Subuh sepiee lagi hubby dah informed "Ayang, minyak naik 30 sen"
Me: " Oh ye ke.. semalam ayg isi minyak tapi separuh je "
Me lagi: " Beli le Kancil ke, apa ke, tok sah le naik pijot tu lagi hah "
Tak tahu lah kesan kenaikan tu terhadap aku and family yang semput-semput bila sampai bab duit ni. Gaji baru dapat 3 hari yang lepas tapi situasi aku ni macam gurun, macam padang pasir yang kering kontang. Ada lagi bil yang belum bayar ni. Cukai taksiran belum bayar (empat ratus lebih, teruk wo...)
Pening pening pening... memang pening giler.
Pagi tadi pergi briefing kat NPC pasal kriteria ICC yang baru, semakan 2006. Bestnya dapat makan free, laksa johor pulak tu. Cerita pasal makan ni kan, dekat bawah apartment aku ni ada 4 restoran. Satu tu kan, may be dah tutup atau tgh dok buat 're-branding' ... hahahah... what ever lah tapi masa ia baru bukak dulu aku excited le nak pergi cuba tapi hampeh.. servis lembab siput babi, harga mahal dan rasanya out! Hubby cakap cuba lagi selepas satu bulan sebab mungkin restoran tu baru bukak jadi tak berapa well organised lagilah.
Tak lama lepas tu restoran mamak pulak bukak sebelah ia. Aku tengok restoran mamak tu penuh aje orang tapi restoran melayu kat sebelah tu kosong aje. Aku tengok depa buat macam-macam untuk tarik pelanggan tapi tak berjaya, may be first impression tu betul2 penting. Bila mula-mula orang pergi dan rasa tak ok, orangpun tak nak pergi lagi. Aku ada jugak pergi 4-5 kali lagi lepas tu tapi kalau sebab kesian kan depa tapi aku pulak makan tak sedap dan kena bayar mahal, itu bodoh namanya. Ini bisnes bukan kebajikan. Sori lah ek.
Selain dari 2 restoran tu ada lagi 2 restoran org melayu. Satu tu pekerja dia orang utara. Makanan kat restoran ni pada aku memang sedap la. Masa mula-mula try, dua tiga hari kami anak beranak (me and my two kids) dok pi dinner kat situ. Yang aku heran tu sebab orang lain kata tak sedap tapi kami makan sedap pulak. Rupa-rupanya tukang masak dia ada 2 teams. Satu team tu sedap, satu team lagi tak sedap. Nasib le kan kalau masa kita order tu kena team yang tak sedap tu. Petang tadi aku pergi sound kat supervisor dia, aku siap tanya tukang masak petang ni yang masak sedap ke tak sedap, terkebil-kebil mamat tu nak menjawab soklan aku. Niway, aku order jugak la. Masa bayar bil, mamat tu siap pesan "Kakak Ahni, kalau tak sedap nanti sms saya tau"
Aku: " Jangan marah saya habak tadi tu ye "
Mamat restoran: " Tak pa, saya lagi suka, kalau tak habak kami tak tahu "
Petang tadi aku beli nasi goreng cina 2 bungkus kat restoran pekerja utara, ABC special kat restoran lagi satu dan 'sup sayur tak mau ayam, ganti daging dan letak cendawan butang' kat restoran mamak.
On the way naik ke parking atas, aku nampak kakak restoran tak sedap dan mahal tu tengah punggah barang kat restoran dia, itu yang aku kata samada depa nak tutup terus atau tengah dok buat re-branding/re-struture/plan b, what so everlah
BTW kakak restoran tak sedap dan mahal tu jiran sama tingkat dengan aku kat apartment ni.
