Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, December 19, 2006

Sambungan cerita PC. Setelah meng-format, meng-install dan meng- macam-macam lagi lah, aku masih belum puas hati dengan performance PC ini. Macam ada benda yang tak betul. Win XP tu dah 2-3 kali aku re-install tapi masih ada command2 yang tak diingini appeared dekat skrin. Firasat aku adalah software bluetooth yang aku install tak berapa compatible dgn win xp version pirate kat pc aku ni (BTW, last week loyat plaza tu kena raid dgn kpdn, habih le tutup sume kedai2 lanun tu...).

Somehow aku teringat, antivirus belum install.

Hah! Tu dia! Patutlah... PC aku dah kena virus yang tak tahu spesis apa. Virus ini sangat cerdik (yes, aku tak tipu). Bila aku bukak aje website yang ada keyword 'antivirus', browser aku ni (Internet Explorer) akan tutup sendiri. 2-3 kali aku cuba, jadi jugak macam tu. Kalau buka website lain macam blogspot ke, yahoo ke tak pulak dia tutup sendiri. Lepas tu dengan sedikit trick (ingat tera sangatlah tu) aku berjaya download avast antivirus. Tahu aje le guna dial-up, mengambil masa 1 jam 45 minit untuk download. Dah siap download aku pun mula nak install tapi tiap2 kali aku buka setup file, dia akan tutup sendiri. Buka lagi, dia tutup balik. Buka lagi, dia tutup lagi.

Begitulah terror nya virus ini, dia tahu pulak dia nak kena 'bunuh' dengan aku. Peperangan telah bermula!

Akhirnya akupun jadi bosan dan terpaksalah aku mengulangi semua prosidur yang aku dah buat - format semula PC. Fuh.... letih...... So semalam saja dekat 5-6 product keys (yang panjang berjela-jela tu) aku kena key-in. Semua kena install balik. Bila dah selesai semua, first thing yang aku buat ialah -download antivirus dan anti spyware. Baik mencegah dari merawat.

Kepada anda semua, jangan lupa scan thumb/pen drive, sebab aku dah scan beberapa thumb/pen drive (termasuk boss punya) - ada satu virus yang popular iaitu copy trojan. Kerja dia men-duplicate folder. So dari 5 folders, dia akan duplicate jadi 10 folders dan menjadi kan thumb/pen drive anda lembap-lembap siput babi.

6 comments:

  1. Kak Ni dah kena 'brontok' jugak eh? Saya baru kena 2-3 minggu lepas, sekarang pc saya punya graphic card belum setel lagi. Setakat run biasa OK lah.

    Carik brontok removal.

    ReplyDelete
  2. Oh itu namanya brontok eh? Takpe- dah re-format pun...

    ReplyDelete
  3. lately byk guna internet kat cc pasal duk ke sana sini.. and tau2 aje le, kalau pc kat cc, segala mak nenek trojan, fab buku breeze virus pun ada skeali.. heheh

    ReplyDelete
  4. hmmm trojan, brontok tu memang kebal...tengok muka dia pun seriau ke ke ke...memang berleluasa geram kadang2 tu.

    ReplyDelete
  5. aritu laptop opis aku kena serangan spyware..kalah siput babi bila time nak loading one application...

    itu gara-gara aku d/l game dari wayar limau nipis la nih..terd/l trojan..

    ReplyDelete
  6. Thanks for the welcome
    Christmas Day falls on December 25. It is preceded by Christmas Eve on December 24, and in some countries is followed by Boxing Day on December 26. Some Eastern Orthodox Churches celebrate Christmas on January 7, which corresponds to December 25 on the Julian calendar. December 25 as a birthdate for Jesus is merely traditional, and is not thought to be his actual date of birth. for attention thank you

    ReplyDelete