Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, October 24, 2006

Aidilfitri 2006

Tahun ini kami beraya di Perlis. Pada hari raya ke-2 baru lah kami balik ke Perak. Gambar yang sempat diambil hanya gambar di Perlis sahaja. Masa kat Perak lupa nak ambil gambar pula.




Thursday, October 19, 2006

Tak lama dah habis Ramadhan dan akan datang pula Syawal. Masing-masing dah sibuk membuat persiapan untuk balik berhari raya dan balik kampung. Ada jugak yang tak balik kampung kan? Aku sendiri dah start cuti hari ini kerana banyak perkara yang perlu dibereskan. Kami sekeluarga akan balik ke kampung InsyaAllah pada hari Sabtu ini. Dan dengan itu juga blog ini akan bercuti hari raya selama.... tak tahulah berapa hari............

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan blogger yang berkunjung ke blog ini.

Maaflah lagi sekali sebab tak tahu kenapa aku tak ada mood pulak nak update blog padahal ada juga cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama.

Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Friday, October 13, 2006

Ini adalah update ringkas aku hari ini sebab aku tahu biasanya hari Jumaat tak ramai orang masuk blog. Agaknya busy nak siapkan kerja yang sepatutnya siap 'minggu ini' dan bukannya tunda ke minggu depan.

Hari ni aku masih happy. Semalampun aku happy. Dah 2 hari aku happy. Malam kelmarin aku mimpi jadi askar. Mmmmmm.... indah sungguh mimpi aku tu, mimpi aku jadi askar! Kalau nak ceritapun aku dah tak ingat story apa yang aku mimpi tapi yang pentingnya- aku jadi askar!

Heran?

Aku ni dari kecik lagi memang minat kerjaya tentera ni. Kalau hari merdeka tu mesti aku tertonggok depan tv nak tengok askar buat perbarisan kat dataran merdeka. Dah masuk sekolah menengah aku pun masuk kadet. Kat U aku masuk palapes. Bila dikenang-kenangkan memang seronok sangat.

Malangnya walaupun aku minat sangat tapi aku tak pulak memilih tentera sebagai karier aku. Untuk kerjaya aku lebih suka nak jadi orang keparat korporat. Al maklumlah masa muda2 dulu tengok tv -drama swasta, drama minggu ini - orang2 kat bandaraya semuanya hidup mewah dan senang bila kerja korporat i.e. bisnesman, loyar, doktor. Kalau fresh graduate tu dapat kerja terus ada office (bilik) sendiri, fuh! Memang best giler lah... tapi rupa-rupanya bohong, tipu, dusta semata-mata! Aku ni dah 12 tahun kerjapun tak dapat lagi beli kereta merc @ bmw @ porshe dan kereta2 lain yang sewaktu dengan nya, officepun taklah pulak duduk dalam bilik sendiri, jadi bos pun tidak. Memang confirm lah dalam tv tu semuanya tipu! Kesian aku anak kampung kena tipu.

Jadi, kalau dapat jadi askar dalam mimpi memanglah menggembirakan aku. Sepuluh kali lebih gembira dari mimpi dapat duit banyak2 sebab bila bangun dari tidur bukannya duit tu dapat pun, lagi frust ada lah sebab duit yang banyak tu cuma mainan tidur!

Ya, seronoknya,indahnya mimpi jadi askar.

Tuesday, October 10, 2006

Selamat Menyambut Nuzul Quran.
Tak pasti sebenarnya macam mana orang menyambut hari mulia ini. Untuk aku sendiri dan anak2 aku dengan membaca Al Quran.

Kawan2 semua, walaupun layout blog aku ni baru je aku tukar tapi entah kenapa aku rasa tak suka pada template baru ni. Template ni warnanya lembut dan tenang. Bila aku buka blog ini aku rasa macam suram aje. Aku nak template yang ceria dan bertenaga. So, aku tengah dok browse lagi mencari template yang berkenan di hati. Susah sangat nanti buat macam yang selalu aku buat tu le, ambik yang blogspot punyer dan adjust sikit2 ikut citarasa aku. Tengoklah sikit hari lagi, dengan keizinan masa akan ku ubah jua template ini! Tempat aku meng-xperimen tukar blog ni adalah kat sini. Rasa macam suka aje rupa baru kat situ sebab nampak bersih dan kemas. Setuju tak?