Tuesday, February 28, 2006
Mesyuarat & Bah
Semalam ada satu mesyuarat yang dulu aku pernah cerita hari tu, nak tahu- cancel lagi! Aku dapat tahu petang Jumaat yang lepas bahawa ada 3 orang courum (bossess) yang kena attend another function, instucted by the Big Boss. So, apa nak buat, kenalah aku cancel lagi. Lepas tu aku dapat tahu hal ini dah petang (actually dah habis office hour), jadi aku cuma dapat inform pasal cancel tu pada orang lain pagi Isnin. Masuk office aje terus calling-calling. Yang paling best- aku lupa nak cancel order makanan dan minuman!!! Sebenarnya masuk office aje, belum sempat aku calling-calling, tokeh restoran tu dah call dulu sebab dia lupa aku order untuk 10 orang ke 15 orang. Aku nak suruh cancel pun tak boleh sebab dia dah siap, cuma nak pack 10 atau 15 tu yang dia tak sure.
Kesudahan nya, meeting cancel dan kamipun dapat minum free... heheheh
Yang pentingnya my direct boss tak marah :-) Sebetulnya dia la yang aku takutkan, tapi dia tengah mood baik, diapun seronok sebab boleh minum free Agaknya dia tak marah sebab aku dah explain kat dia yang aku lupa nak cancel, lepas tu dia pun tahu yang hal meeting kena cancel tu pun last minute.
Kelmarin kat Shah Alam ada banjit kilat. Dalam paper tulis 'Shah Alam Banjir Besar'. Ish ia-ia aje depa tulis macam tu. Shah Alam tu besar, bila tulis macam tu seolah-olah satu Shah Alam tu dah banjir. Kalau dulu tulis 'Kangar Banjir Besar' tu logik le, Kangaq tu kecik. Aku rasa Shah alm ni mau 1/2 atau 3/4 saiz Peghelih kot. Niway, banjir tu kat area TTDI & Batu 3 dan area Seksyen 13 (area Giant, Apt. Perdana & Acapela). Kesian. Aku boleh imagine keperitannya sebab hari tu (tahun lepas) rumah mak aku kat Peghelih kena.
Bila difikirkan, banjir ini lagi teruk sebab berlaku masa sekolah, yang kat Penghelih, Kedah, Kelantan dan Ganu hari tu masa cuti sekolah. Kat office aku ni ada 2 orang manager tu BMW depa habih le kong kena rendam dalam ayaq. Itu tak termasuk segala jenis perabut mewah yang ada kat rumah depa Hangpa tau la area TTDI tu sapa yang duduk kan... Semalam ada officemate yang pi ziarah. Aku tak pegi, may be hari ni kot.
Aku harap tak ada blogger yang duduk area situ. Kalau ada aku tumpang simpati. Setakat ni, itu aje yang aku mampu buat - tumpang simpati. Nak huluq duit, aku pun tengah tercekik, tersedak, terjerut dok cari mana nak cover bulan ni ada sikit (actually- banyak) lari budget. Bulan depa cuti sekolah, kalau tengah 'kering' tak bolehlah nak ajak adik2 mai dari kampung bercuti kat sini.

Saturday, February 25, 2006
Semalam baca pasal hal ini kat blog Jubeiz. Lepas tu hari ini baca cerita yang lebih kurang sama kat blog Atiza.
Aku teringat dulu aku pernah cerita pasal blog Joe Penang, dan kemudian Saudagar Mimpi bagi komen berikut:
hahahah... i am not bothered about comments at all :)
Yang paling aku suka ialah prinsip Awalpagi. Dalam entry 'coming back' beliau, dia ada tulis pasal post mortem yang dia dah buat semasa beliau 'bercuti' dari blogging.
Somehow, komen Saudagar Mimpi dan prinsip Awalpagi membuatkan aku berfikir.
Apa yang aku fikir tu tak payahlah aku cerita kat sini. Bila dah fikir dan dah buat rumusan, hanya satu sahaja yang perlu aku lakukan -laksanakan sahaja hasil rumusan aku tu.
Sooner or later you all akan faham.

