Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, November 14, 2006

Kalau sesiapa suspected kakak, adik, isteri atau jiran ada penyakit meroyan, antara simpton nya adalah panas baran macam orang giler tu, tolong lah berubat. Tolonglah jangan biarkan. Jangan lah sampai jadi macam kes yang sedang dibicarakan dan disiarkan di dalam kebanyakkan akhbar harian hari ini, mengenai seorang ibu yang menendang anak nya hingga meninggal dunia.

Aku pernah baca mengenai seorang ibu (orang putih) yang rajin beranak dan rajin jugak membunuh anak2 nya. Lepas dia bersalin anak2 dia tahanlah sehingga 2-3 tahun, lepas tu mati kerana cot death. Lepas tu dia mengandung lagi dan bunuh lagi anak dia. Tak silap aku sampai 4 atau 5 orang anak dia, semuanya dikatakan mati kerana 'cot death'. Akhirnya suami nya terjumpa diari yang menceritakan perihal isterinya 'men-silent-kan' anak2 nya dan terbongkarlah kisah pembunuhan anaknya seorang demi seorang apabila anaknya 'started making noise and I can't stand it any more and I had to make him/her silent'. Dia membunuh anak2 nya dengan mengoncang anak2 dia sekuat hati. Herannya perempuan tu tak serik2, naluri ibunya tu sungguh kuat sebab lepas tu dia mengandung lagi sebab dia memang suka pada anak2, cuma dia tak boleh dengar dia orang tu nangis. Dia jadi naik hantu bila dengar dia orang meragam.

Lagi satu case ialah case ini.

Semuanya kerana post-natal depression atau dalam bahasa kita ni - sakit meroyan. So, please lah, jangan biarkan, berubatlah.

(Kadang2 bila aku dengar anak2 aku bergaduh tu nak naik hantu jugaklah aku dibuatnya, adakah aku ni pun sakit meroyan jugak, oh tidak!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih di atas keprihatinan anda semua yang telah menulis komen di dalam entry yang lepas. InsyaAllah saya akan cuba mencari penyelesaian di dalam hal ini. Pokok pangkalnya bila ada masalah mestilah kita sendiri yang kena usaha untuk selesaikannya dan jangan sekali-kali melupakan memohon kepada Allah Yang Maha Esa.

Kelemahan aku ni kan, cuma berharap, berharap dan berharap. Fikir, fikir dan fikir. Action? Tiada.

Padan muka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Last week aku dah pergi kursus seminggu. Boring betul lah. Dah le aku tak nak pergi kursus tu, pergi pun kira paksa rela, sekarang ni kena buat report pulak. Bukan itu aje, kena ada evaluation pulak by Boss in the next 3 months on my 'progress achievement' resulting from the training.

Siapa yang cakap dengan aku last week tu, yang cakap kata pergi ajelah kursus tu, makan free, paid vacation?

What to do.

Nak bekerja kena ikhlas, baru berkah rezeki.

BTW, cerita pasal last week ni kan. 5 hari aku kena kursus area KL, puas jugaklah aku check phonebook dalam handphone aku ni kan. How come tak adapun kawan2 dari area KL kecuali Atiza? Why? Takkanlah sepanjang 5 hari tu aku asyik nak call Atiza ajak jumpa. Tak ada kerja ke makcik kakak tu asyik nak jumpa aku aje.

Apa nak jadi dengan aku ni? Takkanlah tak ada seorang kawanpun (selain Atiza) yang aku ada kat area KL ni? Really?

See. Aku ni memang teruk kan. Dah berapa kali cakap nak berubah tapi tak berubah jugak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ni kan, kat rumah PC dah kong. Ada satu hari tu hubby dok browsed 'wayar limau', tup tup padam teruih PC tu. Dah cakap dah tak boleh buka wayar limau. Ada hantu!

Lepas tu aku pun pulun lah nak buat recovery lah, nak re-format lah tapi semuanya tak berjaya. Rasanya ini bukan masalah pasal sistem tapi masalah hardware. Probably swindle (betoi ke aku eja ni) hard disk tu jem. Alah.... just imagine piring hitam zaman dulu2 tu, kan ke kalau nak dengar piring hitam tu kita kena letak benda yang macam ada pointer kat atas piring tu, lepas tu bila piring hitam tu berpusing, jarum tu akan 'baca' info kat atas piring hitam tu dan translate kepada music. OK, sekarang ni jarum yang suppose ly membaca hard disk aku tu dah jem. Kenalah hantar repair. Ini teori aku aje lah. Belum hantar repair pun lagi sebab fulus kureng gitu.

Aku ni ada hal nak guna PC (selain baca email, bloghop dan update blog) last thursday and friday tu aku singgah cc. Ish ish ish best betul lah pergi cc sebab connection dia laju giler. Kat opis ni lembap-lembap keldai tapi kat rumah tu lembap-lembap siput babi teruih. Tengah syiok nak ke cc dah tiba2 cc tu tutup pulak 3 hari sebab nak buat maintenance konon. Ada dua cc, dua-dua tu pulak tutup! Potong stim betul lah!

