kenangan.

Singgah untuk lunch dekat mana entah, Kampung ke Pekan Peramu kot, dekat area Tanjung Lumpur... Jumpa kawan Jiji, WanSoo. Gambar ni dia yang ambik. Dia memang minat ambik gambar.



Post pasal jalan-jalan pahang dan terengganu ada di sini dan sini jugak.

Sunday, March 11, 2007

Diari Cuti Sekolah: Jalan-jalan Terengganu

Diari cuti sekolah Dari Kuantan kami menuju ke Terengganu. Mula-mula tu singgah di rumah Zu, kawan baik/roomate Sally masa di UTM. Puas jugak kami contact hotel dan resort sana-sini tapi semuanya dah fully booked. Adoi, macam frust jugak tahu. Syukur Alhamdulillah, suami Zue, Wan Nizam offer kami amik tido di Awana Kijal. Terima kasih Jang & Zue!!!


Catur gergasi... ha amik kau...



Ni pulak dam ular gergasi....



Kita orang bergambar sakan kat sini...



Congkak pun besar gedabak.....



Hariz sedang bergembira bersama anak2 Zue.



Bergambar di depan hotel sebelum balik. Bye bye Awana....


Saturday, March 10, 2007

Diari Cuti Sekolah: Jalan-jalan Pahang

Diari cuti sekolah Kami bersantai di Pantai Balok, Pahang. Memang cantik sekali pemandangannya. Pantainya bersih. Masa ni ombak pun sederhana, tak berapa kuat. Selepas kami balik, ombak dah mula kuat dan dah tak digalakkan mandi pantai lagi. Ada berita budak sekolah lemas di pantai ini @ pantai berdekatan.





Kami bermalam di De Rhu Beach Resort
Bilik di sini biasa-biasa jer (bau macam lembab pun ade gak). Harga pun ok lah.... 



Lepas ni nak gi Terengganu pulok..... Yay!

Friday, March 9, 2007

Kena tag lagi ke?

Tak pe yang ini sonang aje... cuma PC kat rumah tu, tak leh le nak letak kat sini. Sama aje macam PC kat office ni - cuma yang kat rumah tu gambar the whole family i.e. myself, hubby and kids.

So, Wan, sorrylah kalau anda hampa.



Inilah rupa desktop aku kat office. Tak nak tag sapa2, kalau rajin tu buat ajelah ek.

Selamat Bercuti Sekolah kepada semua pelajar2 sekolah dan guru2 sekolah (dan juga kepada ibu-bapa yang turut bercuti bersama anak2).
Pada yang tak cuti tu, Selamat Bekerja

Heheheh

Wednesday, March 7, 2007

Ini ada lagi satu email menarik yang aku dapat:

Wife is like TV
Girl friend is like HP (hand phone)
At home, watch TV
Go out, bring HP
No money, sell TV
Got money, change HP
Sometimes enjoy TV but most of the time play HP
TV is free for life but HP pay for life,
No pay, No service

Eh? Ye ke ni? Tak patut betul lah.

Minggu lepas sepatutnya kami balik Perak tapi disebabkan anak sulong ada aktiviti sukan sekolah terpaksalah kami tangguhkan. Hari Sabtu dia ada latihan perbarisan. Sebenarnya dia tak menyertai mana-mana acara sukan pun, maklumlah kalau dah berbadan XL macam dia tu sukan apa yang dia nak masuk. Pagi hari ahad tu aku bukan main kelam kabut sebab dia bersiap agak lambat. Aku suruh dia cepat-cepatlah sikit bersiap tapi dia jawab kata dia bukan masuk perbarisan pun. Hah? Habih tu yang semlam pergi rehearsal tu kenapa? Rupa-rupanya dia cuma pergi menggantikan orang. Eh? Macam tu pun ada ek? Ganti orang masa rehearsal tapi masa berlangsung tu dia tak terlibat? Ada eh macam tu?

Kalau macam tu baik toksah pergi langsung! Bukan ke lagi elok kalau kami balik kampong hubby…. Bukan apa kalau tak balik sebulan sekali tu nanti MIL pun runsing sebab dia tak dapat tidur rumah dia sendiri. Sebulan sekali kami balik tu lah baru dia dapat tidur kat situ. Hari-hari lain dia tidur rumah anak2. Kdg2 dia sampai tidur rumah jiran sebelah rumah. Kdg2 aku pun malas nak balik setiap bulan sbb rumah yang sebulan sekali orang tidur memang tak terurus, kotor dan banyak habuk. Bila balik ke sana kenalah aku bersihkan dulu serba sedikit. Kalau tidak nanti gatal2 pulak badan anak2 (dan aku sekali le) nak bergolek2 kat karpet ke, nak main2 dlm rumah tu.

Friday, March 2, 2007

Sebenarnya aku tengah bereksperimen dengan gambar profile aku.

Aku dah try yang ini: tapi rasa macam tak best aje.

Lepas tu aku ambik gambar ni
dan tukar (dengan Adobe Photoshop) kepada gambar ini:
Gambar ni pulak sebenarnya wallpaper
Aku potong dan adjusted jadi macam ni

Banyak jugak gambar yang aku download, kalau ada yang berminat nak buat gambar profile ambil, kopipes aje le.



Tapikan korang mesti tak percaya dengan gambar yang aku pilih akhirnya.

Sabar ajelah kan.

Sukaneka Sekolah

Sukaneka Tahun 1
Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam.

Sarah menanti diliran dengan penuh debar....
dup dap dup dap....




Sarah menyertai acara lompat dengan belon. 
Sayangnya tak sempat nak rakam Sarah tengah beraksi sebab laju sangat dia lompat. 
Cuma sikit aje ada dalam gambar. 
Nampak tak rambut, kasut dan t-shirt putih dia dekat tanda anak panah tu?



Selepas sukaneka, semasa menunggu giliran mendapatkan habuan masing2. 
Yang kalah dan yang menang semuanya dapat, habuannya sama sahaja untuk semua!



Yang penting nyer semua orang happy!!! Yay!!!

Thursday, March 1, 2007

I CAN READ IT! CAN YOU?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.



Okay, yang kat atas ni aku dapat dari email. Rasanya lepas ni kalau ada email yang menarik aku akan share dalam blog.