Friday, February 24, 2006
Link
Kat sebelah kanan blog aku ni ada banyak betul link. Ada yang aku baru letak sebab aku baru jumpa blog-blog tu.
Walaupun senarai blog tu banyak tapi bukan semua tuan empunya blog yang kenal blog aku. Sebabnya aku jadi silent reader kat blog depa. Aku suka blog depa, so akupun letak link depa kat sini. Hangpa dah pi jengok ka blog depa tu?

Kerja
Hari ni busy sekali. Bukan busy kerja sebab satu kerja pun tak buat sepanjang hari. Tapi aku kerja hari ni.
Kerja tapi macam tak kerja.
Jangan pening kepala.
Hari ni sebelah pagi ada perhimpunan, sebelah petangpun ada perhimpunan (agenda berlainan). Lepas perhimpunan yang pagi (habis kul 11.30 pagi) sempat baca email dan sarapan (segera punya- biskut cecah air milo). Lepas tu kul 12 t/hari pergi discussion.
Discuss, discuss, discuss sampai kul 1.30 t/hari, perut dah lapar giler. Sib baik sumepun perempuan, tak payah pi solat jumaat. Habis aje discussion naik balik office dan makan lunch free sebab ada kawan buat jamuan. Lepas makan, solat zohor, capai kunci kereta dan keluar pergi bank sebab hubby suruh tolong bayarkan duit kereta (BTW, masa ini masih lunch time 12.30-2.45). Sampai kat depan bank pun masalah jugak sebab aku tak ada duit syiling nak bayar parking. Tak pe, masuk ke dalam bank dulu dan ambik nombor giliran. Sambil-sambil itu aku tanya kat adik security (serius muda depa ni- ada 2 orang) samada enforcement selalu datang tak. Depa kata tak pa, kalau M-B-S-A datang depa akan sound kat aku.
Aku tak ambik seat tapi berdiri kat tepi pintu sebab nak standby kot-kot datang pulak orang M-B-S-A. Tiba2 aku nampak ada seorang naik motor pusing-pusing kat tempat parking. "Alamak! Dah datang!", aku cakap. Serentak dengan itu 2-3 orang customer dalam bank tu terus keluar pi bayar duit parking (takut kena saman le tu). Yang aku ni terkebil-kebil sebab duit syiling tak ada. Nasib baik ada sorang adik bank tu tolong pi tukar kat kaunter untuk aku. Lepas tu aku pun cepat2 le pegi bayar parking.
Bila masuk ke bank, rupa-rupanya adik M-B-S-A tu bukan datang nak check/saman parking, rupa-rupanya diapun nak masuk ke dalam bank jugak.... lar... buat orang panik je.
Lepas bayar duit kereta aku balik ke tempat kerja tapi bukan balik ke office aku. Aku pergi office seorang Senior GM untuk ambik dokumen. 2 kali aku turun naik bangunan yang 4 tingkat tu sebab masa mula-mula aku naik tu dokumen yang dia bagi tu bukan yang aku nak. Akupun turun ke tingkat bawah sebab masa tu dia ada function lain kat tingkat bawah. Lepas explain kat dia, SGM tu suruh aku naik balik office dia ambik dokumen yang betul. Fuh penat giler....
Dah ambik dokumen aku pergi pulak ke perhimpunan petang yang habis sebelum pukul 5. Lepas perhimpunan ada jamuan ringan. Lepas tu baru aku naik balik office aku kat tingkat 4 (lif tarak, kaki juga ada). Masa tu dah letih. Tak jadiklah nak stay back. Lagipun dah mood jumaat kan, esok cuti, yuhuuuu! Apalagi, aku ambik handbag dan turun balik.
Tak tahulah kerja apa yang aku buat hari ni.
Tak kisahlah, yang penting hujung minggu datang lagi!!!!

Thursday, February 23, 2006
Takkanlah aku expect ada orang nak hire aku based on JD yang aku tulis kat entry sebelum ini. Oh! Tidak!