Bila duduk dalam cc tu kan, aku sorang aje lah pangkat 'makcik' heheheh... lantak lah. Duduk aje kat situ terus taip address blog. Biasalah cc dipenuhi oleh budak-budak, main game lah apa lagi. Bising jugak tapi aku tak kisah. Lagipun tak lama aku duduk kat cc. Paling lama pun cuma RM1.50.

Harap-harap petang ini cc tu bukak le sebab aku nak update and print resume ni. Nak hantar dekat P*******s.

Officemate aku cakap "Persoalannya, kau nak keluar ke tak nak?"

Kalau nak keluar buat macam nak keluar. Hantar resume banyak2.

Kalau nak stay....

17 comments:

  1. selamat berhijrah :) buat resume kaw kaw OK...

    ReplyDelete
  2. laaa...akak pun ada kat KL ni...no. phone kena tunggu handphone dibeli dulu...sbb hari tu hp rosak, tak ganti2 lagi dengan yg baru...terukkan?
    Ahni sebenarnya dok kat mana ek?

    ReplyDelete
  3. alin and alex,
    Saya ada sedikit entry saya hari ini, masuk kan cerita pasal ibu sakit meroyan tu.

    ReplyDelete
  4. i remember somebody close to me who is suffering this "meroyan" thingy. not a good sight...

    ReplyDelete
  5. bab meroyan ni teringat sorang cikgu (lelaki), isteri dia tiap kali lepas bersalin meroyan lama... kalau cikgu ni buat perangai (ada awek baru) semua orang tau sure his wife baru lepas bersalin...kesian juga dekat wife dia...ntah la donia donia....

    ReplyDelete
  6. kesian kaum ibu kan, macam2 penyakit.

    p/s: good luck eh, moga Kak Ni dapat apa yg terbaik utk Kak Ni

    ReplyDelete
  7. ooo..tang post depression ni mmg bahaya...kesian tau...memang dah masuk kategori gila tu....kita sendiri pun kena mintak ngan Tuhan agar tak lemah semangat....nauzubillah kan?

    ReplyDelete
  8. budak kampong,
    The one that really shows that they are actually suffering the meroyan tu bolehlah jugak kita tolong ubat tapi those suffering in silent tu - yang org tak perasan tu, macam panas baran tahap gaban tu, asyik marah sana sini, worst - anak jadi mangsa dera.

    Alinlai,
    Kesian pada bini kawan awak tu tapi dia tak usaha ke nak tolong ubatkan bini dia. Rasanya masa berpantang tu penting kena make sure ubat/jamu dan segala perkara yang berkaitan tu dijaga dengan rapi supaya tak timbul masalah di kemudian hari tapi masalah nya ramai orang zaman sekarang tak percaya semua tu, kolot kononnya...

    Alex,
    Saya pun selalu hangin, mak selalu cakap suruh ambik jamu dan apa2 ubat yang patutlah supaya tak melarat jadi meroyan tu.

    ReplyDelete
  9. Wan,
    Sebenarnya masih berpk ni - nak keluar ke tidak, nak keluar ke tidak, nak keluar ke tidak

    ReplyDelete
  10. Ahni,
    Bidan ada pesan kat akak dulu, dia kata jangan pikir benda yg bukan2, jangan banyak nangis masa dlm pantang, jangan dok pikir benda2 yg menyedihkan....concentrate pada anak dan benda yg happy ajer....baru la angin royan tu tak masuk....plus doa jugak la....

    ReplyDelete
  11. wah pelbagai topik hari ni.

    saya kalau marah anak pun kena ingat-ingat. mana tau terover pulak.

    baguslah cuba try hantar cv. mana tau lekat satu dua

    ReplyDelete
  12. Orang llaki pun boleh meroyan jugak sikit2 Ahni,.

    Saya kalau nak meroyan, cepat2 capai beskal, ajak Pipa kayoh satu taman.. :-)

    ReplyDelete
  13. meroyan?? hiiiee.. mintak sisih. meroyan biasa ada jugak, so far boley ler control dari meroyan besar. meroyan kecik tu almost everyday ler.... kkrrrggghh... saya kalu kena meroyan tak leh kayoh beskal, sbb dah hilang pertimbangan..

    ReplyDelete
  14. lama tak singgah (tak sempat nak jelajah blogwerld lama2 skrg).

    Selamat hantar resume.. good luck!
    jgn stress sgt yer (ini utk prev post)

    ReplyDelete
  15. meroyan? nak ubat kat mana? bukan ker adik beradik stress ker tuh..

    ReplyDelete
  16. Alex;
    Kena banyak tenangkan fikiran, which susah nak buat sebenarnya, maklumlah sibuk nak jaga anak2

    Lollies;
    5-in-1 ke 6-in-1 ke... tu la lama tak update

    TJ;
    Ye ke org lakipun ada meroyan gak? tak caya lah.

    Mulan;
    Eh awak, kena jaga tau, bahaya. Tapi mak saya cakap org pompuan semua ada meroyan cuma sikit ke banyak ke, tu je bezanya.

    Ubi;
    Ya...jangan stress selalu. Bdn pun dah tak sihat lama dah ni.

    Ajzie;
    Saya x pasti berubatnya macam mana, tapi ada artikel, link nya kat my new entry.

    ReplyDelete