Dah ada blogger yang sambut tag Cyberdad kat blog aku ni. Aku dah baca cerita Ubi dan masih menunggu yang lain-lain tu... hah... tunggu apa lagi.... cepat tulis...muahahahah

Komen2 dalam entry sebelum ni aku nak jawab kat sini. Entry tipu le konon2.

  • PB: Hubby dah sihat, Alhamdulillah. Tinggal puasa cuma 4 hari. Sekarang ni puasa dengan penuh hati2. Bila berbuka tu kena jaga pemakanan, tak boleh yang pedas, yang keras, yang angin... bukan tak boleh makan langsung, cuma berjaga-jaga, berpada-pada....
  • Lollies: Puasa beramai-ramai memang seronok, boleh mengeratkan silaturrahim, yang penting nya jangan membazir. Sabar lah Lollies.
  • Izhal: Ini bukan template bulan puasa, kebetulan aje ni berubah template menjelang bulan puasa. Hah, Doktor bz ke tak sempat nak update blog? Atau dah update kat url lain?
  • Ajzie: Ok, saya setia menunggu..... heheheh
  • Atiza: Aku dah raya lama dah.... baru sempat puasa 4 hari dah raya 10 hari! Sebelum ni tak pernahlah lagi aku tak puasa sebegitu lama, dah standard dah tiap2 tahun mesti 6 hari aje. Macam yang aku tulis kat entry sebelum ini, ada 'complication'. Dulu masa pregnant pun tinggal puasa 6 hari juga (ini jawab soklan Izhal), tak ingat dah pasal apa tapi rasanya pasal muntah ter-over atau gastrik atau simply sebab tak larat, anak dalam perut InsyaAllah tak mudarat kalau setakat ibunya puasa tapi ibunya tu yang macam sayur terlebih celur (ambik dengan Ubi ayat ni)
  • Wan: Wah... jawab on-the-spot! Ok ok tak ada hal punyer. Janganlah nangis kena bangun masak untuk sahur, apa nak buat ek... tapi bila dah lama kawin, kita pun dah jadi smart kan? Sekarang aku dah tak ada masalah lagi bangun awal, sebab memang kena bangun awal selalu! Kalau bulan tak puasapun dah kena bangun pukul 5 sebab nak uruskan anak2 sekolah. Begitulah kaum ibu ni kan... adjust diri sendiri ikut keperluan suami dan anak2
  • Ubi: Thanks Ubi! Lembik macam sayur terlebih celur... kah kah kah....

Friday, October 6, 2006

Tag ini, Cyberdad yang started. Sebagai blogger yang berhemah, maka kenalah aku bagi moral support pada rakan blogger aku. Nah, ni dia:

First time, aku berpuasa.
Tak ingat la masa bila tapi masa tu kat sekolah menengah kot… tak pun masa darjah 6. Teruknya aku ni kan. Bukan nak salahkah sesiapa tapi my mum ni mualaf, dulu dia takut sangat anak dia ni tak tahan berpuasa, nanti pengsan kat sekolah ke, jadi dia memang tak bagi puasa. Kena pulak aku ni dulu masa standard one sampai standard five kat sekolah jenis kebangsaan cina, mana ada orang puasa kat sekolah tu?

Darjah 6 baru ditukarkan ke sekolah kebangsaan. So, samada masa darjah 6 atau tingkatan satu barulah aku mula berpuasa.

First time, aku berpuasa penuh.
Tak pernah le. Mesti ada cuti seminggu punya. Nape, tak percaya?

First time, aku berpuasa jauh dari family.
Tak de lah jauh sangat, masa duduk kat hostel – MRSM Peghelih. Lebih kurang beberapa puluh km aje dari rumah aku. Yang tak seronok tu sebab bila sahur kena bangun dan bersiap seadanya sebelum pergi sahur kat kantin (takkan tak paham kot, org pompuan wajib menutup aurat – so kenalah pakai tudung dan baju kurung, bukannya baju tidur).
Sorrylah, tak ingat nak cerita apa lagi dah… (ingatanku memang kureng gitu)

First time, aku bayar zakat fitrah sendiri.
Tak pernah. Masa bujang ayahanda ku yang bayar. Dah kawin kekanda ku yang bayar. Muahahahah

First time, jatuh sakit semasa berpuasa.
Tak ingat.