Takkanlah aku nak perasan sangat dengan JD aku yang tak power langsung tu. Oh! Tidak!
Sebenarnya mee udang yang aku ada ni, udang nya kecik-kecik aje. Bukan nya besag gedabak sampai tak nampak mee. Jadi, memang ada udang di sebalik mee! Kalau ada disebalik batu tu tak sedap sebab belum masuk dalam masakan mee. Oh! Tidak!
Aku nak minta free editing sebenarnya. English aku tewok sangat. Bila bakal majikan aku tengok resume aku, depa teruih reject punya sebab banyak betul grammatical error, tak ketinggalan spelling error. Tu la dulu bapak aku suruh ambik TESL aku tak nak. Padan muka aku. Kalau tak ni mesti aku dah jadi 'Teacher AhNi' dok mengajag kat sekolah mana entahlah. Sambil-sambil tu boleh part time buat tuition bahasa inggeris. Boleh part time jadi editor kat mana-mana yang memerlukan. Makcik boleh jadi kaya wo...
Pada masa yang sama (dua dalam satu rupanya), kot2 la ada orang tahu kat mana ada vacancy yang perlukan pengalaman macam aku ni, boleh la depa dok habak kat aku. Bukan setakat ada udang, ada sotong juga disebalik mee itu
Sekian, entry untuk hari jumaat.
Sabtu gaji...yuhuuuu....

Wednesday, February 22, 2006
Hubby dah dapat kerja baru tapi aku belum, walaupun dah cuba. Belum 100% tu mencubapun. Cuba gitu-gitu. Dalam dok gitu-gitu dah 6 tahun aku kat sini.
Ingat letak lah job description aku kat sini kot-kot ada blogger yang post tinggi2 tu tengah cari pekerja.
Pengalaman kerja aku tak ada kena mengena dengan degree aku.
Kot2 ada bahasa omputih yang tak betul grammar nya tu boleh la tolong habak mai.
Kerja-kerja aku: Quality Assurance & Customer Service
-Liaise with other department in the company for complaint investigation and corrective action
-Liaise with enforcement bodies or local authorities such as Ministry of Domestic Trade & Consumer Affairs and Energy Commission for complaint investigation, if necessary
-Plan, co-ordinate and facilitate Innovative Creative Circle (ICC) (previously known as Quality Control Circle (QCC)) activities from establishing ICC groups to presentation of project for internal ICC Convention and in National ICC Convention organised by NPC
-Plan, implement and monitor the Occupational Safety and Health (OSH) activities such as developing OSH procedures, conducting Safety Audit and Job Hazard Analysis, identifying training needs and establishing working groups on safety
-Conduct Internal Quality Audit based on MS ISO 9001:2000 and company procedures
Additional Contribution to the Employer:
-Secretariat member for one of the Award organised by MITI (rahsia tak leh tulis award apa kat sini) Contribution period: 2000-2004.
-Panel of judge for Selangor Industry Award, organised by Selangor State Government and managed by Selangor State Investment Centre. Contribution period: 2000-2005.
Achievements:
-Organised two internal conventions for Quality Control Circles (QCC) in 2001 and 2003 and one internal convention for Innovative & Creative Circles in 2006
Expected salary: sama atau lebih dari salary aku sekarang + RM100 (ini aku estimate kenaikan gaji aku untuk tahun ini, belum dapat lagi le, bulan 3 announce, bulan 4 nanti baru dapat)
Rasa-rasanya kan, patutlah aku tak dapat kerja kat tempat lain sebab JD (job desription) aku ni tak power langsung. Kalau ada sesape yang boleh bantu aku polish ayat-ayat di atas dari tak power kepada ayat-ayat yang menampakkan aku ni cemerlang, gemilang dan terbilang tu tolong lah ye.
Terima kasih.

Tuesday, February 21, 2006
Syukur, Alhamdulillah.
