Ini adalah makanan yang kami beli semalam.
Ada air soya rm2, masak lemak siput retak seribu rm3, gulai daging kawah rm5 (mahal kan?), paru goreng cili rm2, sayur rm2, bubur kacang hijau rm1.50 (basi!) dan kuih-muih 5 biji rm2. Semua sekali RM17.50.
May be ada orang kata mahal. Memang mahal la, tapi makanan ni semua bawa ke sahur. Maknanya tiap2 hari, lauk berbuka akan disimpan sikit untuk sahur. Selalunya yang disimpan tu lauk yang jenis berkuah dan tahan (tak mudah basi), contohnya gulai daging kawah tu le.
May be ada yang kata aku beli banyak. Sebab yang sama la, at least ada satu lauk tu untuk sahur. Kdg2 lauk untuk sahur tu terus masuk peti ais selepas dibeli.
Pada perkiraan aku belum tahap membazir lagi la sebab kalau hari2 biasa (bukan bulan posa) pun lebih kurang macam tu, malah lebih lagi ada la kot.
Hari ni dah 6hb kan?
Pejam celik pejam celik dah masuk 6 hari kita berpuasa.
Tak lama lagi dah nak raya pulak.
Kita orang ni baju raya anak2 belum beli lagi. Biasa la, kami akan beli bila dah masuk bulan puasa. Supaya ada 'feel' sikit nak membeli belah untuk raya.
Baju raya aku pulak... sebenarnya kain tu aku dah beli awal tahun dan nak buat baju gi office.
Simpan dulu, belum hantar tempah sebab fulus kureng (beli kain tu pun bayar ansur 3x).
Last2 sekali, aku hantar kain tu je lah buat baju raya... tak payah nak beli kain lain lagi...
Kalau tak, kira tak de langsung le baju raya aku... hu hu hu...
Tahun ni budget tersgt kurang.
Kuih raya tu setakat ni order 2 jenis je.
Itupun sbb mmg tiap2 tahun beli kuih yg sama, sebab suka sangat.
Aku beli semperit dan jem tat nenas.
Memang kemestian beli 2 jenis kuih ni setiap kali raya.
Kuih2 yg lain tu kena tengok budget la....
Budget besar, byk le... macam tahun ni budget untuk kuih dah habis dah....
Jualan tudung, kain ela dan telekung tahun ni kurang sikit...
Bukan org tak nak beli tapi aku yg malas nak bawa gi jual...
Bukan apa, org byr ansur 2 @ 3 kali, aku pulak kena byr cash kat supplier (member aku tu la, pernah cerita kat sini).
Kdg2 org lmbt byr kat aku, short jugaklah rm aku...
Last year masa roomate masih keje kat kl, dia tolong bw brg2 gi jual kat opis dia.
Sekali keluar modal dlm rm1k macam tu... short jugak la aku kalau camtu kan... tu la, org kata nak meniaga kena ada modal, bukan nya ambik modal dari gaji bulanan.
Sebab bila dah ambik gaji buat modal, short la pulak nak bayar duit umah, keta etc... meniaga macam aku ni, bukannya lg senang, lg pening dibuatnya... (tapi dpt beli brg dgn harga dealer tu yg best tuh)
Gomen dah dpt bonus, bila la pulak kami ni nak dpt?....
No comments:
Post a Comment