First time puasa sebagai seorang suami/isteri.
Masa tu tinggal kat Jalan KK, Peghok. Kami selalu berbuka kat rumah pak & mak mertua. Kalau hari kerja tu kesian kat pak & mak mertua. Makanlah depa berdua dengan seorang anak dara yang masih bujang – jadi bertiga lah sebenarnya dia orang ni. Kalau kami pergi join barulah ramai sikit kan. Kami pun tak lah boring sebab kalau tak berbuka dengan dia orang bermakna kami berbuka berdua aje lah. Sekali dua mungkin romantic tapi kalau dah banyak kali tu jadi tak seronoklah pulak.

Sekali sekala kami pergi berbuka hotel. Masa tu mampu lagilah sebab belum ada anak. Duduk pulak kat Peghok, kos hidupnya rendah.

Kalau hari minggu pulak….fuh… jangan tak percaya, macam nak kenduri pun ada bila 10 orang anak pak & mak mertua dan family dia orang berkumpul untuk berbuka puasa. Masa tu riuh rendah tak terkira. Berbuka puasa macam nak raya pun ada. Memang best tapi itu semua tinggal kenangan ajelah sebab kamipun dah duduk kat S’ngor sekarang. Pak mertua dah arwah. Mak mertua berbuka kat rumah anak2. Kalau weekend pun dah tak berkumpul lagi macam dulu.

First time puasa sebagai ibu.
Sama jugak cerita nya macam kat atas. Selalu berbuka di rumah pak & mak mertua. Baby ok, tak kacau punya.

First time puasa di oversea.
Tak pernah le aku pergi oversea pun.

First time bukak puasa kat ofis.
Tak pernah. Tak kose aku nak berbuka kat pejabat.

First time berpuasa terlupa sahur (tahun ni).
Pun tak pernah. Terbangun lewatpun tak pernah.

Okeh, sesiapa yang melawat blog ini pun kena tag! Muahahahahah

Tuesday, October 3, 2006

Dah 10 hari kita berpuasa. Pada yang berpuasa penuh tu Alhamdulillah. Pada yang puasa tu dah ada yang tinggal tu, sabarlah dan cepat-cepatlah ganti nanti. Macam aku dan hubby dah tinggal puasa beberapa hari dah.

Ya, aku tak salah taip. My hubby dah tinggal puasa beberapa hari dah last week. Ada 'sejarah' yang perlu diceritakan kalau nak tahu kenapa dia tinggal puasa.

Beberapa tahun yang lepas, ianya berlaku di bulan puasa juga. Disebabkan kesilapan klinik, hubby yang tak pernah kena gastrikpun dah terkena ulser. Muntah dan berak bercampur darah disebabkan dinding perut yang terluka. Masa tu kenalah hubby masuk hospital.

Alhamdulillah tahun lepas hubby dapat puasa penuh tanpa sebarang masalah tapi tahun ni cuma dapat bertahan 2 hari saja, masuk hari ke-3 puasa dah mula pedih perut dan muntah. Akupun bukan main susah hati lagi sebab takut lukanya bertambah teruk sebab hubby ni walaupun perutnya sakit tapi nak jugak berpuasa. At last, dah tak tahan sangat dia bukak puasa dan pergi klinik ambik ubat. Luka di dalam perutnya tu kalau tak dirawat segera boleh melarat. Aku tengok gambar kat internet ada yang lukanya sampai 'tembus' (perut berlubang) sebab tak dapatkan rawatan segera.

Aku sendiripun ada masalah yang tak dijangka. Rasanya tak sesuai nak cerita kat sini. Last week aku dalam 'denial stage' selama 2 hari. Aku puasa dan solat seperti biasa selama 2 hari tu. Aku anggap perkara yang berlaku sebagai satu 'complication' tapi tak tahulah apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti puasa 2 hari tu memang tak sah dan aku kena gantilah balik nanti. Juga yang pasti, ianya memang 'complication'. Harap2 lain kali tak berlaku lagi.