Entry sebelum ini pun aku mulakan dengan ayat yang sama.
Syukur, Alhamdulillah.
Ya, walaupun inspirasi untuk update blog mencurah-curah (konon) tapi telah dibatasi oleh masalah PC & network.
Hari ahad yang lepas PC aku telah 'hang' dan sebab aku nak cepat, aku terus tutup plug (power) nya. Petangnya anak aku nak on PC tak boleh-boleh. Lepas tu aku pun 'bersilat' dengan PC ni yang kesudahannya adalah aku kena reformat semula hard disk, reinstall OS dan resetting balik semua-semua wat not.
Reformat, bermakna habih le semua gambar-gambar raya cina, raya melayu, raya segala jenis raya, segala jenis function bla bla bla
Dan ini bukanlah kali yang pertama PC 'kong'. Ini adalah kali kedua, cuma yang first time tu nasib agak baik, aku dah backup semua files dan gambar2 dalam CD. Tapi punca 'kong' nya tetap sama iaitu shut down secara mengejut (direct off power kat plug).
Dan.. ada lagi ni...
Tiap-tiap kali PC kong mesti masa OS nya Window XP Versi Pirate bin Lanun...jeng jeng jeng
Cuma aku je yang tak serik-serik. Dulu lepas 'kong' kali pertama aku dah reformat dan reinstall Window 98 SE (ori punya). Aku tahu kalau yang ori mesti takkan 'kong' punya. Tapi tak lama lepas tu hati aku ni meronta-ronta suruh intall balik XP Pirate tu. Al maklumlah Window 98 SE tu koman, XP tu canggih. Byk software pirate macam Adobe Photoshop, Flash, Director, MS Office semuanya tak compatible dengan 98 SE lagi dah. Akhirnya, akupun tunduk dengan kerakusan nafsu aku dan install balik XP pirate.
PC 'kong' kali ni cuma selang masa setahun dari 'kong' yang pertama. Inilah nak membuktikan bahawa pirate bin lanun tak bagus, tak kualiti, tak selamat. Apa salahnya invest RM500 untuk versi XP yang ori? (will you?) InsyaAllah tak kong punya PC tu.
Bukan sahaja aku terpaksa menanggung keperitan mengformat dan meng-install, malahan nak setting menyeting pun sangat hancur luluh jiwaku ini, tak tidog malam hangpa tau. Setting kot tu tak ok, setting kot ni tak elok, lepas tu buat product recovery, lepas tu try setting lagi sekali.. penat.... Sampai aku sanggup ambik cuti half day sebab nekad nak resolve everything by today! Dah 3 hari PC aku menderita (ke tuan nya yang menderita? Muahahah).
Namun begitu segala jerih payah ku telah berhasil. Buktinya aku dapat update blog walaupun dengan Window 98 SE dan IE version 5 yang lekeh, koman and tak best langsung ni.
Sat lagi aku nak pi buat operasi haram paling tegar dalam dunia.
Sat lagi aku nak pi install balik Window XP Pirate bin Lanun Service Pack 2 Cap Low Yat Plaza.
12 bulan dari sekarang, kalau PC 'kong' boleh cerita dalam blog lagi.

Thursday, February 16, 2006
Kerja baru
Syukur, Alhamdulillah, my hubby dapat tawaran kerja yang baru. Dah lama jugak dia dok usha kerja baru. Akupun kuat jugak menghasut dia. Maklumlah aku ni kan materialistic habih…
Hubby aku ni dah 6 tahun kerja kat kilang dia tu. Dalam 6 tahun tu, aku tak berapa ingat sebenarnya berapa kali dia dapat kenaikan gaji. Kalau tak silap aku lah 3 tahun dapat, 3 tahun tak dapat kot. Yang dia dapat tu pun ciput aje dalam RM50-RM90. Sebagai wife yang materialistic aku selalu cakap kat dia suruh cari kerja lain sebab cost of living bertambah setiap tahun, contohnya dari seorang anak bersekolah kepada dua orang anak yang bersekolah. Harga barang2 pun asyik naik tapi kalau pendapatan tak bertambah teruk le. Aku selalu bising kat dia kata apa yang dia dok tunggu lagi kat situ, cepat2 le cari kerja lain.
Then, dalam department dia seorang demi seorang dah berhenti sebab dapat better offer tempat lain. Yang herannya tu, orang yang berhenti tu berpangkat assistant engineer tapi replacement nya berpangkat engineer. Sudahnya bila time nak promote my hubby dah depa kata jawatan engineer dah penuh, sowe….. Yang lagi geram, orang2 yang baru masuk tu tak ada background dalam scope department my hubby, macam fresh graduate pulak. Kesian hubby, dia stress kat situ. Akupun tumpang tambah stress dia “Tunggu apa lagi bang, mintak le kerja lain”
Semalam dia tender regisnation. Fuh! Immediately depa tu dah bersilat, bukannya nak counter offer dia tapi dah dok interview calon pengganti dia! Teruk betul, padahal notis berhenti kerja adalah 2 bulan, bukan 2 hari.
Sebenarnya aku sedikit risau sebab selama ni hubby kerja kat kilang. First job dia kat kilang jepun, lepas tu lagi 2 kilang tu kilang omputih. Kerja baru tu nanti bukan kerja kilang lagi tapi lebih pada field/site job (bermakna= less time at home?). Mungkin akan ambik masa juga untuk dia nak adjust kepada work environment.
Walau apapun, aku doakan hubby success kat company baru tu nanti. Aku harap dia happy dan suka dengan kerja baru dia. Bukan dia saja yang berdebar-debar tapi aku pun berdebar-debar jugak ni, macam aku pulak yang dapat kerja baru…..
Latest note:
Kerja sekarang- kompeni omputih- pakai jeans, t-shirt, sekali-sekala jika suka pakai kemeja
Kerja baru- kemeja dgn tie!
Me: alamak lepas ni bertambahlah kerja, hari-hari kena seterika baju kemeja dia

Monday, February 13, 2006
Dah le
Big event yang aku cakap hari tu dah lepas dah. Syukur, Alhamdulillah, lega rasanya, dah selesai dan telah berlangsung dengan baik. Sempurna tu tidak juga, ada kekurangan di sana sini tapi, overall- okaylah. Okay sebab dah settle.
Event ni pun, pada aku BIG event lah, pada orang lain may be cenonit @ ciput aje, small scale kata omputih. Tapi untuk aku yang menguruskan nya dan jugak untuk participant~ sampai tak tidog malam le berdebar nya tu. Dengar cite ada participant yang sampai balik kerja kul 10 malam sebab dok buat preparation untuk event ni.
Pada yang menang tu TAHNIAH. Walaupun depa tak tahu pun pasal blog dan tak mungkin depa baca blog aku ni, aku tetap nak ucap tahniah jugak kat depa.
Event dah lepas tapi kepala aku yang pening ni sebenagnya tak habih-habih lagi... Hangpa tak tahu banyak isu berbangkit ni ada yang tak puas hati pasal undian (giliran), tak puas hati pasal markah, tak puas hati itu, tak puas hati ini.... Dah le tu... Dah kalah tu terima ajelah. Biasalah yang nak bising tak puas hati ni mestilah yang kalah. Yang menang tu tengah syiok tu, senyum sampai ke telinga.
Udah le tu....
malas dah nak layan

Friday, February 10, 2006
Lupa
Walaupun aku dah kembali berintenet tapi tak sempat lagi nak update blog sebab perkara pertama yang aku mesti buat adalah catching up will all the new entries (kat blog kengkawan) yang actually dah jadi old entries. Still 'new' untuk aku sebab aku belum baca.