Bulan puasa ni, office habis pukul 4.30 petang dan aku memang 'on-time' bila bulan puasa. Bukannya apa, kalau lewat sikitpun jalan akan jadi jem giler2. Walaupun rumah dekat tapi mesti sangkut kat round-about kalau keluar dari office lambat. Kalau keluar tepat2 pukul 4.30 ptg, aku akan samapi rumah kurang dari 10 minit dan barulah solat asar. Lepas solat asar barulah keluar semula dari rumah menuju ke bazar ramadhan yang berhampiran dengan rumah babysitter.

Biasanya di bazar ramadhan aku akan beli 2 portion iaitu portion untuk berbuka dan portion untuk bersahur. Untuk bersahur tu biasanya hanya satu jenis lauk yang berkuah. Lauk ni aku tak hidang masa berbuka, aku terus masuk ke dalam peti sejuk. Sahur nanti baru aku akan keluarkan. Yang untuk berbuka tu pulak, mesti ada combination air manis, kuih dan nasi/mihun/mee. Kami sekeluarga tak ramai, hanya 4 orang tapi kalau membeli aku cuma beli ration untuk 3 orang sahaja. Contohnya aku akan beli 1 bungkus nasi ayam chicken black pepper, 1 bungkus nasi tomato ayam percik dan 1 bungkus mihun sup, kuih agar2 RM1, kuih tepung pelita RM2 dan air laichikang RM2 dan ration sahur -kari ayam (seketul sahaja) RM2 (jumlah=RM15). Ataupun combination berikut; 1 bungkus meehon goreng, 1 bungkus nasi ayam goreng rempah, rotijohn 1 bantal, kuih tepung pelita RM2 (kuih ini hari2 ada permintaan), karipap rm1 dan ration sahur -masak lemak ikan tenggiri (seketul sahaja) RM2 (jumlah=RM11). Lebih kurang budget bulan puasa sehari RM10-RM15. Aku rasa budget ni ok sebab dalam sehari cuma sekali berbelanja dan kalau kira kos bulan tak puasa lagi lebih sebab biasanya beli dinner sajapun dah dekat RM10, belum campur sarapan, lunch dan belanja anak sekolah lagi.

Favourite masa berbuka ialah ayam percik. Terus terang aku cakap, masa bukan bulan puasa aku tak pernah beli ayam percik, tak tahulah kenapa. Nak tunggu bulan puasa baru nak beli agaknya. Masa berbuka wajib ada kurma (yang dapat free company bagi). Masing2 makan seorang sebutir kecuali anak yang kedua tu saja yang tak nak, lagipun dia tak puasa, lantak dia le tak nak makan kurma.

Masa bersahur aku akan bangun seawal 4.30 pagi (cuma setengah jam saja awal dari hari biasa) dan masak nasi. Ciput aje masakpun, mengabihkan elektrik aje iaitu cuma 1 1/2 pot. Yelah, pot comel yang dapat free masa belik periuk nasi tu le. Itupun selalu lebih sebab hubby cuma makan sket saja, macam budak umur 2 tahun makan, lebih kurang sebanyak nasi yang muat diletak kat piring kuih. Sambil nasi tu dok masak sendiri dalam periuk nasi, akupun letak air dalam cerek elektrik, panaskan lauk lebihan berbuka (jika ada) dan lauk yang aku beli khas untuk bersahur. Sedang-sedang elok aje, dalam pukul 5 pagi tu dah sedia untuk bersahur, barulah aku kejutkan hubby dan anak yang sulong. Anak yang kedua baru 6 tahun dan belum aku ajar puasa, so biarkan ajelah dia tidur. Tambahan kepada lauk2 tadi tu semasa bersahur ialah serunding. Anak yang sulong tu kalau tak 'lalu' menengok lauk2 yang terhidang, hanya serundinglah pembuka selera dia. Jadi khas untuk dia sebungkus serunding telah dibeli pada awal ramadhan. Sebungkus hanya RM10 dan tahanlah sebulan kot sebab dia seorang aje yang makan.

Beginilah rutin kami di bulan puasa. Sempoi saja.