Catching up bukanlah senang. Byk masa diperlukan dengan talian dial-up ni. Catching up tu bagus sebab aku rasa macam pagi-pagi baru bangun dari tidur yang lena di tepi taman yang penuh dengan bunga- sangat menyegarkan dan mententeramkan otak. Masa tu jugak inspirasi untuk entry baru aku datang.
Tapi inspirasi sahaja tak cukup kalau masa tak mengizinkan.
Hari ni besday hubby tapi setakat wish hepi besday aje kat dia, tak celebrate pun. Yang penting aku tak lupa besday dia. Bukannya dia sibuk pun nak celebrate dengan family, bawa makan besar ke apa ke, dia pergi main futsal, as usual lah setiap hari jumaat malam sabtu. Aku pernah lupa besday hubby 2 kali. Bukan lupa terus tapi sebelum HARI tu aku ingat, cuma exactly on that DAY tu aku lupa. Ada beberapa sebab aku lupa.
Yang sekali tu sebab aku very busy preparing (the day b4) for my outstation trip dan pagi2 tu aku keluar awal. On the way hubby ada call aku, dia kata saja nak call tapi masa tu aku 'blurr' dan tak sedar lagi 'kelupaan' aku. Sampai aku balik lewat malam from the trip tu barulah aku ingat. Itupun sebab aku nampak besday present yang company dia bagi. Teruk kan aku ni. Tapi hadiah untuk hubby ada sebab aku dah beli awal-awal.
Lagi sekali tu sebab lesen memandu aku mati pada hari besday dia, jadik hari tu aku sibuklah nak uruskan renew lesen tu. Asyik ingat lesen sampai tak ingat hari tu hari apa. Bila aku tengok tarikh kat lesen yang baru di-renew tu aku rasa macam familiar aje. Hai, teruk betul aku, apa yang tak familiarnya, dah tentulah itu tarikh besday hubby. Double teruk lah aku ni.

Saturday, February 4, 2006
Min Alif Lam Sin
Tak tahu pasal apa aku malas nak update. Kat opis bz ke tak bz ke tak jadi hal sebab update kat umah. Cuma kalau kat opis bz sesangat tu balik rumah pun letih ya-amat. Ejaan jawi di atas tu harap2 betul sebab aku kopipes dari blog PB.
Masa cuti raya yang panjang tu, my family balik kpg hubby kat Perak dan bermalam satu malam shj (sebetulnya 24 jam kami ada di kpg; sampai on 12 noon sunday dan bertolak blk 12 noon monday). Mak mertua bila dengar kami dah nak balik ke Shah Alam teruih dia fening. Terkejut kot sebab kami balik sekejap sangat sedangkan cuti nya panjang.
Aku no comment sebab ikut hubby, dia yang decide macam tu. Maybe sebab kami memang dah balik setiap bulan. So, CNY or not, cuti panjang or not, balik macam biasa ajelah- cuma tidog semalam shj. Maybe jugak my hubby fening sebab banyak sangat masalah berbangkit kat kampung. Memandang kan dari 11 adik beradik cuma 2 family aje yang tak tinggal dekat dengan mak mertua, so ada 9 side of stories yang nak kena dengar dan diberi perhatian.
Balik Shah Alam pun bukan ada apa-apa. Pergi lunch and dinner. Pergi beli barang dapur. Selebihnya tu mengadap ASTRO.
Tapi tak ada perasaan yang lebih seronok bila pergi kerja pada hari Khamis tu rumah dalam keadaan bersih dan kemas dan sedapppp mata memandang (sebab ada begitu banyak masa untuk mendobi rumah compared to the usual weekends).
Tak tahu pasal apa jugak hari ni sakit sangat kepala.
Mungkin jugak sebab kopi gano aku dah habis. Kalau kat Perlis best nih sebab pergi mana2 kedaipun ada kopi gano.
Nak kopi gano...... nak kopi gano..... nak kopi gano..... nak kopi gano excel

Subscribe to:
Posts (Atom)